Bahagia setahun jer.. si pompuan 13 dan lelaki 20 tahun... cerai talaq 3! |
Pasti ramai terkejut beruk kan kalau Kjee kata berpegangan tangan dengan budak lelaki boleh mengandung!! Begitulah naive nya Kjee masa berumur sekitar 12 dan 13 tahun.
Sekolah Kjee, pelajarnya semua pompuan. All girls school. Tapi tak jauh dari situ, ada sekolah menengah lelaki. Kjee sekolah kat Air Panas Girls School dan sekolah budak lelaki, Setapak High School.
Masa Kjee Form Three kat sekolah tu, tetiba ada satu budak Filipino datang belajar kat situ. Nama dia Fatima Villanueva. Sebelum duduk di Malaysia ikut ayah bersama keluarganya, mereka tinggal di Bangkok. Jadi, kehidupan Fatima agak bebas... berbanding dengan kami.
Sebelum Fatima masuk kelas Kjee, kawan-kawasan Kjee yang kononnya lebih cerdik lah yang kata jangan dekat-dekat dengan budak lelaki. Pegang tangan pun boleh pregnant!
Punyalah Kjee dan geng Kjee takut. Kalau ada event apa-apa dengan pelajar -pelajar High School Setapak, kami sanggup sorok tangan takut nak bersalaman! Karang tak semena-mena boleh mengandung!!! Tak ke nahas! Udahlah bapak aku garang macam...binatang apa hah lagi garang dari Singa?!!!
Kemudian Fatima pun masuklah sekolah kami. Satu kelas pulak dengan Kjee. Dan kami pun berkawan rapat. Budak-budak lain dalam geng Kjee ialah Lily Hong, Charanjeet Kaur dan seorang lagi budak Benggali yang Kjee dah lupa nama.
Apabila Fatima dapat tahu yang kami ni fikirkan berpegangan tangan boleh mengandung, dia pun ketawa guling-guling. Dialah jadi mentor kami. Kalau kami nak tahu apa-apa pasal apa-apapun, dialah jadi story teller. Tapi dalam kelas dia bingai, so kami barter trade lah. Kami ajar dia Bahasa Malaysia, dia ajar kami macam-macam.. hehehe.
Tapi jangan risau... kami tak praktikkan apa dia ajar sebab kami masih was-was sebab takut ... bersentuhan dengan budak lelaki boleh pregnant. In other words, kami tak percaya bulat-bulat apa yang Fatima kata! Hehehe. Well, sampai lah kami masuk kelas Biology... hihihi.
Kjee buat entri ini sebab teringat kisah budak umur 13 tahun yang berkahwin dengan remaja umur 20 tahun dan bercerai setahun kemudian. Macam manalah mak ayah dia boleh lepaskan dia kahwin di usia itu. Entahlah.
Pompuan ni 14 tahun dan lelaki 23 tahun |
Dah jodoh apa nak dikata. Tapi kalau dibiarkan tak bolej juga, nanti jadi trend pulak, diorang ingat macam main kawin-kawin aje. Ikut statistik mahkamah ada lebih 1000 permohonan untuk nikah bawah umur tahun ni aje kalau tak silap.
ReplyDeleteYang pompuan tu fahamlah sebab masih muda dan kecil lagi jadi si suami yang lebih dewasa patut membimbing dengan bersungguh-sungguh. Yang lelaki tu dah masuk umur dewasa lebih 18 tahun dan ramai juga yang nikah umur macam tu dan ramai yang kekal aman bahagia.
AsSalam
ReplyDeleteMaaf...depa cerai talak satu, bukan tiga..
sila baca sini http://www.astroawani.com/news/show/remaja-13-tahun-dicerai-talak-tiga-25972
ReplyDeleteye btul kak jee , byk yg salah , sebenarnya mereka cerai talak 1 .Punca bercerai di katakan berpunca dari kata2 org keliling ..... yg mengecam dan memerli mereka .... sepatutnya mereka ini memerlukan bimbingan dan nasihat utk melayarkan rumahtangga yg terbina , bukannya umpatan dan hasutan .......cian budak2 ni ..........
ReplyDelete