Daun galak kucing...omputih panggil Catnips. Dah lama kami cari sebab ramai kengkawan kata kucing suka sangat. Kalau kucing dapat, tak peduli sekeliling. Asyik bermain-main dengan daun tu sambil gigit akar2nya.
Hmmm kami suami isteri pun jenuhlah cari...demi kucing-kucing kesayangan kami. Google cari gambar. Tapi masih tak dapat kepastian camner rupanya daun tu.
Selain itu, Kjee turut tanya kawan-kawan kat Facebook. Hehehe bukan main kepoh lagi semata-mata kerana sayangkan Snowy, Ginger, Cheetam dan Remy.
Setiap kali keluar rumah, mata Kjee dan UnclePali liar jer merenung kat laman dan jugak tepi jalan. Macamlah kenal sangat pokok-pokok kecik tu.
Tadi dalam perjalanan balik dari Subang Jaya, dalam hati Kjee berdoa. Ewah siap doa. Serius ni... mohon Allah swt agar temukan Kjee dengan daun ni... hehehe camtu punya dasyat.
Sampai rumah, masa Kjee masih terkial-kial nak turun kereta, Kjee nampak Unclepali cabut pokok-pokok kecil di tepi pagar. Dia ambil dan beri kepada Ginger berhampiran. Terus Ginger mengiau dan gigit akar-akar pokok tu.
Terbeliak mata Kjee. Kemudian Cheetam, Snowy dan Remy berlari ke arah Ginger. UnclePali petik lagi tapi tak banyak yang ada.
Akhirnya, Allah swt makbulkan doa Kjee.
Kjee tak tahu kenapa kucing suka daun ni. Khabarnya akar-akarnya adalah ubat kucing. Dan kalau kucing dapat, dah tak ingat sekeliling.
Nanti nak round sekitar kawasan perumahan kami dan cari. Will do anything, as long as my cats are happy!
Kene cari ni sebab kesian ngan ank2 saya tu..Lani sekor tu da dekat sebulan cirit..Puas tukar mknn tak mau jugak
ReplyDeleteBaru tahu yang kucing suka makan daun ni...hehe...kucing saya kat kampung seekor suka makan timun...
ReplyDeletebaru dengar ni nama daun macam tu...
ReplyDeletesetahu saya kucing makan daun2 sebab nak cuci perut dia,..kucing pun kekadang macam kita juga perut meragam,
Assalamualaikum Kak Jee,
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat gak jumpa pokok nih ye... sangat mudah nak semai Kak... adakan tanah yg gembur @ berpasir sikit, tarik pokok yg elok @ kecik² lagi then terus tanam.... kat rumah saya tanam dah penuh bersepah pulak sekarang....
biasa dgr org cakap..kucing suka makan rumput...tp tak tau nama dan rupa mcm mana..rupa2nya daun galak kucing...terimakasih kjee..
ReplyDeletemcmner daunya kak?
ReplyDeleteKucing cuma bau akar saja kot, tak tahu pula ada yang makan. Akar pokok ni ada bahan compound yang mimic feromon kucing, buatkan kucing jadi "high" feromon. Jangan risau, pokok ni, catnip atau silver vine tak bahaya untuk kucing.
ReplyDeleteWhere to buy?
ReplyDeleteMana nak dapat?
ReplyDelete