Hari ni UnclePali balik kampung, ada kenduri. So bila dia tak ada, Kjee selalu fikir pantas-pantas apa makanan yang dia tak suka tapi Kjee dan Nadia suka sangat. Bukan apa, cuma kalau Kjee masak masa dia ada, nanti dia makan hendak tak hendak jer. Buat Kjee susah hati.
Tengah Kjee fikir, Nadia cepat-cepat suruh masak yang simple. Yang simple? Hmmmm apa tekak Kjee teringin nak makan? Fikir cepatlah!!
Tetiba teringat lauk Sayur Asem, iaitu makanan orang Jawa. Eh bukan Jawa jer tapi hampir semua daerah di Indonesia ada Sayur Asem. Bahan-bahan hampir sama, mungkin penyediaannya lain sikit kot.
Oleh kerana Kjee orang Jawa, Kjee buatlah cara orang Jawa. Ini kali kedua Kjee buat
Tadi Kjee ikut Nadia ke Pasar Keramat beli daun salam, daun melinjo (belinjo?), jagung manis, kacang panjang, kacang tanah, labu Siam, dan tomato. Banyak bahan-bahan dia kan? Sebab itu kot Restoran Wong Solo jual satu mangkuk kecik antara RM6-8 satu ketika dulu. How much now I don't know. Tapi memang cekik darah!
BAHAN-BAHAN
2 biji buah labu siam yang kecik
se cekak daun Melinjo
1 batang jagung manis
segenggam kacang tanah
5 batang kacang panjang
5 biji cili padi
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 helai daun salam
2 inci lengkuas
1 inci belacan
secawan air asam jawa
garam
pak aji
Kjee tak ada resipi khusus. Agak-agak dan campak-campak jer. Jangan marah yer.
Mula-mula kena jerang air ikut banyak mana sup dan bahan-bahan yang akan dimasukkan. Kjee guna lebih kurang dua litre air. Jerang sampai mendidih.
Sementara tunggu air mendidih, 1 labu bawang besar dan 4 ulas bawang putih dimayang. Hiris lengkuas. Sebiji tomato potong 4. Daun Melinjo dipetik. Daun ini boleh dibeli di pasar atau pasar tani. Kalau tak ada, okay kot. Tapi seelok-eloknya harus ada dua helai daun salam tak kira yang basah atau kering.
Lima batang kacang panjang dipatah-patah sepanjang 1½ inci. Ada orang rebus nangka muda yang telah dipotong selebar 2 inci. Kjee guna labu Siam yang dulu Kjee panggil sayur Cameron Highlands. Kjee tak makan nangka sebab banyak angin. Jagung dibelah 3 bahagian. Cili padi ikut kepedasan tapi dimasukkan sebji-sebiji.
Labu Siam. Lupa nak amik gambar tadi. Ehsan Google |
Apabila air sudah mendidih, masukkan bawang, tomato, lengkuas, cili padi dan kacang tanah. Masak sampai tomato lembut. Kemudian masukkan secawan air asam Jawa. Didih lagi. Selepas itu, masukkan juga 1 inci belacan yang telah dihancur-hancurkan dan jugak jagung. Campakkan juga dua helai daun salam dan biarkan mendidih.
Apabila dirasakan kacang tanah sudah lembut, masukkan labu Siam yang telah dibuang kulit dan dipotong-potong. Apabila Labu Siam dah lembut, masukkan kacang panjang, garam dan sedikit Pak Aji kalau guna. Juga satu sudu kecik gula.
Didihkan guna api perlahan seketika sampai sayur-sayur semua sudah lembut. Last sekali masukkan daun Melinjo, didih seketika dan padam api.
Sedap makan panas-panas. Rasa kuahnya mesti cukup masam. Oleh kerana Kjee ada buah belimbing buloh, Kjee masukkan jugak tadi. Bubuh terung panjang pun boleh.
Selamat mencuba lauk Jawa ni. Elok untuk diet dan jugak vegetarians.
Tadi Kjee padankan dengan Udang Halus Berlado dan Ikan Tenggiri Jeruk goreng |
pucuk buah belinjau ler tu...dorang kan eja lain aikit
ReplyDeletesalam. sedapnyer. tak pernah buat sayur mcm nie yg campur ngan jagung. hari tu gi makan kat restoran yang menghidangkan makanan sunda ader laa sayur yg campur jagung nie tapi dia letak santan, sedap jugak : ) tapi entah lah tak tau aper nama masakan tu ; )
ReplyDeleteKami orang rawa di tapah perak panggil labu siam tu buah cipang. Sllu kami msk lomak cili api podeh2 buah cipang tu dgn udang/ayam pencen :) skdr prkongsian ye k.jee heeee
ReplyDelete