Majlis persandingan Aida, anak perempuan bongsu Sophia Ibrahim,. |
Kak Spohia, mak pengantin yang maintain jelita |
Jarang-jarang sekali Kjee akan hadir jika diundang ke majlis perkahwinan. Bukan kerana tak sudi tetapi keadaan kesihatan seringkali tidak mengizinkan.
Tetapi apabila my favourite 'sister', aktres dan penyanyi Sophia Ibrahim jemput Kjee ke majlis perkahwinan anak perempuannya Aida, Kjee tak dapat menolak. She's the elder sister I never had. Pernah berlakon bersama.... pernah menangis dan ketawa bersama.
UnclePali dan Nadia terkejut apabila Kjee beritahu mereka, malam minggu ini kita akan pergi wedding. Mereka tahu Kjee dah lama tak hadir di majlis perkahwinan kawan-kawan. Bukan sahaja kawan-kawan, malah beberapa minggu lepas Kjee pun tak dapat pergi ke majlis perkahwinan anak sedara UnclePali.
Majlis kenduri yang dibuat Kak Piah, berlangsung di Khadijah's Kitchen, restoran milik adiknya, Dato Khadijah Ibrahim di Petaling Jaya. Malah, makanan untuk majlis tadi turut dimasak sendiri oleh Dato Kathy bersama kaum kerabatnya.
Kerana sibuk di dapur, kelibat Dato Kathy tidak kelihatan hingga ke akhir majlis. Agaknya kalau Kjee tunggu lebih lama, mungkin dapat bertemu beliau. Tetapi seperti biasa, sejam lebih sahaja duduk menikmati jamuan, Kjee sudah resah. Lutut mula berdenyut. Dan akhirnya terpaksa mintak diri untuk pulang walaupun majlis belum berlalu separuh jalan.
Selepas ini, Kak Piah akan menyambut seorang lagi menantu, tahun depan. Anaknya, Hairi, penyanyi kumpulan Kool akan menamatkan zaman duda. Jika dijemput, Insya Allah Kjee hadir.
Pada majlis tadi, Kjee bertemu sahabat lama, penyanyi Dhalan Zainuddin dan isterinya Effa Rizan. Alhamdullilah, masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan abang Dhalan yang Kjee panggil abang Dell. Usianya kini 73 tahun! Pernah jadi suami Sophia Ibrahim satu ketika dulu. Syukur Alhamdullilah hubungan mereka masih karib hingga ke hari ini.
Kjee juga bertemu buat kali kedua dengan penyanyi 50-an, Abang R Ismail. Suaranya yang merdu banyak digunakan untuk filem-filem keluaran Cathay Keris. Abang R Ismail kini sudah melewati usia 76 tahun. Dan masih lagi menerima undangan menyanyi di majlis-majlis tertutup.
Anak beranak ni, nak juga enter frame..hehehe |
Assalamualaikum KJee..samalah kita skt lutut..xde ubt ke utk org mcm kita ni ye..wah abg dell..idola sy sejak kecik smpai la dh otai ni..
ReplyDelete