Thursday, October 17, 2013

MY SECONDARY SCHOOL CHICKEN PIE






Apabila terkenang zaman belajar memasak dalam kelas Home Science masa sekolah menengah dulu, rasa macam nak menangis ada, nak ketawa pun ada. Masa tu Kjee ingat lagi malam sebelum tidur, dah kelamkabut paksa mak siapkan barang-barang yang diperlukan untuk dibawa ke sekolah pagi esoknya.

Masa tu kira-kira 40 tahun lalu, bukan main bangga lagi belajar masak Kobis Lemak Putih. Bawak balik dan tayang kat Bonda walaupun itulah lauk yang seringkali bonda masak. Dia tak heran pun tapi demi tak mahu kecikkan hati anak, pura-puralah kata sedap. Hehehe.

Macam-macamlah Kjee belajar dari guru Home Science Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur, bernama Puan Zabedah. Is she still around? 










Selain Kobis Masak Lemak, beliau turut mengajar buat kek dan jugak pies. Kjee masih ingat resipi Apple Pie Puan Zabedah. Dohnya half fat to flour. Tepung satu bahagian dan lemak separuh bahagian. Tak boleh lupalah sukatan tu kan!

Jadi hari ni, Kjee teringin nak makan Chicken Pie dengan doh yang half fat to flour. Mintak-mintak masih menjadi macam Kjee buat masa sekolah dulu.

Kjee tak ingat masa sekolah dulu guna butter atau margerin. Maklumlah dah 40 tahun. Susah nak ingat. Tapi Nadia kata, to be safe guna jer butter. And that was what I did.

Kjee plan nak buat satu acuan 7 inci dan 5 biji mini pies. So Kjee congak-congak berapa banyak tepung nak guna. Tapi kalau tak buat mini pies, amaun tepung yang Kjee gunakan cukup untuk 2 pies berukuran 7 inci. Jom kita intai resipinya.








MY SECONDARY SCHOOL CHICKEN PIE

BAHAN-BAHAN

Pastri
400gms tepung gandum
200 gms salted butter (Kjee guna Anchor)
air sejuk dalam peti ais

INTI

2 keping dada ayam (dihiris kecik-kecik)
5 biji cendawan shitake kering (Kjee rendam semalaman guna air paip)
1 labu bawang besar2 sudu besar tepung gandum
¾ cawan mixed vege (dicuci dan toskan)
1 cawan susu segar
1 kiub ayam knorrs
sedikit garam
sedikit lada hitam
½ cawan natural yogurt (optional)
1 bay leaf (optional)
butter
minyak

CARA

1. Butter hanya dikeluarkan dari peti ais semasa hendak diguna. Harus sejuk beku. Dadu.
2. Kjee letakkan tepung dan butter dan food processor. Kalau tak ada, boleh ramas pantas-pantas guna hujung jari. Tidak perlu sampai sebati.
3. Bubuh air sejuk (cold iced water) ke dalam adunan tepung dan jadikan doh. Jika butter masih berketul-ketul, usah risau. Uli sedikit sehinggakan doh tidak melekat di tangan dan besen. Kalau terlalu melekit, taburkan sedikit tepung.
4. Letak dalam plastik dan simpan dalam peti ais lebih kurang setengah jam.
5. Ayam dan bawang didadu. Cendawan diperah airnya dan dihiris.
6. Panaskan kuali dengan sedikit butter dan minyak. Apabila butter cair, masukkan bawang dan tumis hingga bawang jadi lembut. Masukkan ayam dan goreng hingga isi ayam kecut.
7. Kemudian masukkan 2 sudu tepung dan kacau hingga sebati dengan ayam. Proses ini lebih kurang 6 minit. Jaga jangan hangit.
8. Masukkan bay leaf dan susu segar. Kacau rata. Masukkan juga mix vege, chicken cube, garam dan lada hitam.
9. Masak hingga agak kering. Padam api dan sejukkan.

Setelah lebih setengah jam, siapkanlah acuan untuk dibuat asas pie. Tabur sedikit tepung diatas tempat untuk menerap tepung. Ambil doh sebesar genggam, bulatkan dan guna rolling pin untuk dileperkan doh.  Letak dalam acuan dan tekan sebelah dalam perlahan-lahan. Guna pisau untuk meratakan doh yang berlebihan. Kemudian isi inti secukupnya. Ambil segenggam lagi doh dan ulangi proses awal tadi. Boleh tutup saja diatas permukaan pie dan buat tiga lubang diatasnya supaya wap boleh keluar. Atau hiaskan pastri diatasnya ikut suka. Boleh anyam macam yang Kjee buat.
Kemudian sapu dengan kuning telor yang dicampur sedikit butter. Bonda kata kalau kuning telordicampur butter, hasilnya cantik dan berkilat.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah Centigrade selama 30 hingga 40 minit. Sejukkan sebelum dipotong.















5 comments:

  1. Nampak sedap sgt la kakjee.. Jadik lapar tgk pie ni

    ReplyDelete
  2. wow..nampak so very yummy...nak try buatlah :)

    ReplyDelete
  3. Saya pun gitu juga..... 1970an di MGS KL. Cookery memang ditunggu-tunggu sebab nak cuba tunjukkan kat cikgu kita punya skill. Tapi yang sakitnya bila masa jahitan punya lah kena jerit sentiasa sebab kita dah x minat dalam jahitan.... asyik2 kena unpick je jahitan tu itu yang menyampah.... Anyway saya pun terkenang-kenang juga cikgu home science yang berbangsa india tu and tetap angun ngan sarinya tu....

    ReplyDelete
  4. Gambar inti pie dalam kuali tu, ada lulak kucing sekor jenguk dari luar. Cute..

    ReplyDelete
  5. Assalam kjee.
    Nk tnya kuning telo campur dgn melt butter ke? Tq

    ReplyDelete