Thursday, November 28, 2013

KUIH BAKAR DAGING RESIPI ORI BONDAKU









Kjee dah plan nak buat Kuih Bakar Daging ni sejak malam tadi... janji kat seorang sahabat yang baik sangat. Setiap bulan, ada saja ole-ole dari beliau yang buat Kjee terharu... dari Keropok Losong, keropok kering, pie, telekung, kain batik dan macam-macam lah hadiah lain.

Kjee pun tak tahu nak beri apa sebagai balasan... maklumlah di mata kasar Kjee, dia ada segala-galanya. Tak terbalas Kjee. Tapi apabila Kjee sebut nak beri makanan dari air tangan Kjee yang tak seberapa ini, beliau seronok sangat!

So malam tadi, Kjee beritahu Unclepali nak buat Kuih Bakar Daging. Ini resipi arwah Bonda yang Kjee sayang sangat dan suka buat, sebab sedap. Kjee rasalah, belum pernah Kjee makan Kuih Bakar Daging sesedap resipi Bonda ni.

So, walaupun sebelah pagi hati Kjee agak terhiris... tak payahlah tanya kenapa, Kjee teruskan juga projek buat kuih ini. Kjee tak pun janji nak beri kuih apa kepada sahabat Kjee itu sebab takut tak jadi buat. Maklumlah... Kjee bukannya sihat.








Nasib baik my beloved assistant aka UnclePali, ringan sangat tulang hari ni. Tolong Kjee blend bahan-bahan dan juga jaga oven. Thanks sayang. I really appreciate. Actually tak susah mana nak buat kalau orang tu sihat kan...

Anyway, Kjee gunakan resipi sama yang Kjee buat berulang kali. Harap-harap apabila Kjee dah tak ada nanti, Nadia akan terus sambung tradisi buat kuih kesukaan mama dan nenek dia ni.

Tips yang Kjee boleh kongsi kalau korang nak buat Kuih Bakar Daging ini ialah, ikut pengunaan bahan-bahan. Jangan kedekut dan cuba jimat. Kjee guna 5 biji telor. Telor tu yang buat kuih ni ringan di dalam dan garing di luar.

Lagi satu tip penting ialah jangan kedekut guna inti. Lagi banyak inti, lagi sedap!! Cara Kjee, mula-mula letak satu sudu kecik ditengah-tengah batter dalam acuan yang dah duduk atas dapur dengan api kecik. Pastu, bubuh satu sudu dalam setiap lekuk acuan. Cara ini, apabila dipotong ikut lekuk, setiap keping ada berisi inti!











Tadi Kjee buat dua peket daging kisar (mince beef) jenama Azmy. Jenama Ramly pun okay cuma jenama itu banyak sangat lemak. Kalau guna daging kisar yang banyak lemak, rebus dulu kira-kira 20 minit, lepas toskan airnya sampai kering. Lepas tos, baru ditumis. Buang air selepas tos. Air tu mengandungi minyak atau lemak.

Kalau meniaga pun, Kjee tak pernah lokek letak inti. Naseblah kalau ada kata Kjee jual mahal. Sebiji RM6 tapi kalau makan puas hati, kenapa nak pertikai pasal harga! Kalau nak murah, dipersilakan dengan segala hormat untuk buat sendiri. Kjee dah bagi resipi so sendiri mahu ingat ya. Hehehe.

Resipi KLIK SINI.







Related Posts:

  • SWEET CORN FRITTERS WITH UDANG Bekfas kami pagi ni. Rancang buat tak banyak sebab saja nak alas perut sebelum pergi kenduri kahwin jap lagi. Tapi bancuh punya bancuh, terbanyak pulak. So separuh daripada batter nya Kjee simpan dalam fridge. Boleh goren… Read More
  • LEMPENG PISANG JAGUNG KELAPA Isyhhh tak rosak ke nanti rasa lempeng pisang kalau dicampur jagung manis dan kelapa? Hmmm kalau ada yang pernah buat, tentu dapat shek hen (shake hands) ngan Kjee dan kata sedap. Hehehe. innity_pub = "d1d… Read More
  • CAMNER NAK BEKUKAN KARIPAP innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More
  • Seri Muka Lagi. Tak Serik Serik.! Tak cantik rupanya sebab potong masih suam Dikukus tanpa penutup di akhir mengukus supaya airnya kering Kjee takkan boring buat kuih ini over and over. Kuih kesukaan dulu, kini dan selamanya, Insya Allah. Ini kali ke… Read More
  • JOM TEBAR ROTI JALA!!! Hari ni tetiba datang mood untuk 'menjala'. Masa balik dari menghangkut stok acuan roti jala tadi, tetiba jugak terfikir...asyik jual acuan jer, bila nak buat untuk makan sendiri. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More

8 comments:

  1. Assalam kak jee...tengok dari caranya tidaklah susah mana. InsyaAllah jika ada kelapangan CT akan cuba buat. Tengok pun dah tau sedap kak. Terima kasih kak jee berkongsi ilmu..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Salam kakjee. Kuih bakar daging ni sama rasa mcm cara berlauk ke?

    ReplyDelete
  3. Intinya letak sampai timbul ke? Atau yg nampak penuh kat ats tu.... inti yg di tambah?

    ReplyDelete
  4. Kjee memang suka letak inti banyak supaya puas makan. Itu yang inti dia nampak timbul.

    ReplyDelete
  5. Kak jee kat mn nk beli acuan mcm tu?

    ReplyDelete
  6. salam kjee...sy silent reader kjee...tiap hari mesti tgk blog kjee....x lupa gak resepi2 yg mudah2 k jee sediakan....thanks k jee semua resepi kjee dah sy cuba....luv u....

    ReplyDelete
  7. Memang sedap..nanti boleh order lagi

    ReplyDelete