Friday, November 15, 2013

MISICAFE HIDANG MAKANAN ENAK DAN BERPATUTAN DI BUKIT JELUTONG

MisiCafe





Bahagian luar MisiCafe. Bangunannya berbentuk kapal



Datin Ramziela kanan dan Wan Noorizan tengah




Selepas hampir dua tahun dibuka, akhirnya Kjee, UnclePali dan Nadia sempat singgah di MisiCafe and Shoppe, di Bukit Jelutong, Shah Alam, milik penyanyi 80-an Datin Ramziela. Beliau dah lama beritahu Kjee (di Facebook) suruh try speciality cafe nya iaitu Teochew Porridge. Katanya sangat disukai pelanggannya.

Kalau mereka suka, maknanya sedaplah kan! Bercerita pasal Teochew Porridge, kenangan makan di Lodge Hotel, menjelma kembali. Masa muda-muda dulu kalau ada assignment memalam buta, mesti kami singgah makan situ. Kira femeslah masa zaman muda Kjee.

Kjee pakat dengan my gud fren bekas PR syarikat rekod, Wan Noorizan suruh join. Wan dan Datin Ramziela sahabat baik sejak dulu dan wajah seiiras! Wan bawa sama suaminya, pengarah muzik terkenal Johan Pochin dan anak mereka Jazzly. Maka di petang yang hening semalam, MisiCafe riuh rendah dengan sembang tawa kami.

Swedish Meatballs ala Ikea

Teochew Porridge enak ala Hotel The Lodge









Datin Ramziela suruh Kjee try Swedish Meatballs yang lebih sedap dari Ikea! Kjee tak pernah makan di Ikea sebab ada isu satu ketika dulu. Masa tu, Nadia kata, meatballs Ikea agak dry (kering). Tapi apabila Nadia try Swedish Meatballs MisiCafe, Nadia setuju ia lebih sedap dari Ikea!

"Mana tak sedapnya Kjee," sampuk Wan. "Chef Misicafe, ex-Ikea!"

Datin Ramziela kemudiah mencelah : " Kat Ikea, Chef kami tu kata, tak boleh takok tambah nak jadikan ia sedap sebab terikat dengan resipi. Sampai sini, dia tambahlah bahan-bahan jadikan ia lebih sedap," tambah Datin Ramziela. Hmmm lepas ni tak payah risau makan meatballs yang halal lagi toyyiban.

Nadia order Teochew Porridge. Cantik sangat pinggan mangkuknya. Hmmm I like! Sedap sangat. Ada pilihan enam jenis lauk. Dan buburnya halus, sesuai dengan selera Kjee yang cerewet pasal makan bubur ni. Kalau masih ada rasa biji-biji nasinya, tak boleh lulus my standards! Harganya RM12.90! Murah dan berbaloi harga dengan rasa!

Kjee suka sangat ambience dalam MisiCafe. Very homely. Cermin sekeliling cafe buat kita jamu mata dengan alam persekitaran yang luas kehijauan, sambil makan makanan yang sedap! Kawasan dalamannya luas. Kalau bawak anak-anak memang mereka boleh berkejaran sambil bermain-main.



Dato Salehuddin dan Datin Ramziela















Suami Datin Ramziela, Dato Dr Hj Sallehuddin kemudian join kami. Ahli Korporat berasal dari Johor. Sedara sebelah Mak Long Kjee, rupa-rupanya. Dato Sallehuddin cukup peramah dan menyokong pembukaan Cafe milik isterinya. Tak nak beri Datin sambung karier nyanyiannya?

"Cukuplah zaman dia jadi penyanyi. Now she sings for me," kata Dato berseloroh.

Bagaimanpun, setiap malam minggu, ada persembahan five-piece band di situ. Datin Ramziela, berkata, kekadang dia nyanyi jugak satu dua lagu. Selain itu ada jugak ruang karoke.

Kjee terkejut melihat harga menu di MisiCafe yang sangat berpatutan. Kalau nak diikutkan, ada kedai biasa yang meletakkan harga lebih mahal.

"Misicafe dikunjungi ramai students Malaysia Institute For Supply Chain (MISI). Jadi kami tidak boleh letak harga terlalu mahal. MISI ada banyak  foreign students, justru makanan yang kami sediakan harus menepati citarasa mereka," kata Datin Ramziela.

