Wednesday, December 4, 2013

ERMA JUGAK BAYAR DALAM BENTUK SYILING 5 SEN MACAM OS






Erma Fatima membayar denda saman sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen, mungkin mengejutkan semua. Tetapi Kjee tidak terkejut kerana sebelum ini ada artis yang pernah melakukannya, jika tak silap Kjee lebih kurang 30 tahun lalu kot.

Pelawak Os melakukan yang sama ketika didenda kerana didapati bersalah dalam satu kes khalwat. Kjee masih ingat lagi kes itu. Dia ditangkap kononnya 'berdua-duan' dengan seorang wanita dalam sebuah rumah. Os pertahankan ketika itu, ada beberapa lagi teman serumah girl friend nya ketika dia didakwa khalwat.

Kerana tidak puas hati dengan hukuman itu, Os telah membayar saman dalam bentuk duit syiling 5 sen. Jenuh jugak petugas pejabat Mahkamah Syariah itu mengira duit syiling tersebut! Kjee tak ingat jumlah tetapi rasa-rasanya dalam lingkungan beberapa ribu ringgit.

Erma Fatima pula melakukan yang sama, tetapi jumlahnya jauh lebih banyak daripada yang dibayar Os. Dan khabarnya, pemenang dalam kes saman itu, Rebecca Islam, enggan menerima wang yang bentuk syiling 5 sen itu. Wang itu akan dipulangkannya dan diminta Erma 'membuat bayaran dalam bentuk yang berhemah'.

Walau apapun, wang syiling itu sebenarnya sah di segi nilai. Terima sajalah Rebecca. Boleh ditukarkan di mana-mana bank.. Awak dah menang dan Erma telah membayar setiap sen yang dituntut.

BACA SINI.


17 comments:

  1. hahahahaha.. apsal pulak tak nak terima. Janji bayar dah tak salah kan.

    ReplyDelete
  2. tak nak duit syiling tu? alahai... bersyukur lah orang dah bayar duit tu. ape susah? hantar je lah ke bank... diorg kan ada mesin kira duit tu. bank in terus lepas tu cucuk je lah balik. kalau dipulangkan, apa ertinya ' biar org buat aku tapi aku takkan buat orang'...?

    ReplyDelete
  3. setuju sgt..x de nilai kata2 sdr lau masih nak panjangkan isu ni.... "biar org buat aku..aku xkan buat org" nmpknye dah mkn tuan...

    ReplyDelete
  4. apa yg susah...byk bank kat malaysia nie...gi la tukar aje...malu la tu

    ReplyDelete
  5. 5 sen pun duit jugak kak bekah oiiii
    hihiii
    berhemah ke dak, janji erma dah bayo. mahkamah tak cakap pun kena bayo dlm keadaan duit tu camne....

    ReplyDelete
  6. bawak duit tu pergi bank, nanti bank kira dan dapatduit kertas. habis cerita.

    ReplyDelete
  7. terkejut jugak baca kisah ni. agak kelakar dan sinis,hihi
    apa susah..tukar je kat bank, kan ada deposit syiling tu
    nilainya tetap sama w/pun syiling

    ReplyDelete
  8. aku pun pernah jugak bayar duit syiling sebanyak 2000 ribu demi maruahku....padan muka rebecca...

    ReplyDelete
  9. Byk tu lima sen kan kakjee. Dia rasa terhina dpt duit lima sen kot. Tp kan nilainya sama. Huhu

    ReplyDelete
  10. betul kak jee, by law pembayaran tu sah. so dia takdak hak nak tolak.

    ReplyDelete
  11. Actually, there are limits to which you can make payments using coins and I am very surprise that Erma's lawyer did not advise her on this.
    http://savemoney.my/coins-as-legal-tender-in-malaysia/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp.
      Ure right. Wonder why no onr advice her

      Delete
  12. Betul, ada had bagi pembayaran menggunakan duit syiling. Nampaknya lawyer rebecca lebih cerdik dari lawyer erma..kalau bank in duit syiling banyak2 bank akan kenakan bayaran.

    ReplyDelete
  13. Teringat cerita confessions of a shopaholic.
    Jumlahnya sama...cuma yang menerima tu pasti rasa aduyaiiii.....

    ReplyDelete
  14. mengadalah rebecca tu... dah orang bagi amik jelah...

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum,

    Kalau kita belajar subject perdagangan ada dinyatakan dengan jelas bahawa urusan duit siling ada had dan limit yang digunakan dalam sebarang urusan pembayaran. Penjual ataupun penerima berhak yang menolak dan mengistiharkan pembayaran tidak dibuat dengan sempurna dan menghina keputusan mahkamah.

    ReplyDelete