ehsan google |
Tak sampai beberapa jam lagi kita akan menghirup udara tahun baru 2014.
Mana nak sangka Kjee boleh hidup menyaksikan angka tahun 2014. Apapun, Kjee ingin mengucapkan Selamat Datang 2014. Mudah-mudahan kita semua akan selamat sepanjang tahun 2014, yang Kjee rasa cukup mencabar.
Usahlah terlalu ghairah menyambut tahun yang baru dengan cara orang Barat. Lebih afdal, kita buat solat syukur dan memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar negara kita selamat, keluarga kita serta kaum kerabat kita sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki.
Jangan tanya Kjee pasal azam sebab dah lama dah Kjee tak simpan azam menyambut tahun baru. Azam berpuluh tahun lepas pun tak tertunai.
Harapan Kjee hanya mahu melihat keluarga Kjee bertambah di tahun 2014... anak dara Kjee pun dah sesuai sangat bergelar isteri dan ibu. Kjee jugak mahu pertingkatkan usaha untuk bertambah sihat.. dan yang utama pertingkatkan amalan untuk bekalan ke akhirat. Dan mudah-mudahan jugak suami Kjee, Pazeli Ishak aka UnclePali akan turut diberkati kesihatan yang baik untuk menjaga Kjee dan Nadia. Amin..Insya Allah.
selamat tahun baru kak jie ....... cayanggg kak jie .....!!!
ReplyDeleteSetuju sangat.. kita patut raikan tahun baru dengan cara islam.. berkumpul seisi keluarga buat zikir, tahlil dan tahmid.. nak buat mkn2 pun tak salah untu seisi keluarga selepas kita memuji2 Allah ...
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru dan Salam Kenal dari saya :D
salam thn baru k.gee
ReplyDeletehttp://iamtifa.blogspot.com/