Saturday, November 23, 2013

MAHKOTA DEWA KINI DAH ADA DI MALAYSIA





Buah Mahkota Dewa...ala-ala buah jambu kan?




Apabila adik bongsu Kjee (kini arwah) disahkan mengidap kanser payudara enam tahun lalu, Kjee pun mengelabahlah cari penawar. Dan antara yang Kjee dapat tahu ialah buah Mahkota Dewa dikatakan boleh mengubati kanser. Wallahualam.

Dalam Kjee menangis hari-hari mengenang nasib adik Kjee tu, Seri, pembantu rumah Kjee beritahu, buah tu ada dikampungnya. Ibunya tanam pokok tu dan buahnya memang dikenali di Indonesia kerana mampu mengubati pelbagai penyakit.

Bagaimanapun, tiada rezeki adik Kjee sebab Kjee tak tahu cara untuk mendapatkan buah Mahkota Dewa itu.

Hari tu, pengarah Rashid Sibir call Kjee apabila dia asyik baca post Kjee di Facebook pasal Kjee sakit sendi, bengkak buku lali, kencing manis... Dia suruh Kjee cuba cari buah Mahkota Dewa. Dia kata buah itu juga amat berkesan, dengan izin Allah, untuk diabetes!!

Rashid diperkenalkan kepada buah itu ketika shooting drama di Kuang, Selangor. Seorang pakcik memberinya beberapa biji buah tersebut.

Ohhhh ada ditanam di Malaysia!!

"Ada kak. Cuba Kak Jee post kat Facebook. Ramai kawan Kak Jee tu.. Mungkin ada antara mereka yang tanam."

Sepantas kilat Kjee post kat FB dan sepantas itu jugak Kjee dapat respons. Ada dari Kelantan, dari Pahang, dari Johor dan yang terdekat dari Kuala Kubu Baru!! Ada yang nak pos dan ada jugak yang nak jual.

Anyway, petang semalam, Kjee dan UnclePali drive ke Kuala Kubu Baru. Ke rumah Hayatie Yusof yang cukup peramah dan murah hati. Beliau bukan sahaja bagi buah tetapi pokok yang sudah cukup matang, siap ada buah-buah Mahkota Dewa bergayut2.

UnclePali garu kepala. Camner nak masukkan pokok itu ke dalam kereta. Boot kereta ada wheel chair. Tapi akhirnya dia berjaya baringkan pokok tu atas seat belakang kereta. Kelakar... tapi Kjee yang bingai sebab tak hengat nak amik gambar pokok tu baring dalam kereta.









Tadi UnclePali dah tanam. Ingatkan nak tanam dalam pasu besar tapi Kjee kata camner kalau tanam jer kat tanah. Pastu kita semailah bijinya dalam pasu. Nak pindah randah boleh hangkut. Pokok besar tu nanti kira wakaf. Good idea, kata UnclePali.

Masa nak tanam, rupa-rupanya terselit dua anak pokok Mahkota Dewa. Wah...rezeki ni. Boleh alihkan ke pasu!! Mesti Hayatie atau suami dia tak perasan!!



Anak pokok 



Kalau korang nak tahu apa khasiat buah Mahkota Dewa, korang google jer. Mak mertua Kjee kata, pucuk dia boleh buat ulam. Kelmarin Kjee google, daunnya juga boleh direndam dan minum airnya. Rupa-rupanya depan rumah MIL pun ada tanam!

Kena hati-hati dengan buah ini sebab bijinya beracun dan ada kata boleh mabuk. So Kjee sms balik Rashid. Risau kalau-kalau nak ubatkan penyakit yang ada, mati pulak kena racun. Hehehe.

"Ricik buah tu kak Jee. Bijinya buang. Letak hirisan dari sebiji buah tu dalam gelas. Curah air panas mendidih. Biarkan suam baru minum.

"Saya minum 5 malam jer. Macam Kak Jee kena amalkan 10 malam," kata Rashid yang menyampah agaknya Kjee asyik ganggu dia tengah shooting. Mestilah Kjee kena gandakan sebab beza body Kjee dengan Rashid Sibir pun dua kali ganda. Kahkahkah.

Kjee ikhtiar sahaja. Allah swt suruh kita usaha, jangan duduk diam tunggu mati. Bab mati tu jangan dipersoalkan. Itu kerja DIA.

