Sunday, December 22, 2013

OPEN PIE PUFFS






Pasti ramai tertanya-tanya bila Kjee nak share entri makanan. Asyik bebel dan merapu jer kan sejak dua menjak ni.

Yalah Kjee pun boring. Dah tak ada masa nak masak untuk keluarga sebab sibuk layan order Kuih Bakar Daging dan Pies. Tulah korang... tak reti-reti ker nak bagi Kjee cuti. Sekarang ni, hari-hari makan kat luar. Time makan, seringkali pening fikir nak makan apa.

Anyway masa jenguk dalam freezer tadi, nampak pastri puff jenama Kawan. Ntah berapa lama dah duduk bertapa.

Nasib Kjee baik masih ada berbaki inti setelah buat Mini Chicken Pies yang kengkawan order pagi tadi. Adalah dalam empat sudu besar.








Mula-mula ingat nak buat puff biasa. Tetapi apabila pastri Kjee letak atas meja, terfikir pulak nak buat open puff pies.

Kjee ambil sekeping kemudian potong bahagian tengah. Lepas tu letakkan pastri yang telah dipotong tu keatas sekeping lagi pastri. Kemudian Kjee sapu dengan kuning telor campur butter. Lepas tu bakar lebih kurang 10 minit dalam oven.

Dah elok naiknya, Kjee keluarkan dan letak inti dan jugak telor rebus. Boleh letak apa sahaja inti. Kjee jugak letak inti blueberry jam. Lepas letak inti, tak perlu masuk over lagi...cuma masuk mulut. 

Itu jer. Kena makan panas-panas. Dah tak larat lagi nak story.

See you all again dalam entry berikut nanti yang tak tau bila. Hehehe. 









4 comments:

  1. salam kak jee rehat2 lah kak jee rindu jugak nak tengok masakan kak jee.

    ReplyDelete
  2. Salam... sedapnya.. menarik n tertarik

    ReplyDelete