Monday, November 11, 2013

ANJUNG SELERA JUAL NASI AMBENG UNTUK SARAPAN







Lontong




























Tercampak kat mana pun di bumi Malaysia yang bertuah ini, kita tidak akan mati kebuluran. Sebut saja untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam atau makan tengah malam. Macam-macam ada ikut budget masing-masing.

Pada Kjee, kalau ada banyak duit ke sikit duit ke atau tak ada cukup duit pun, tetap menjadikan gerai-gerai di sekitar Kuala Lumpur, tempat menjamu selera. Maklumlah setelah berpuluh tahun jadi wartawan yang asyik dihidangkan makanan sedap-sedap di premis bertaraf 3 bintang keatas, rasa dah tak selera kalau diajak makan di premis-premis tersebut lagi.

Justru, pantang Kjee dengar orang bercerita keenakkan sesuatu makanan di gerai-gerai ketika melayari blog mahupun Facebook.

Terbaru, Kjee terjah satu gerai di Lorong Keramat 20, Kampung Datuk Keramat. Rumah arwah ibu saudara Kjee sepelaung sahaja dari situ. Jadi, apabila seorang rakan FB beri nama jalan dan letaknya di bawah laluan LRT Dato Keramat, Kjee tahu sangatlah. Apatah lagi kawan FB tu kata lontong dia orang sedap dan ada jual Nasi Ambeng!

Tekak Kjee memang cerewet when it comes to lontong!  Semuanya kerana Kjee dah terbiasa dengan lontong yang sedap in the world yang dijual di foodcourt di Seksyen 14, Pj. Gerai lontong milik ibu kepada sahabat Kjee, Muzlina Abu Bakar, bekas editor hiburan Mingguan Malaysia.

Dah lama Kjee tak ke sana sebab pelbagai masalah. Satu kerana kena panjat tangga nak naik ke foodcourt itu. Masa masih muda dan gagah berani lagi, memang saban minggu Kjee heret Nadia ke sana. Masa tu Nadia kecik-kecik lagi.

Tapi apabila menjamu selera di Anjung Selera di Kampung Dato Keramat hari tu, Kjee boleh bagi 8/10. Gerai ibu Muzlina of course 10/10. Belum jumpa lagi gerai yang Kjee boleh beri 9/10. Hehehe.

Lontong ni makanan orang Jawa. Menariknya di gerai Anjung Selera ialah mereka turut menjual Nasi Ambeng yang Kjee belum lagi try. Tapi Kjee dah bertandang dua kali makan lontong di situ!! Ramai kata Nasi Ambeng dia orang sedap. Jarang sekali jumpa gerai jual Nasi Ambeng untuk sarapan!!


Nasi Lemak






Nasi Ambeng






Tapi oleh kerana untuk sarapan Kjee selera Kjee lebih mirip kepada lontong, maka Insya Allah nanti Kjee try pulak Nasi Ambeng mereka. Kesedapan lontongnya buat Kjee teringat-ingat. Tapi tak bolehlah makan selalu. Kesihatan kena jaga jugak. Hehehe.

Rupa-rupanya ramai kengkawan Kjee seperti Kak Bam (Bahyah Mahmud), Mak Nani (Datin Rosnani Jamil) dan juga pengarah Aziz M Osman, pelanggan tetap gerai lontong milik Ramnah atau lebih mesra disapa Am.

Am yang dulu seorang wanita berkerjaya, mengambil alih gerai arwah bapanya setelah ibunya sering sakit. Nampaknya, Am begitu seronok melayan pelanggan-pelanggan sekarang. Sikapnya yang ramah menyenangkan hati.

Setakat ini, Kjee dan Nadia pilih lontong apabila ke sana. UnclePali pulak suka makan nasi lemak. Awas kalau korang nak ke sana sebab kalau lambat, lauk pauk cepat habis. Isnin cuti tau. Masalah ke sana hanya satu. Susah sikit nak parking. Kena park dekat parking depan kompleks pasar baru Keramat dan menapak sikit jer.

Harga makanan berpatutan ikut apa lauk yang korang pilih.

Kalau korang sesat, kol jer guna nombor di bawah ini.





Periuk ini ditempah khas untuk rebus lontong


Pantasnya tangan Ramnah siapkan Nasi Ambeng







5 comments:

  1. Suke..rase nak cube...ni kene cari tempat ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kak Jee. Kalau nak makan nasi ambeng yang tak kurang sedapnya, trylah kedai nasi ambeng depan sekolah agama/dewan kampung paya, kg baru. Nasi ambeng Sauji - ada setiap sabtu/ahad jer rasanya. kalau tak silap start jual dari pukul 11 pagi. hari2 biasa ada jual lontong, nasi lemak dll jugak

    ReplyDelete
  3. emmm sedapnya ...... kak gie. Hanim dah lama tak makan lontong ngan nasi ambeng.

    ReplyDelete
  4. mari follow instagram lontong n ambeng lorong keramat 20... iaitu..
    dcicipient
    trima kasih kwn2..

    ReplyDelete