Tuesday, October 22, 2013

AL FATIHAH. NOREEN NOOR SUDAH TIADA



Foto dari FB Allahyarham



Kjee keluar rumah awal hari ni sebab Nadia ada urusan kat KL. Dalam perjalanan selepas sarapan, kira-kira jam 8.30 pagi, Kjee dapat call. Private number. UnclePali tak benarkan Kjee jawab call di hand phone kalau private number.

Kjee lepaskan call tu tanpa menjawab. Seminit kemudian panggilan yang tertera private number  lagi. Kjee pandang UnclePali. Dia angkat kening. Kjee jawab kali ini dan dengar suara tangisan terisak-isak di hujung talian.

"Jee...Lydiawati ni. Noreen Noor dah tak ada... Dia meninggal lepas subuh tadi kerana komplikasi buah pinggang dan jantung," katanya suara terputus-putus.

Lydia memang sahabat Noreen sejak lama dulu. Kjee last jumpa Noreen ketika dia mengikuti Lydiawati menziarahi jenazah arwah M Rajoli beberapa tahun lalu.

"Jenazah akan dibawa pulang ke kampungnya di Melimau, Melaka. Sedihnya, anaknya Daniel jugak tidak tahu ibunya meninggal dunia. Daniel ketika itu tinggal bersama ayahnya. Sekarang dia dah tahu. Saya cuba call dia tapi dia tak jawab," kata Lydia.



Daniel Baharudin ketika berusia setahun lebih.



Anak angkatnya Diyana kini 10 tahun



Daniel adalah anak tunggal Noreen yang Kjee rasa kini sudah anak bujang dalam lingkungan awal 20-an. Noreen juga mempunyai seorang anak angkat perempuan yang berusia 10 tahun yang dalam jagaannya.

Oleh kerana Kjee terpaksa bergegas untuk urusan Nadia, Kjee pun update pemergian Noreen itu di dalam Facebook, guna my tab.

Tak sampai 20 minit kemudian, Kjee dapat call dari bekas Pengarang Hiburan Pancaindera Mingguan Malaysia, Hajah Muzlina Abu Bakar.

"Jee, arwah meninggal kerana sakit jantung. Doktor telah menasihatkan supaya dia menjalani by-pass atau pintasan jantung tetapi dia enggan. Dia takut. Dia terjatuh dalam bilik air lalu koma hingga ke nafas akhir," kata Muzlina.

Kjee terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazah arwah. Ketika Kjee menulis ini, mungkin jenazahnya telah selamat disemadikan di kampung halamannya.

Seorang artis yang ramah dan mudah mesra, Kjee mengenali allahyarham Noreen ketika dia menyanyi dengan Band Kilat. Ketika itu dia  bertugas di Lembaga Letrik Negara, LLN (kini Tenaga Nasional Berhad), di Bangsar. Dia dilahirkan pada tahun 1960.

Setelah namanya mula menjadi sebutan, Noreen berhenti kerja dan menjadi penyanyi dan merakamkan suaranya dengan syarikat MRC milik Ahmad Nawab.

Dia kemudian menjadi pelakon dan diperkenalkan menerusi filem Talaq. Kjee pernah berlakon bersamanya dalam filem Balik Kampung arahan Zainal Othman.

Noreen berkahwin dua kali yang Kjee tahu.. Kedua-duanya berakhir dengan perceraian. Yang pertama dengan Kerabat DiRaja Pahang dan kedua dengan Pengurus Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berpengkalan di London. Noreen pernah tinggal di London selama beberapa tahun mengikut suaminya.

Itu sahaja kenangan yang dapat Kjee kongsi. Tiada catatan dalam diari. Kalau Kjee tersilap, pohon ampun dan maaf kepada keluarganya.

Semoga rohnya tenang dan aman damai di sana disamping ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah. Al Fatihah.


Salam satu postnya dalam FB miliknya.

Related Posts:

  • AKU TERIMA NIKAHNYA NAZIRAH AYUB... foto: mStar Walaupun hebat sebagai pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad gugup jugak sampaikan ucap lafaz nikah dua kali. Hehehe tak kot, mungkin Tok Kadi buat lawak kot suruh dia lafaz sekali lagi. Sorry gurau jer. Apa… Read More
  • USAHLAH MALU MENGAKU STATUS Selamat Pengantin Baru, Moga kekal ke nafas akhir! Insya Allah  Apabila seorang wanita itu membuat keputusan untuk berkahwin, doanya hanya satu. Allah swt berikan dia seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan menc… Read More
  • 397. Janganlah P Ramlee Diganti!! AL FATIHAH. Pemergiannya sejak 38 tahun lalu masih dikenang dalam tawa dan tangis. Itulah Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee. Takkan Melayu hilang di dunia...takkan hilang nama P Ramlee di bibir semua walaupun hampir … Read More
  • 223. Anak Seni Tengah Sibuk Giler remy dan tiz laku giler. foto: ceritartis.blogspot Seronok bebenor Kjee bila ke hulu ke hilir ronda KL dan nampak krew produksi drama dan filem aktif buat shooting. Itu satu petanda baik. Sapa kaata ekonomi negara lembab? K… Read More
  • WAJAH2 ANITA SARAWAK SEPANJANG ZAMAN semua gambar ehsan google innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = … Read More

11 comments:

  1. arwah kawin 3 kali. ug terakhir dengan ahli politik selangor

    ReplyDelete
  2. Salam kak jee, suami arwah kak noreen adalah tengku bahrain, politician di trg.

    ReplyDelete
  3. Encik Mustakim, itu Noreen lain...jugak penyanyi.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah...Didoakan agar rohnya ditempatkan bersama kalangan orang yg beriman..Ameen..

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah utk Allahyarhamah....muga arwah dihimpunkan bersama golongan yang beramal soleh....
    Amat meminati beliau sewaktu hayatnya....

    ReplyDelete
  6. Allahyarhamah ni cantik orangnya. Suka tengok dia berlakon dengan AR Badul kalau tak silap. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin..

    ReplyDelete
  7. Innalillahi wa inna ilaihi ra jiuuun....Al-Fatihah......

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah.. suka tgok arwah menyanyi & berlakon.. tabik sbb arwah x suka gembar gembur kisah peribadi...

    ReplyDelete
  9. Alfateha......sedeh bila mendapat berita yg Noreen Noor dah meninggal. Salam takziah buat keluarganya....daripada paminatnya Singapura.

    ReplyDelete