Kjee dah plan nak buat Kuih Bakar Daging ni sejak malam tadi... janji kat seorang sahabat yang baik sangat. Setiap bulan, ada saja ole-ole dari beliau yang buat Kjee terharu... dari Keropok Losong, keropok kering, pie, telekung, kain batik dan macam-macam lah hadiah lain.
Kjee pun tak tahu nak beri apa sebagai balasan... maklumlah di mata kasar Kjee, dia ada segala-galanya. Tak terbalas Kjee. Tapi apabila Kjee sebut nak beri makanan dari air tangan Kjee yang tak seberapa ini, beliau seronok sangat!
So malam tadi, Kjee beritahu Unclepali nak buat Kuih Bakar Daging. Ini resipi arwah Bonda yang Kjee sayang sangat dan suka buat, sebab sedap. Kjee rasalah, belum pernah Kjee makan Kuih Bakar Daging sesedap resipi Bonda ni.
So, walaupun sebelah pagi hati Kjee agak terhiris...
Nasib baik my beloved assistant aka UnclePali, ringan sangat tulang hari ni. Tolong Kjee blend bahan-bahan dan juga jaga oven. Thanks sayang. I really appreciate. Actually tak susah mana nak buat kalau orang tu sihat kan...
Anyway, Kjee gunakan resipi sama yang Kjee buat berulang kali. Harap-harap apabila Kjee dah tak ada nanti, Nadia akan terus sambung tradisi buat kuih kesukaan mama dan nenek dia ni.
Tips yang Kjee boleh kongsi kalau korang nak buat Kuih Bakar Daging ini ialah, ikut pengunaan bahan-bahan. Jangan kedekut dan cuba jimat. Kjee guna 5 biji telor. Telor tu yang buat kuih ni ringan di dalam dan garing di luar.
Lagi satu tip penting ialah jangan kedekut guna inti. Lagi banyak inti, lagi sedap!! Cara Kjee, mula-mula letak satu sudu kecik ditengah-tengah batter dalam acuan yang dah duduk atas dapur dengan api kecik. Pastu, bubuh satu sudu dalam setiap lekuk acuan. Cara ini, apabila dipotong ikut lekuk, setiap keping ada berisi inti!
Tadi Kjee buat dua peket daging kisar (mince beef) jenama Azmy. Jenama Ramly pun okay cuma jenama itu banyak sangat lemak. Kalau guna daging kisar yang banyak lemak, rebus dulu kira-kira 20 minit, lepas toskan airnya sampai kering. Lepas tos, baru ditumis. Buang air selepas tos. Air tu mengandungi minyak atau lemak.
Kalau meniaga pun, Kjee tak pernah lokek letak inti. Naseblah kalau ada kata Kjee jual mahal. Sebiji RM6 tapi kalau makan puas hati, kenapa nak pertikai pasal harga! Kalau nak murah, dipersilakan dengan segala hormat untuk buat sendiri. Kjee dah bagi resipi so sendiri mahu ingat ya. Hehehe.
Resipi KLIK SINI.
Assalam kak jee...tengok dari caranya tidaklah susah mana. InsyaAllah jika ada kelapangan CT akan cuba buat. Tengok pun dah tau sedap kak. Terima kasih kak jee berkongsi ilmu..Alhamdulillah.
ReplyDeleteSama-sama Ct.
ReplyDeleteSalam kakjee. Kuih bakar daging ni sama rasa mcm cara berlauk ke?
ReplyDeleteIntinya letak sampai timbul ke? Atau yg nampak penuh kat ats tu.... inti yg di tambah?
ReplyDeleteKjee memang suka letak inti banyak supaya puas makan. Itu yang inti dia nampak timbul.
ReplyDeleteKak jee kat mn nk beli acuan mcm tu?
ReplyDeletesalam kjee...sy silent reader kjee...tiap hari mesti tgk blog kjee....x lupa gak resepi2 yg mudah2 k jee sediakan....thanks k jee semua resepi kjee dah sy cuba....luv u....
ReplyDeleteMemang sedap..nanti boleh order lagi
ReplyDelete