Dia antara yang terdahulu menjadikan wajah-wajah selebriti TV3, jelita. Seorang yang tidak banyak cakap, lebih banyak senyum... namun kepantasan jari jemarinya, menjadi seseorang yang berwajah sederhana, tampak jelita, amat menakjubkan.
Dialah Azman Razali...lama Kjee tak bertemu dengannya. Satu hari Kjee ternampak namanya di Facebook. Lantas, Kjee tak buang masa menjejakinya. Kepulangannya untuk bercuti singkat bulan lalu, tidak Kjee lepaskan peluang itu, untuk bertemu.
Diam Azman selama ini, diam berisi. 'Kehilangannya' dari belakang tabir industri seni negara rupa-rupanya sesuatu yang harus dibanggakan semua insan yang menceburi bidangnya.
Azman mendahului kawan-kawannya yang lain dengan menjadi Image Consultant di TV Al Jazeera International di Doha, Qatar... bukan sesuatu pencapaian mudah untuk seorang anak Melayu!
Walaupun jauh di rantauan meninggalkan keluarga tersayang dan industri seni yang dicintai, di sudut hatinya, dia mahu kembali. Semua pengalaman dan imbuhan yang dicarinya selama ini, mungkin sudah dicapai. Tetapi Azman menyimpan hasrat untuk kembali ke Tanahair dan berkongsi semua pengalaman itu dengan anak bangsa.
Ini hanyalah permulaan... Lihat poster diatas... rasanya cukup berbaloi dapat ilmu dengan yuran yang murah itu. Kjee pernah nampak iklan-iklan mekap dengan harga berkali-kali ganda yang diajar mereka yang entah sapa-sapa.
Dalam pertemuan dengan Azman bulan lepas, Azman meluahkan keterujaannya untuk kembali ke tanah air dan berkongsi ilmu dengan anak watan yang seiring dengannya.
"Duit kini bukan segala-galanya. Dua tahun saya di Al Jazeera International di Doha... jumpa keluarga... anak-anak dan isteri, hanya beberapa kali sahaja setahun. Mereka amat memahami dan menyokong apa saya lakukan. Demi masa depan mereka jua..
"Tetapi yang paling saya terkilan, saya tidak berupaya melakukan sesuatu yang amat saya cintai... cinta saya terhadap seni halus... bukan sahaja di bidang mekap tetapi semua yang berkaitan...dandanan dan sebagainya.
"Saya punya impian... impian hendak melakukan sesuatu lebih daripada apa yang saya lakukan selama ini. Tunggu sahajalah. Saya juga ingin meneruskan hasrat untuk tampil dengan lebih banyak buku... saya ingin bukukan segala pengalaman saya. Itulah impian saya. Tunggu sahajalah nanti... mungkin tahun 2014 akan menjadi saksi kepada segala yang saya ingin lakukan, Insya Allah," kata Azman.
Jadi, mereka yang selama ini mengenali dan meminati Azman Razali dari jauh ataupun dekat, pasti menunggu kepulangan Azman.
Yang berminat untuk menimba ilmu daripadanya, sila hubungi nombor-nombor telefon pada poster diatas.
Mahu tahu banyak lagi mengenai Azman, sila ke blognya DISINI.
Sanggul... buku pertamanya |
Kak Jee jangan terlupa dengan kemampuannya sebagai perekatari tarian Melayu yang telah lama beliau tinggalkan. Yang patut diperturunkan ilmunya pada generasi muda sekarang.
ReplyDeletePertama kali saya bertemu dengan dia masa dia kat NTV7 tahun 2001. Memang hasil kerjatangannya superb. Lain betul muka saya dibuatnya.
ReplyDeleteapa bolih saya kata kan.. terharu sgt.. terima kasih mutalib dan Audra Sazreena kerana masih menilai saya dgn baik.. Seni Tari makanan jiwa saya satu hari dulu.. mencari ketika yg sesuai
ReplyDelete