Sunday, November 10, 2013

TAHNIAH FIZO DAN MAWAR TETAPI...




























Tahniah Fizo Omar dan isteri. Mewah hantaran... jongkong emas seberat 1.011 kg (harga semasa +-RM160 satu gram), dua biji motorsikal berkuasa tinggi dan banyak lagi. Alhamdullilah masing-masing sudah mencapai status hidup yang cukup tinggi.

Didoakan hubungan hingga ke nafas akhir. Amin.

Tetapi agak terkilan melihat gambar diatas. Kenapa majlis pernikahan dibuat sedemikian rupa. Pengantin lelaki dan Jurunikah duduk di lantai dan pengantin perempuan atas sofa?

Begitu jugak dengan apa yang dilakukan oleh Raja Azmi ketika bernikah tempoh hari. Harap-harap ia bukan menjadi budaya kita selepas ini yer.


foto2 ehsan blog Rotikaya




10 comments:

  1. sekarang macam2 adat & budaya dah di campur adukkan dalam perkahwinan orang Islam.. kadang2 tu sampai tak nampak dah keIslaman & kemelayuan sebab terlelu sedikit budaya & adat kita dalam majlis kawen.. Selebihnya lebih kebaratan & jadi kurang keberkatan

    ReplyDelete
  2. sekarang ni dah jadi budaya juga .. lepas selesai urusan peminangan, jari di sarung cincin oleh bakal mertua .. maka masuklah si lelaki duduk di sebelah tunangnya .. bergambar ala-ala bersanding gitu. ada yang berpakain santai dan ada juga siap bersampin lengkap beranjak ... ermmmm ... berposing sakan .. macam dah SAH pula.

    ReplyDelete
  3. saya pun nak tegur perkara yang sama kak jee. macam tak sesuai je bila kedudukan pengantin perempuan lebih tinggi dan di atas tok kadi dan pengantin lelaki. rasanya jika sama level lebih sopan dan manis

    ReplyDelete
  4. Dari dulu sy mmg x berkenan cara mcm ni...pd sy lbh sopan nikah d rumah then pengantin pompuan ddk d blk...nk sarung cincin etc padtu br pengantin lelaki ketemu bakal isteri...

    ReplyDelete
  5. moga jodoh mereke berpanjangan kan kak gee... tumpang gembira... :)

    ReplyDelete
  6. Budaya orang melayu makin terhakis (walaupun che mat mix peranakan nyonya, tapi tetap budaya orang melayu di hati)...bukan nak komen negatif, tapi bab2 yang penting mcm ni biarlah kekal dengan ciri2 lama berlandaskan Islam, memang hak masing2 tapi tidak kah ia akan memberi satu gambaran yang kurang tertip...sekadar pandangan...

    ReplyDelete
  7. UAI pun dh tegur hal yang sama, hantaran spt alQuran letak level lantai dan pengantin di sofa seolah2.......kan bagus macam dulu2 pengantin dalam bilik disarungkan cincin dan acara selanjutnya tanpa unsur2 memaparkan kemewahan...wallahualam

    ReplyDelete
  8. itu cara masing2... duduk bawah susah lah..baju ketat uollsss

    ReplyDelete
  9. hal2 mcm ni pun dh d pandang ringan, macamana dgn hal2 yg lebih rumit.
    hal2 berkaitan agama janganlah di pandang remeh

    ReplyDelete