Tuesday, October 29, 2013

PERIHAL ASHRAF, ADAM DAN FIZO


Ashraf dan Wan Sakinah


Adam dan Fiza


Fizo dan Mawar



Tiga berita artis popular, Ashraf Muslim, Adam AF dan Fizo Omar menarik perhatian Kjee, sejak minggu lepas.

Yang pertama berita majlis reception meraikan pernikahan Asraf dengan isteri keduanya Wan Sakinah. Menarik bagi Kjee kerana Kjee pasti semua fikirkan Ashraf tidak akan mengadakan majlis seumpama itu kerana isteri keduanya itu, dikhabarkan sudah hamil.

Apapun, tahniah kepada Ashraf dan Wan Sakinah. Mudah-mudahan isteri pertama Ashraf juga dapat sama-sama berkongsi kebahagiaan Ashraf menimang cahaya mata pertamanya tahun hadapan.

Kemudian Kjee dikejutkan pulak dengan khabar kononnya rumahtangga Adam Af dan Fiza Elite pulak dilanda masalah. Kononnya ekoran rasa cemburu Adam, apabila Fiza dikatakan bertembung dan berbual dengan bekas kekasihnya.

Itulah berita yang sukar hendak diterima akal. Adam kini dikatakan seorang lelaki amat matang berbanding kemunculannya di persada seni dulu. Kalau tidak, dia tidak pasti akan menerima seorang ibu tunggal beranak dua sebagai isterinya.

Ketika mendengar khabar itu, Kjee berdoa itu hanya spekulasi penyebar berita itu. Dan Alhamdullilah rupa-rupanya memang betul jangkaan Kjee.

Adam dikatakan tidak selesa dengan penyiaran berita tersebut. Baginya, apa yang jadi hanyalah masalah kecil dalam rumahatangga yang baru dibinanya. Dan semuanya telah diselesaikan secara baik dan setelah bincang dari hati ke hati. Sedangkan lidah lagikan tergigit...

Lenyap seketika cerita Adam, kita pula mendapat berita gembira, Fizo Omar akan bertunang dalam masa terdekat dengan gadis pilihan hatinya, Mawar, yang se ayu namanya.

Sama cantik, sama padan kedua kekasih ini. Yang manisnya, Mawar mengakui Fizo adalah lelaki pertama dalam hidupnya kerana keluarganya terlalu menyekat pergaulan bebas dengan lelaki, selama ini.

Apapun, satu sahaja yang Kjee tak berkenan. Lamaran dibuat ala Barat. Buat dalam panggung. Hmmm sikit lebih kurang jugak macam Awal melamar Scha Al Yahya dulu kan?

Well, dunia sekarang.

Apa-apapun, kita doakan Ashraf, Adam dan Fizo akan bahagia di sisi pilihan hati masing-masing hingga ke nafas akhir. Insya Allah.

2 comments:

  1. auntie jie, ni zaman skrg .. bukan ke dulu arits 70 n 80an lagi hebat... kata kat media hiburan or URTV... artis ni tengah hot dipinang dgn cash 1 juta depan mata tapi she tolak baik2... betul or sebaliknya hanya wartawan2 hebat macam Juwie, Soadah and Bam je yg tahu.... Kita bangsa Melayu jarang aibkan org straight to the point cuma berlapik... Di barat, semuanya akan diselongkar specially bila dah tiada... zackwiusa

    ReplyDelete