Sahabat Facebook Kjee, Nik Norsyella Asyekin, tag gambar ni tadi. Terkejut juga Kjee tengok sebab rencana ini dikeluarkan dalam Majalah Mangga pada tahun 2000. Masa tu Kjee baru sahaja bernikah dengan UnclePali. Nadia berusia 12 tahun. Ada jugak insan yang masih simpan majalah ni. Hehehe.
Kjee sebenarnya tidak mahu diinterview tetapi Juwie, Editor Mangga ketika itu, pujuk Kjee. Banyak kali Kjee tolak dan bagi macam-macam alasan. Tapi akhirnya Kjee cair apabila Juwie call Kjee satu hari.
"I nak paparkan cerita you sebab I nak semua tahu betapa ikhlas seorang anak muda yang masih bujang sudi berkahwin dengan seorang ibu tunggal. Macam keikhlasan Nabi Muhammad SAW menerima Siti Khadijah AS sebagai isteri.
"Ketika itu, beza usia mereka 20 tahun. You dengan Pali hanya 13 tahun. Bolehlah ya. Orang sekarang kalau kahwin tak nak pilih janda...nak pilih anak dara aje," kata Juwie lembut. Dia memang faham kesulitan hidup yang Kjee lalui sebagai ibu tunggal ketika itu.
Hahaha satu malam, Kjee, UnclePali dan Nadia pergilah ke pejabat Majalah Mangga. Pejabatnya dekat Cheras. Juwie memang hanya kerja sebelah malam. Siang dia tidur. Hehehe.
Kalau tak silap Kjee, Zeha yang interview kami. Maka,
Jumaat depan, 25 Oktober 2013, genap 13 tahun kami melayari bahtera sebagai suami isteri yang tidak sunyi dipukul gelombang. Rumahtangga kalau tidak bergelora, tak happening lah kan?
So, Raja Azmi dan Eddie serta Rozita Che Wan dan Zain Saidin, jangan peduli apa orang kata kan? At least kita dah janda pun orang masih sudi menjadikan kita isteri. Ramai lagi anak dara yang muda jelita dan terlajak kat luar sana yang sentiasa mengharapkan diri mereka disunting tapi masanya tak sampai-sampai kan? Opppps mulut tak insurans....hehehe
Apa pun semoga Allah sentiasa merahmati hubungan akak suami isteri. Kak Gee mmg popular apa dulu. :)
ReplyDeleteAmin. Terima Kasih ibh_sue.
ReplyDeleteKak pidah pun baca rencana Juwie kat Mangga tu...dah 13 tahun ye...cepatnya masa berlalu...
ReplyDeletejodoh pertemuan tu rahsia ALLAH
ReplyDeletesemoga berkekalan hingga ke akhir hayat
dah jodoh ... hanya ALLAH swt jua yang tahu apa yang terbaik utk hambanya. K. Jee lupa sebut sorang lagi artis kawin teruna .. muda belia .. iaitu Abby.
ReplyDeleteSemoga jodoh kjee kekal bahagia ke akhir hayat.....amin
ReplyDeleteSemoga mahligai k.jee & UnclePali bahagia hingga ke Jannah... saya takkan lupa anivesary k.jee coz itu birthdate saya..hehehehe.
ReplyDelete