Hujan renyai-renyai apabila Kjee hendak keluar tadi, cari breakfast. Sebaik sahaja buka gate, UnclePali nampak beberapa anak muda, jiran terbaru Kjee memunggah barang ke dalam beberapa biji kereta dan sebuah MPV.
Kami keluar. UnclePali kata mungkin mereka hendak ke Pahang. Kjee turunkan cermin kereta.
"Ya kak kami nak ke Pahang hantar bantuan kain baju dan makanan. Kami tidak mewakili mana-mana badan..bergerak sendiri-sendiri sahaja. Kami semua anak Pahang yang bekerja di Kolumpo. Lain-lain office tapi semangat sama. Dalam rumah pun banyak lagi bungkusan yang kami berjaya kumpulkan.
"Semalam 5 buah biji kereta sudah bergerak ke Pahang. Hari ni, lima lagi. Doakan kami selamat dalam perjalanan ya."
Kjee hulurkan handphone suruh dia tolongkan amik gambar. Maaf terlupa tanya nama anak muda dan rakan-rakannya sebab terkedu seketika.
Mudah-mudahan mereka dan juga anak-anak muda lain yang dalam perjalanan menghantar bantuan, atas inisiatif sendiri, selamat pergi dan kembali.
UnclePali kemudian drive kereta meninggalkan mereka... dalam kereta air mata Kjee berlinangan. Hanya doa sahaja yang mampu kupohon agar segala ini segera berlalu.
anak2 Pahang ni memang prihatin dan turut merasai penderitaan saudara mara mrk di Pahang yg dilanda banjir teruk pada kali ni. hampir seluruh Pahang terjejas, termasuk rumah kak pidah juga, tak upaya nk mengelaknya...
ReplyDeleteterharu dengan semangat itu....- umiesafa -
ReplyDeletemurni sgguh niat mereka :)
ReplyDeleteKak jee.. klu ikut jumlah bantuan melimpah2 rase.. tp klu kjee dgr sendiri cerita mangsa banjir kat bbrp pusat pemindahan banjir, sedih sungguh..bekalan x sampai, bantuan lambat, makanan yg ada pun dicatu.. hanya pusat pemindahan yg mudah sampai je mewah ngan sumbangan..
ReplyDelete