Satar ke Sata? Bunyi hampir-hampir sama. Apapun, ia adalah makanan yang cukup popular di Negeri Terengganu. Kalau bercuti ke Terengganu, Kjee mesti beli Satar banyak-banyak. Makan dalam perjalanan ke destinasi. Dan sampai Hotel, ngapp lagi.
Kjee diperkenalkan dengan makanan ini ketika meniaga di Pasar Juadah di Taman Melawati dulu. Ada jiran peniaga yang jual Satar. Kjee beli dan makan. Eh sedaplah. Tapi, malangnya, masa adik Kjee (kini dah arwah) datang ke gerai Kjee, dia beli satu cucuk. Katanya tak fresh macam kat Ganu!
Macam mana yang fresh? Masa tu Kjee tak pernah pergi Terengganu...
Dah lebih setahun kami tidak bercuti di Ganu. Rindu Satar bukan kepalang. So hari ini Kjee projek buat Satar guna ikan Selayang. UnclePali beli sekilo Ikan Selayang. Selepas ambil isinya, dapatlah 415gms. Unclepali beli separuh kelapa parut yang beratnya 160gms. Oklah tu.
Selepas Kjee dan Nadia sama-sama
Kemudian UnclePali siapkan daun pisang. Nadia rendam seketika dalam air panas supaya daun layu dan senang Kjee nak bungkus bahan mentah satar tadi. Dah siap, semuanya jadi 20 ketoi.
Kjee cucuk kat lidi buloh (orang guna untuk sate) dan UnclePali pun pangganglah atas dapur arang yang hanya tinggal bara. Bara yang membara..hehehe. Oleh kerana first time buat, kami tak tahu berapa lama harus dibakar. Rupa-rupanya sekejap jer. Lebih kurang 10 minit jer. UnclePali bakar selama 20 minit or maybe lebih. Ada yang dah rentung! Huhuhu.
Apapun, rasanya sedap. Sedap ikut tekak Kjee lah. Terubatlah rindu nak makan Satar walaupun ada sedikit rentung. Lain kali buat, tahulah caranya. Tak boleh bakar lama-lama. Hehehe.
Kat Pasar Juadah hari tu, 3 ketoi satu cucuk, harganya RM2.50.
Saya pun peminat tegar SATA dan pertama kali merasa .. makan dan menikmati kesedapannya ketika bertugas di Tganu. Di negeri saya mana ada malah tak pernah dengar apatah lagi jumpa. Tapi sekarang dah ada yang menjual ... apa pun tak sesedap yang ORI. Memang agak mahal pun .. dah rindu beli juga le. Rasanya BESUT adalah tempat di mana SATA mudah dan banyak dihasilkan. Tak pasti berapa harganya di situ. Saya tak boleh makan banyak .. terasa loya .. ( org UTARA sebut MELUGAI ) mungkin sebab kelapa banyak gaknya. Dalam tak banyak tu ... lebih kurang 4 cucuk juga lah ...
ReplyDeleteRajin nya Kak Jee! Datang pula mood saya nk buat sendiri sata ni. Tq! :) Melly
ReplyDeleteSata goreng pun sedap kak jee
ReplyDelete