Masa hendak melangkah masuk rumah dua petang yang lalu, Nadia tiba-tiba bersuara.."Mama, bila nak masak Szechuan Chicken dengan gajus?"
Kjee terkebil-kebil pandang Nadia. Apa hal lah pulak budak ni. Kjee masuk ke dalam rumah sambil diikuti Nadia.
"Mama tak bau ke tadi aroma Szechuan Chicken? Jiran kita masak agaknya," kata Nadia lagi.
Hmmm kalau dia dah cakap macam tu, maknanya dia nak makan lah. Dan Mama kena masaklah. Kjee dah banyak kali buat Szechuan Chicken ni. Dah dua kali buat entry dalam blog. Tak reti-reti ker nak buat sendiri sebab bahan-bahan semua ada dalam rumah.
"Nadia buat aje lah ikut resipi mama dalam blog." Ini jawab Nadia yang buat Kjee lesu.."Mama buat lagi sedap..."
So, pagi tadi lepas sarapan, Nadia keluarkan ayam dari dalam freezer. Dah banyak mana. Adalah dalam ¼ bahagian seekor ayam. Bahagian dada dan kepak. Dia terus rendam sementara kami keluar beli gajus, daun bawang dan cili kering.
Lauk ni harus dimasak dan dimakan segera. Kalau tidak tak sedap.
Jadi selepas kami balik tadi, ayam tu dipotong kecik-kecik (bite size). Resipi penuhnya, korang tengok SINI.
Masa makan, kunyah sekali cili kering tu tau. Sedap sangat. Hehehe.
0 comments:
Post a Comment