Wednesday, November 20, 2013

URAP PUCUK BETIK








Seingat Kjee, arwah Bonda panggil lauk ni Kerabu. Dia selalu buat Kerabu Pegaga, Kerabu Kacang Kecipir, Kerabu Taugeh dan jugak Kerabu Pucuk Betik.

Tetiba bila dah tua, setelah Bonda tiada, barulah Kjee tahu rupa-rupanya lauk ni dipanggil Urap. Apapun namanya, ini adalah lauk favorite Kjee.

Hari ni, Kjee paksa UnclePali masuk hutan keluar hutan cari pucuk betik. Maklumlah kalau nak beli, kena tunggu hari Sabtu atau Ahad baru ada Pasar Tani. Itu pun belum tentu dapat yang fresh dan pucuk yang muda. Pucuk muda? Hehehe.

Kawasan tempat Kjee tinggal, memang ada banyak pokok betik yang tumbuh meliar. Hanya kena siapkan pisau saja dalam kereta. Tadi UnclePali berjaya petik pucuk betik dari empat pokok. Masuk dalam kereta sengih jer sebab telah berjaya buat Kjee happy.

Kjee ni, kalau dah teringin nak makan benda-benda eksotik ewah banyak kau punya eksotik, selagi tak dapat, selagi tu asyik teringat dan berangan.






























Balik rumah tadi selepas petik pucuk-pucuk muda, Kjee rendam seketika. Kena rendam sebab pokok tu di tepi jalan. Banyak kekotoran. Lepas tu UnclePali rebus letak garam. Garam kena letak banyak kalau nak kasi hilang sikit pahit pucuk betik tu. Ini ada sorang makcik Indon, kerja cleaner tempat Kjee tinggal di Cheras dulu.

Rebus tak payah lama. Elok dah lembut batang-batang keras pada pucuk betik tu, kira okaylah. Kjee anggar dalam 5-10 minit. Toskan, perah airnya dan diricik kasar-kasar sikit.

Kemudian Kjee sangai satu labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 6 hingga 7 biji cili padi ikut kepedasan sendiri, satu inci belacan, 1 inci kunyit hidup dan dua sudu besar udang kering bersama separuh biji kelapa parut. Sangai sekejap jer. Sampai kelapa tu nampak keperang-perangan sikit. Kalau tak nak sangai pun boleh. Tapi kena sekali hadap, dihabiskan.

Ada orang tak sangai (goreng tanpa minyak) tapi arwah Bonda sangai sebab dia kata kalau nak simpan hingga malam, taklah basi. Bahan-bahan sangai kemudian ditumbuk. Nak guna lesung atau blender kering pun okay. Tapi tak perlu halus sangat.

Kemudian campurkan bahan tadi bersama pucuk betik yang telah direbus. Gaul rata. Kemudian perah limau nipis ikut rasa.

Itu jer. Kjee suka rasanya yang pahit, pedas dan jugak masak dari jus limau.Kalau bubuh kerang rebus pun sedap. Malangnya tadi tak ingat.

Ulam-ulaman pahit elok untuk orang pompuan. Don't ask me why! Kalau boleh makan mentah lagi bagus... ada ker orang makan mentah? Hehehe.








3 comments:

  1. kalau kerabu @ URAP memang my favourite...kerabu mangga pun sodap....

    ReplyDelete
  2. saya mmg suka mkn daun betik nih . kekadang saya cuma colitkan dgn sambal belacan dan mkn gitu jer tanpa nasi ...

    ReplyDelete
  3. mak sayapun suka sangat buat kerabu cuk betik ni. kami adik beradikpun suka

    ReplyDelete