Pagi tadi masa Kjee nak keluar, korner dekat rumah Kjee belang rumah kami, Nadia terjerit nampak pokok Mahkota Dewa yang sarat dengan buah-buahnya yang merah menyala! Ditanam tepi jalan jer!! Tapi kami tak ralat pergi jauh sampai ke Kuala Kubu Baru sebab Hayatie sedekah sekali pokok yang dah besar. Terima kasih daun keladi Yatie dan suami.




Terrima Kasih Hayatie...hanya kenal melalui FB



Ini close up daun pokok Mahkota Dewa. Tadi ada yang tanya camner daunnya.

18 comments:

  1. Boleh tak bagi alamat di KKB? Saya pun teringin..Email saya :khairuddinlim@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. cam seronok je kawasan perumahan kak Je ni... tenang je..

    ReplyDelete
  3. kak jee,saya dan anak mengidap talasemia.slalu tcungap2 nk bnafas sbb darah rendah.kak jee ada apa2 produk atau tau mengenai perubatan tradisional utk menyembuhkan skt ne?terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Bagus untuk dalaman wanita jugak kak jee....disabah banyak ditanam dan jual dpasar minggu atau tamu....

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Gee, sesungguhnya wanita yg sebaik hati dan budi mcm kak gee ni semua org sayang dan ambil berat.Semuga pas ni kak gee sembuh sepenuhnya. amin amin.Rynn.

    ReplyDelete
  6. Kjee hanya syorkan makan TF Plus kalau ada Talasemia.

    ReplyDelete
  7. Pokok di KKB tu satu jer Encik Khairuddin. Buah pun taklah banyak. Yang Kjee petik tu jer. Cuba usaha tempat lain dulu. Kalau buah di pokok yang Kjee tanam banyak nanti, bolehlah Kjee beri.

    ReplyDelete
  8. Ya Amal. Sunyi sangat. Jalan mati pulak tu. Risau jugak sebab banyak kali Kjee tengok budak naik motor lalu depan, perhatikan semua rumah kat situ dan terus blah.

    ReplyDelete
  9. tak pernah tgk buah mahkota dewa...selalu dengar jer....

    ReplyDelete
  10. Salam kak jie..daun belalai gajah pun bole jugak utk ubat kanser tp bnyk pantang larang nak kena ikut

    ReplyDelete
  11. Kat depan rumah saya ada sepokok...banyak gak haritu petik buahnya...asalnya dulu husben saya bawak pokok mahkota dewa ni masuk Malaysia dari Riau...pastu hantar sikit bawak balik kampong...dah jadi banyak...rasanya buah mahkota dewa tu kena ricik pastu dijemur dan dikeringkan...pastu direbus dan airnya diminum...

    ReplyDelete
  12. kak jee,sya yg skt talasemia td..nk tanya produk tf yg mana satu yg k jee syorkan utk saya?ada ke pesakit talasemia yg gna produk ne dan mujarab?kalu ok,sya nk jd ahli under k jee.tq

    ReplyDelete
  13. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai product untuk talasemia boleh sms kjee di 0126780501.

    ReplyDelete
  14. Assalam kjee.
    Nape tk ckp kjee cri pokok ni. Kat rmh sya di sg buloh byk. Asben bg je kat sapa nk. Mula2 dulu beli kat expo tani di bngunan matrade sepokok kecik rm50. Masa tu susah nk dpt pokok ni. skrg asben semai buah2 yg matang. Klau tau dulu sya anto je kat rmh kjee masa dok sg buloh dulu tu. Pokok ni senang hidup klau rajin siram.

    ReplyDelete
  15. Mintak maaf sya chek dgn asben tinggal sepokok dua je yg dlm poly beg. Yg lain dh bg kat org masa pindahkn dr tapak lama ke tapak bru.
    Yg sya tau bj mmg tk leh makan. Ambik isi di luar biji je. Hiris nipis2 jemur then rendam mcm teh.

    ReplyDelete
  16. Kami tanam kat kampung banyak Kak jee...tapi semua cakap takut mabuk kalau makan...geram tengok buah dia merah2 rasa nak kunyah...Baca blog kak jee ni baru tahu nak buat ubat macam mana. Ada yg kata kena keringkan dulu lah...dan macam2 lagi. Balik kg kali ni blh ambik buah tu akhirnya...TQ

    ReplyDelete
  17. kat umah saya ada pokok ni banyak buahnya.. takder org amik tahu pun..

    ReplyDelete