Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap.
Bonda memang terer masak. Masak main campak-campak tapi hasilnya amat memuaskan. Malah, ada juga pernah masuk majalah macam URTV. Abang Ahmad Fauzee lah yang ajak wartawan datang rumah. Dan Bonda mesti masak jamu mereka makan.
Apa lagi, tak lama lepas tu, Bonda pulak muncul dalam majalah dengan masakannya yang meletoppsss. So kira arwah Bonda dulu masuk majalah bersama resipinya sebelum Kjee. Hehehe.
Kjee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kjee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kjee dan UnclePali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kjee yang
Kjee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kjee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kjee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kjee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
"Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
"Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa."
Sejak itu, Kjee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kjee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kjee tak ada bau rempah mentah.
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.
Tak percaya korang cubalah. Resipi kari ayam Kjee ada kat SINI.
Terima kasih Uncle tu yang Kjee lupa nak tanya nama.
aunt jie, ayam tu perlu digoreng tak? or dilumur dengan serbuk kari? zackwiusa
ReplyDeleteoooooo .. camtu eh. ok. ok. nanti nak try curah rempah tu dari plastik peket rempah tu .. pastu masukkan air .. kacau seminit dua. thanks sharing kak jee
ReplyDeleteIkut sahaja resipi Zackwisa... kalau resipi tu kata goreng, maka gorenglah...kalau resipi tu kata kena bedak dengan rempah, follow jer.
ReplyDeletesalam kak jee,suami saya mmg antu kari,tapi kari mamaklah...kari santan2 nie dia x nak...kalau saya masakkan kari tuk dia saya mmg tumis rempah kari tu kering2,lepas tu masukkan ayam ,dh sebati baru tambahkan air sikit....kalau jd kan pes,lambat nak kering tumisan tu....
ReplyDeleteterima kasih kak jee sharing petua yg best ni...
ReplyDeletetq kak je kongsi petua... tak pernah masak kari pun sebab tak tau tapi da tau da bila kak je crita ni..
ReplyDeleteBerbagai2 cara masak kari ye Kak Jie...mak saya bancuh serbuk kari dengan santan.
ReplyDeletesalam kak jee.. sedapnya.. makan dgn roti jala, perghhh!!
ReplyDeletetui kak jee..saya kalau masak kari..gitu ar stailnya....lepas tumis 3 beradik tuh..masuk bawang halia bagai yg blen..kaco2..campakkn daun kari...bau da semerbak dapur time nie...then curahkan ajer rempah kering dr paket tuh...xyah bancuh2 air bagai...goreng agak2 garing tui2..mcm kak jee ckp jgn hangit..nti xsedap..agak2 garing kaler da berubah..masukkn ayam ..gaul2 bg sebati..bg air ayam tuh kuar sikit ngecut..then msuk air..santan seterusnya
ReplyDeletejust like my mom's cooking... MIL from utara but rempah bancuh ngan air...my mom from sgor but mmg gaya gitu la and thumbs up! both are good but techniques make the different...kalau kenduri mesti cousins/sedara mara tanya acik/ucu masak kari dak...termasuk la anak cucu
ReplyDeleteOoo camtu. Cara kjee dulu sama mcm sya. Sya nk try cara ni lak. Nk wat kuah roti jala. Makasih kjee
ReplyDeleteAssalam kjee.
ReplyDeleteSya dh try msak kari cara kjee ni. Mmg sedap. Sya suke ank2 pun suke. Sya wat roti jala pagi td cicah dgn kari ayam style kjee. Tq for sharing
Mak ai, sdpnye.. Kan best lau tau msk.. Huhu
ReplyDeletekari oh kari
wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap sedap cicah dengan kari ayam yang dia buat.
ReplyDeleteAssalam Kakjee.. selalupun bancuh dulu serbuk kari tu dengan air baru tumis sampai naik minyak.. rupa2nya salah ye.
ReplyDelete
ReplyDeletewkmsalam Encik Othman. Itu yang Kjee selalu buat dulu. Kjee pun silap rupa-rupanya. Hehehe
nampak sedap gile nii wajib try :)
ReplyDelete