Thursday, October 3, 2013

DEMI ALLAH FIZZ FAIRUZ SUMPAH NAK KAHWIN ALMY








Sudahlah tu Fizz Fairuz. Tak payah bising-bising lagi. Nikah cepat-cepat dan senyap-senyap macam Adam dan Fiza hari tu. Lagi banyak cerita nanti lagi banyak masalah.

Bukan senang Almy Nadia nak maafkan awak setelah hatinya terluka. Kalau gua, dah lama SHUT UP AND GET OUT.

Teringat Kjee lagu Broery Marantika Hati Yang Terluka. Hayati liriknya. Pedihhh.














Tadi Kjee ada baca kat satu blog hiburan ikrar Fizz: "Demi Allah saya bersumpah akan mengahwini Almy Nadia.." Berat ikrar tu tau!

Ini kisah terbaru dari pelakon yang dah mula suam-suam kuku tu.





KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz sudah berbincang dengan aktres Almy Nadia mengenai hasratnya untuk memperisterikan wanita itu pada tahun hadapan.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu sehingga dia bertemu dengan keluarga Almy secara rasmi.

"Almy memang tidak mengetahui hasrat itu dan jangan salahkan dia. Namun selepas tersiar satu laporan yang menyatakan saya mahu menikahinya, kami telah duduk berbincang.

"Insya-Allah saya akan bertemu dengan keluarganya pula untuk menyatakan hasrat saya itu dalam masa terdekat ini," jelasnya ketika ditemui pada majlis bersama Rafflesia The Pearl Centre Hotel Park Royal di sini pada Rabu.

Fizz diminta mengulas mengenai kedudukan sebenar hasratnya untuk memperisterikan Almy, 27, selepas wanita itu mengakui tidak tahu-menahu keinginan bekas kekasihnya itu.

Fizz sebelum itu dilaporkan kembali menjalinkan hubungan cinta dan akan bernikah dengan wanita itu pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Fizz turut mengakui tidak membenarkan Almy memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung hubungan mereka kerana enggan wanita tersebut terbeban dengan hal terbabit.

"Saya ada menyuruh dia untuk berdiam diri kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan bercanggah.

"Baik atau buruk biarlah saya yang tanggung dan saya tidak mahu Almy terpaksa menanggung beban atas kekecohan yang berlaku," jelasnya.

Sementara itu, Fizz berkata, walaupun pernah meninggalkan Almy sehingga berhasrat menikahi wanita lain namun dia menyedari Almy adalah pilihan tepat buatnya.

"Semua manusia ada membuat kesalahan dan saya juga tidak terlepas daripada perkara itu. Hasrat untuk berkahwin dengannya wujud kerana saya sedar Almy sentiasa berada bersama saya ketika susah dan senang sepanjang tujuh tahun kami bercinta," tuturnya.

Tambah Fizz, ibunya adalah insan paling gembira selepas dia memaklumkan hasrat tersebut

Terdahulu Fizz telah menimbulkan kontroversi apabila bertunang dalam diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang, pada 10 Februari lalu.
Peristiwa itu menjadi kecoh apabila wanita itu dikatakan isteri orang.- mStar



5 comments:

  1. betul tu kak, sudah2 la pasal perkara yang lepas tu. apa2 pun nanti yang kesihan adalah pihak perempuan jugak

    ReplyDelete
  2. kawin je lah..sumpah2 bagai pulak... dibuatnya tak jadi..how mehhh

    ReplyDelete
  3. Semoga menjadi pengajaran buat Fizz atas kisah2 lalu tu...

    ReplyDelete
  4. Huhuu... sye blm lg smpi thp kesabaran mcm almy nadia... ssh nk terima org yg pnh melukai hati buat kesekian kalinya... mulia sggh hati insan yg bernama almy nadia ni... cuma pd almy, buatlah keputusan yg anda rasa terbaik!

    ReplyDelete