Wednesday, November 20, 2013

ANAK SAPA LAH TU? JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG!



Hmmm anak sapa ni?!!!!






Ayat ni selalu kita dengar dituturkan manis orang tua-tua.... kalau lihat anak dara sopan berpakaian dan tersusun jalannya. Atau anak bujang yang tolong ibunya mesin kelapa di belakang rumah di musim cuti sekolah. Anak sapalah ni... pandai mak bapak dia didik...

Atau jugak dituturkan dengan nada geram dan sinis, apabila melihat anak bujang dan anak dara jalan berpimpinan tangan (bukan muhrim)...atau duduk rapat-rapat, kalau boleh nak atas riba   di bus top.

Kira ayat ni versatile lah. Boleh digunakan untuk pelbagai insiden dan versi.

Justru, apabila Kjee dah tengok Nadia dah anak dara, Kjee selalu ingatkan dia. : "Nadia keluar rumah ni, bawak nama Mama dan Papa. Satu Malaya kenal Nadia sebab Mama asyik letak foto kamu di Facebook. So, please jangan silap langkah. Nak sorok macam mana pun, nanti Mama akan tahu jugak!"

Kjee rasa Nadia mesti kecut perut dengar Kjee cakap macam tu. Dia tahu mak dia garang macam rimau.



Anak sapa lah ni....



Kalau anak-anak kita buat onar, selalu mak bapak yang disebut. Lebih-lebih pulak kalau mak bapak dia orang yang dikenali. Sepantas kilat, mak bapak yang jahat bukan anak-anak. Kenapa? Sebab kalau mak bapak elok didik anak, takkan jadi jahat anak itu, Insya Allah.

Lagi satu yang masih diamalkan masyarakat Melayu kita ialah..."Jangan jaga tepi kain orang..." Zaman ini isitilah jangan jaga tepi kain orang sebenarnya sudah lapuk. Tak boleh diguna pakai.

Misalnya, kita nampak ada budak jantan bofren anak perempuan jiran kita menyelinap masuk rumah jiran kita masa mak bapak dia tiada rumah. Perlukah kita tak usah jaga tepi kain jiran tu? Buatnya semua jiran bersikap tak mau jaga tepi kain jiran lain, tak ke nahas? Macam mana kalau terkena batang hidung kita... jiran pun kata, Jangan Jaga Tepi Kain.

Itu aje story Kjee hari ni. Panjang-panjang nanti boring. Yang lain korang fikirlah sendiri ya.

Tadi masa balik rumah dari kedai, nampak ada budak lelaki dalam lingkungan 10 tahun tengah jemur pakaian depan rumahnya. Maknya pasti pergi kerja. Baju dimasukkan mesin sebelum pergi kerja...anak jantan ringan tulang tolong sidaikan.

Anak sapa lah tu.....




Anak sapalah ni...rajin



1 comment:

  1. kalau time saya kecil2 dulu, semua orang dekat kampung mak bapak saya
    sebab tiap kali saya berjalan ada aje bertanya, nak kena? jangan balik lewat
    saya jadi takut dengan semua orang dekat kampung time tu
    sebab ada aje tukang report

    tapi sekarang, cer kita buat camtu
    mak bapak yang kita adukan tu yang akan cakap
    toong jaga tepi kain sendiri, tak payah menyibuk hal orang
    kononnya dia tahu jaga anak sendiri

    mentaliti masyarakat dah berubah

    ReplyDelete