Bagaimanapun, untuk menepati selera tempatan, ada jugak menu yang digemari seperti Mi Goreng, Nasi Goreng, Mi Bandung, Cucur Udang, pelbagai jenis kuih muih Melayu dan jugak Nasi Campur.




Blackpepper Chicken Chop

Nasi Goreng Kampung

Cucur Bilis yang garing dan sedap


Antara menu yang terdapat di MisiCafe

Oh ya, Datin Ramziela juga ada sebuah kedai menjual beg tangan, baju yang cenderamata di Misi Cafe. Jangan lupa jenguk kedai itu selepas jamu selera.

MisiCafe jugak amat digemari mereka yang buat majlis keluarga seperti Majlis Hari Jadi, Majlis Pertunangan, Hari Keluarga dan juga resepsi perkahwinan. Cafe itu boleh memuatkan 90 pelanggan di satu-satu masa. Tetapi baru-baru ini Wan Noorizan buat resepsi sambut menantu dan meletakkan tiga atau empat kemah di luar. Seramai 200 tetamu menyerikan majlis tersebut.


Majlis sambut menantu Wan Noorizan baru-baru ini di MisiCafe. Tema Morocco. gambar cilok FB Wan.







"Kami puas hati dengan majlis resepsi yang diadakan di sini," kata Wan. Tetamunya juga memuji makanan yang enak-enak termasuk soto Johor.

Dato Sallehuddin kemudian membawa kami ke bahagian sisi luar MisiCafe. Tanah yang luas itu menurutnya, amat sesuai buat Garden Wedding. Kjee agak-ajak boleh muat antara 500-700 tetamu kalau buat Garden Wedding.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang jenis majlis di MisiCafe boleh hubungi

MisiCafe  037832 7580
Emma      016 3337580
Din          019 4721786
atau Page MisiCafe and Shoppe di Facebook.
Alamat:
Ground Floor, Malaysia Institute For Supply Chain
(Sime Darby Sales Gallery)
2-A, Persiaran Tebar Layar
Bukit Jelutong
Shah Alam
Selangor


Related Posts:

  • NOODLE SOUP DI TAIWAN NOODLE HOUSE, AMPANG POINT Beef Ball Noodle Soup Semalam Kjee ke Ampang Point selepas jemput Nadia balik dari kuliah. Teringin nak makan kat Taiwan Noodle House di tingkat 1. Dah terlanjur ke sana, Kjee planlah nak cari hadiah Hari Raya untuk Bon… Read More
  • BUKA PUASA DI RESTORAN 'WARUNG KAYU MANIS'Namanya warung tetapi Warung Kayu Manis ni sebenarnya sebuah restoran di Taman Melawati. Kjee tak pernah makan di restoran ni, tetapi Molly, tauke MJ Burger (yang berkongsi sebelah malam dengan restoran ini), beritahu Kjee, m… Read More
  • LAUK PAUK MINANG...TUNJUK HEHEHE Gulai tunjang Hari ni Kjee letih sangat. Banyak sangat kerja. Pastu cuaca tersangatlah terik. So bila panas, vitamin M meluap2. Ingatkan nak gi buka puasa kat luar tapi last minute ubah fikliran sebab kat luar panas. in… Read More
  • BERBUKA MENU WESTERN DI ARIMA CLASSIC Beef ala Classic Hah semalam kami gi makan makanan omputih airtangan orang Melayu! Hehehe. Ada pulak yang tanya Kjee, kenapa masa nak masuk bulan Ramadhan ari tu Kjee kata tak mau makan kat luar. Tapi sejak puasa dah dua… Read More
  • DURIAN CAKE YANG ENAK BANGET Heavenly Durian Cake Dan dua hari asyik teringat keenakannya, hari ni baru dapat makan. Yezza Durian Cake restoran Group Base yang enak banget! Kalau makan di restoran itu (sebelum bulan Ramadhan), Durian Cake ini mesti… Read More

2 comments:

  1. the food looks great and the atmosphere looks nice-) Salam perkenalan... Bole la saya try datang ke MisiCafe in Bkt Jelutung. Thanks for the info-)

    ReplyDelete
  2. mmg tercari2 dimana misicafe ni. at last jumpa jgk, everyday dok lalu situ. nnt nk dtg try the foods, somemore mmg suka dgn ramziela ni

    ReplyDelete