Friday, October 11, 2013

KJEE SERIK BUAT AMY MELATAH. HEHEHE





Malam tadi, Kjee tertidur depan TV. Kemudian terkejut dengar UnclePali dan Nadia terkekeh-kekeh ketawa. Berat sangat nak bukak mata. Tapi Kjee paksakan sebab nak tahu apa yang buat UnclePali dan Nadia happy sangat.

Rupa-rupanya dia orang tengah tengok rancangan Karoot Komedia X, kat Astro channel 134. Ada Amy Mastura. Dia berlakon jadi pramugari.

Sejak akhir-akhir ni, Kjee lihat rancangan tu dah hilang sengat. Dulu masa ada Johan, memang kami sekeluarga tak pernah miss tengok. Tapi musim terbaru ni tetiba Johan lesap. Ganti sepenuh masa dengan Nabil yang lawak dia dah mula suam-suam kuku. Kekadang macam annoying atau bahasa kasar meloyakan.

Tetapi yang lain seperti Jep, Pak Yus dan Ebby Yus kekadang okay kekadang tak okay. Sesekali  rancangan ini menyelitkan jugak pelawak atau pelakon undangan wanita. Tetapi Kjee rasa yang paling berkesan dan tidak memualkan ialah kehadiran Amy Mastura.

Kalau tak silap Kjee, dah tiga kali dia diundang. Pernah jadi guru sekolah, pompuan kabaret dan yang latest jadi pramugari, semalam.

Kjee memang baik dengan Amy di zaman kegemilangannya sebagai penyanyi. Seorang artis yang tidak bermuka-muka. What you see is what you get. Dia kelakar dan seorang yang cukup kuat melatah!

Kjee serik untuk mengusik Amy bab latah ni. Suatu ketika dulu (masa Kjee masih wartawan), Kjee pergi buat coverage rancangan Muzik-Muzik kat studio TV3 di Jalan Liku Bangsar. Amy salah seorang artis yang mengambil bahagian.

Seorang petugas TV3 bisik pada Kjee suruh 'cucuk' Amy dan tengok apa terjadi. Kjee terpinga-pinga. Dia melatah ker, Kjee tanya petugas tu. Dia sengih dan anguk-anguk. Hmmm masa rehat setelah rakaman, Kjee approach Amy dari belakang dan 'cucuk' pinggang dia.

Amy terus terloncat-loncat sambil melatah dengan suara yang kuat! Punyalah Kjee terkejut! Latah dia dah lah kuat, tak censor pulak tu!! Sejak tu, Ya Ampun, Kjee tak berani sergah Amy lagi. Khabarnya dia 'pelatah remote control'. Kalau kita acah dia dari jauh pun dia akan melatah sorang-sorang. Hehehe.

Ada seorang teman pramugara beritahu, semasa Amy jadi pramugari dulu pun dia selalu melatah dalam pesawat. Kalau ada benda terjatuh dan dia terkejut, hah mesti dia melatah. Kuat-kuat pulak tu. Hehehe.

Dan malam tadi, UnclePali yang juga pernah berkawan baik dengan Amy, ketawa berdekah-dekah melihat Amy melatah sorang-sorang sampai dia terpaksa berlari keluar set. Kjee tak pasti korang perasan ke tidak malam tadi.

"Hehehe makin teruk Amy melatah. Sorang-sorang tanpa diacah pun jadi," kata UnclePali sambil ketawa.

Kjee harap Astro kekalkan Amy dalam Karoot Komedia X. Penyampaian dia selamba tapi kelakar. Kelakar yang tidak dipaksa-paksa hingga menjerit-jerit.

Kenapa hah pelawak wanita suka menjerit-jerit? Ikut cara Amy tak boleh ker?

8 comments:

  1. Kak jee. Adik eka pun kuat melatah. Sekarang ni dia tengah pregnant. Kalau anak dia kick, terus latah.. oohhh emak kau eh mak kau ehh tendang ehh ehh. hahahhaa kelakar tengok..

    ReplyDelete
  2. Hahahahaaaa terguling-guling Kjee baca komen awak Cik Eka! Salam kat adik awak.

    ReplyDelete
  3. artis yang paling saya suka tak sombong & peramah. kelakar & comel

    ReplyDelete
  4. alaaaa..termiss nengok karoot kemdia x mlm td.. mmg kena tgk ulangan ni..

    kenkadang bahaya gak org melatah ni.. ada kwn sy ni, kita suh dia sepak sesape yg lalu depan dia, mmg dia buat.. hadoiii...

    ReplyDelete
  5. hehehe..amy mmg best artis la...
    cik eka punya adik pun lawak

    ReplyDelete
  6. Ramai orang muda sekarang dah terkena penyakit latah ni. Nadia pun kekadang kena sipi2 jugak. Risau Kjee.

    ReplyDelete
  7. ruginya tak tengok dari mula, saya tengok episod tu masa dah hujung2....hehehe

    tapi saya sependapat dgan kak jee. memang sejak Johan keluar, karoot komedia hilang sengat. dan lawak amy mastura... memang terbaik!

    ReplyDelete