Monday, October 28, 2013

BERGEDIL YANG MUDAH DAN SEDAP







Hari ni tak ada mood nak masak. Kjee dah beritahu Nadia nak makan instant soto jenama Sajimee. Tapi kena ada bergedil dan kicap cili padi. Makan instant mee pun, mesti nak cukup sifat!

Nadia pun rebus 1 biji kentang besar dan 2 kentang kecik. Bila dah elok empuk, terus dia mash guna potato masher, campurkan dengan 1 biji bawang yang diracik dan 1 sebutir telor yang telah diletak 1 chicken kuib.

Nak defrost ayam, dah terlambat so guna chicken cube sajalah. Tapi masa masukkan telor, adunan jadi lembik. Nadia suruh bubuh tepung gandum. No no no. Nanti bergedil jadi keras. So Kjee suruh dia kisar kering 1 keping roti dan masukkan. Jadi breadcrumbs. Cantik!!

Kepal-kepal dan goreng. Elok tak pecah berderai macam selalu. Happy sangat.







Tapi sebaik sahaja siap menggoreng, dapat sms dari seorang sahabat yang datang bawakkan Arabic Gum yang Kjee pesan. Sahabat lama yang kini bertugas di TV Al Jazeerah, Doha. Dia ajak makan. His treat, katanya.

So, Kjee dan Nadia ratah sebiji bergedil sorang dan lain simpan.

Rasanya? Nadia suka. Dia kata ada rasa macam Hash Brown yang dikepal. Ada juga rasa macam Fish Cutlet yang Kjee buat dulu. Ya ker? Whatever lah. Hehehe.

Boleh digandingkan dengan soto, dijadikan lauk atau makan begitu sahaja.






Related Posts:

  • Mushroom Toast  Kjee memang hantu cendawan. Tak kisahlah cendawan apa pun. Lama betul lah tak makan cendawan kukur masak lemak cili api. Adoiii kecur. Pastu ada lagi satu cendawan yang panjang2 ada kepala dan tumbuh melata musim huj… Read More
  • Baked Potato Wedges  Resipi ini penting guna kentang yang cepat empok. Kjee guna US Russet potatoes yang dibeli di Giant atau Tesco. Apapun, kalau korang memang pandai beli kentang empok tak payahlah beli kentang yang diimport. Ada orang… Read More
  • Snek Fucuk DumplingsHari ini Kjee buat snek atau kudapan untuk minum petang. Walaupun nampak jer kenit2 tapi Kjee makan lima biji dah kenyang sangat. Hari tu Kjee beli yang frozen kat Sri Ternak tapi isinya ikan. Rasa ala2 fish ball. Jadi hari … Read More
  • Kudapan Fucuk Dumplings lagi! Masa hujan lebat petang semalam, Kjee tak tau apa nak buat untuk minum petang. Kemudian teringat ada fucuk. Terus Kjee ke dapur dan keluarkan fucuk dan rendam. Pastu bukak freezer jumpa isi dada ayam. Terus masukkan dal… Read More
  • 170. Spaghetti meatballs, potato wedges dan mushroom garlic toast Tiga resipi sekali gus. Memang kena kalau makan seiringan. Kena pulak ada fresh mushroom soup, lagi gempak. Tapi hari ni tak larat nak buat mushroom soup. Sejak siang tadi pening kepala. Agaknya panas sangat hari ini kot. … Read More

2 comments:

  1. Saya suka kentang tu digoreng dilenysk guna lesung batu masa panas campur bawang besar cili daun sup kib ayam serunding ka isi ikan ka golek kat telor n goreng walla msrvellous.m.

    ReplyDelete
  2. kentang digoreng baru adunan x benyek dan bila goreng x berderai...ni pon mak mertua yg bg tau...hehe..

    ReplyDelete