Wednesday, October 23, 2013

VADEY CUBAAN PERTAMAKU







Nadia loves Vadey. But it must be eaten hot.

Sebab itu apabila Nadia tanya Kjee, kat mana nak beli Vadey panas-panas, Kjee beritahu dia boleh dapat  at Mama's Kitchen.  Hehehe.

Eh Mama tau buat ker? Hmmm Mama kan ramai kawan-kawan yang terer masak. Lagipun Mama ada dua Indian lady friends - Shamala Tamilselvan dan Venisri Senthan, yang boleh share the recipe with me. Tapi bukan mereka berdua jer yang tolong guide Mama tetapi jugak my FB friends like Kak Hawa Eve Lerno, Rose Anita Abdullah dan Nazian Nasir, yang sanggup bagi tips.








A few days ago, UnclePali beli sepeket dhal putih seberat 400gms. Kjee was-was sebab rupanya macam barli. Rupa-rupanya, namanya Urad Dhal. Dulu-dulu arwah bonda guna dhall putih yang ada kulit hitam. Tapi sekarang dah pupus agaknya species dhal tu.

Mudah sangat-sangat nak buat rupa-rupanya sampai Nadia kata boleh buat untuk breakfast. Rendam Dhal tu malam-malam sebelum tidur. Pagi, masuk dalam Food Processor, campur bahan-bahan yang sepatutnya, goreng dan boleh makan Vadey panas!!

Tadi Kjee rendam 400gms Dhal Putih sebaik sahaja masuk dapur untuk prepare sarapan. Kena rendam sekurang-kurangnya 4 jam.










Lepas rendam, kisar hingga halus guna sedikit sahaja air hingga jadi doh yang melekit. Dadu bawang besar sebiji, cili hijau (Kjee guna cili padi), sedikit jintan manis, daun kari dan perasa dengan garam. Bahan-bahan tu dicampur sampai sebati.

Kemudian bentukkan macam donut. Doh ini melekit. Kjee tekapkan atas plastik dan bentuk. Lepas tu goreng dan ngappp panas-panas. Nadia kata lepas ni boleh bukak meja dan letak payung kat pasar malam dan jual!!! Hehehe.

Thank you Shamala, Nazian dan Rose Anita serta Kak Hawa, my lovely sister living in Perth.

Lepas ni nak buat tosei pulak ikut resipi Shamala.






2 comments:

  1. Salam..hairan saya tengok hari2 kakjee dan nadia rajin sangat, ada je idea utk masak memasak. Sedap2 pulak tu. Memang betul org jawa ni hardworkinglah sebab saya tengok suami saya yg jawa ni pun larat mengusaha kebun sawit sorang2 tanpa ramai pembantu. Tq kakjee dan nadia yg tak jemu2 memberi kami idea utk memasak.

    ReplyDelete