Wednesday, November 6, 2013

ROZITA KE AMYZA PILIHAN MELODI?


foto ehsan mStar Online


Beberapa minggu lepas, apabila Amyza Aznan jadi hos gantian dalam rancangan Melodi, Kjee hantar sms kat dia, sebaik sahaja selesai rancangan itu. Tak silap Kjee ketika itu rancangan tersebut dibuat di Kucing, Sarawak.

Kjee kata kalau berterusan jadi hos Melodi kan bagus. Sebab rasa-rasanya selepas Ogy Ahmad Daud, tak ada hos wanita lain yang sesuwai.

Amyza balas sms Kjee. Dia kata: "Ala saya hanya jadi hos ganti jer."

Tapi Kjee tahu Amyza tentu excited kalau dia benar-benar dipilih menjadi hos tetap rancangan itu. Maklumlah, Kjee rasa sudah sampai masanya TV3 pilih bunga pulak untuk digandingkan dalam rancangan kesukaan ramai tu.

Dan hari ini, Kjee baca di mStar Online, TV3 telah shortlist dua artis iaitu Rozita Che Wan dan jugak Amyza Aznan. Tidak tahu mana satu antara dua artis itu akan dipilih setelah menjalani uji bakat.

Selebihnya, korang baca di bawah ni.








Amyza Aznan Syukur Jika Berpeluang Jadi Hos 'Melodi'

PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan berkata dia amat bersyukur jika diberi peluang mengemudi rancangan Melodi kerana kerjaya itu juga mampu mengasah bakatnya sebagai seorang pengacara.

Amyza, 37, berkata, Melodi merupakan sebuah rancangan yang mempunyai ramai peminat dan peluang menjadi hos tentunya dinanti-nantikan oleh semua orang.

"Siapa yang tidak mahu menjadi pengacara Melodi? Ia adalah sebuah rancangan yang popular selain mempunyai ramai pengikut dan sekiranya saya diberi peluang untuk bergelar hos ia adalah peluang yang sangat baik," katanya kepada mStar Online.

Amyza berkata demikian ketika diminta mengulas kehadirannya bersama pelakon Rozita Che Wan di TV3 untuk menjalani uji bakat rancangan hiburan itu.

Dalam pada itu Amyza berkata, kehadirannya dengan bukan bermakna mereka bakal menggantikan Zizan Razak dan Awal Ashaari sebaliknya ia adalah sekadar memenuhi permintaan pihak penerbitan rancangan hiburan tersebut.

"Saya dan Che Ta (Rozita) sekadar pergi uji bakat dan pihak produksi tidak mengatakan sama ada kami akan menggantikan Awal dan juga Zizan. Ia sekadar uji bakat sahaja,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata, dia akan bergandingan dengan Awal menerusi program itu pada 24 November ini bagi menggantikan Zizan.

"Sebelum ini pihak penerbit telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program itu semasa Jom Heboh di Sarawak. Mungkin atas kepercayaan itu mereka memanggil saya untuk menggantikan Zizan pula kali ini.

"Walaupun saya hanya muncul untuk satu episod tetapi saya menganggap ia satu peluang besar kerana mereka percayakan kredibiliti saya," katanya.

Melodi disiarkan setiap Ahad di TV3 pada pukul 12.30 tengah hari. - mStar Online

Related Posts:

  • ERMA FATIMA AJAK ERRA-AWIE KEMBALI BERCINTA... Dah dekat 12 tahun tinggalkan bidang kewartawan. Last Kjee menulis dulu untuk portal hiburan Octopus.com. Satu-satunya portal hiburan sepenuhnya, yang terawal di Malaysia. UnclePali turut kerja di Octopus.com sebaga… Read More
  • NAK KAHWIN ANAK IKAN ATAU LAKI ORANG?!! Jodohnya dengan anak muda Apabila artis-artis memilih anak-anak bujang atau istilah mereka anak ikan, pucuk muda dan yang sewaktu dengannya, Kjee yakin ramai yang mencemuh. Kononnya sedarlah sikit diri awak dah tua… Read More
  • NOTA BUAT HANEZ SURAYA...YOU ASKED FOR IT! Assalammualaikum Adik. Tetiba kisah 'dalam kain' jadi jajaan masyarakat saban hari dan bukan kehebatan Adik sebagai pelakon. Sayang seribu kali sayang. Please give me a moment to share how I feel... Adik telah diku… Read More
  • RAMAI MENANGIS AGAKNYA TADI... Kjee pasti ramai wanita sebak tengok wanita ini di Melodi tadi. Nama beliau Liyana Manan. Usianya barangkali awal 30-an dan mempunyai dua anak lelaki yang rasanya belum cukup usia untuk ke sekolah. Sedang bergelut perta… Read More
  • APA KAITAN ENTRI ITU DENGAN ERRA FAZIRA Foto-foto ehsan google Another beauty queen in the making? Bukan main ramai lagi yang membaca entri NOTA BUAT ERRA yang kjee buat kelmarin. Hampir 50,000 page views! Mungkin ada yang fikirkan Kjee akan m… Read More

9 comments:

  1. Macam suka Amyza lagi je sbb Che Ta kaku la memalu kucing..

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak tgk amyza kat melodi ari tu... dgr kate mcm ok gak die jd pengacara tu...

    ReplyDelete
  3. amyza sesuai lah dia jenis selamba pastu jenis kelako, kalu cik ta jenis control lawo... dh tak syok dh melodi tuh jd mcm nona lak... hehhehe

    ReplyDelete
  4. amyza nih lg sesuai kot... gila2 sikit... cikta mungkin sebab dia lawa jew kot...

    ReplyDelete
  5. amyza is much better.....memang jenis lawak spontan.

    ReplyDelete
  6. cik ta dulu pernah jd hos dgn ally iskandar utk anugerah apa ntah. x best la. control ayu sangat. Amyza ok rasanya. Dia kan lebih spontan & pandai jugak buat kelakar

    ReplyDelete
  7. saya pun ada terbaca dalam kosmo semalam
    kalau TV3 tanya peminat, rasanya memihak pada amyza =)

    happy itu saya!

    ReplyDelete