Sunday, January 19, 2014

CHEEZY BALLZ ALA KJEE









Everyone seems to be doing it... Kalau tengok di Facebook, semua orang begitu teruja membuatnya. Kjee pun teringin sangat nak rasa tapi kerana sibuk tak pernah kesempatan. Malam tadi Kjee suruh Nadia pergi KFC belikan untuk Mama dia. Tapi Nadia pulang dengan tangan kosong. Katanya KFC sudah stop production.

Hari ni Kjee masih demam. Rasa cukup tak bermaya. So lepas brunch tadi, singgah di Bagus dan beli Mozarella Cheese. Ramai yang buat guna Cheddar jer tapi rasanya resipi original guna Mozarella. Justru kalau makan masa panas bertali-tali macam makan pizza.

Tadi Kjee dan Nadia bersama-sama hasilkan Cheezy Ballz ini. Kjee campur Cheddar dan Mozarella. Actually tak susah buatlah. Anak-anak sekolah rendah pun boleh buat.

Kupas kentang. Kjee guna 4 biji kentang yang sederhana besar. Lepas tu dipotong dadu dan direbus dengan sedikit garam hingga empok. Kemudian tos air sampai kering dan dilenyek masa panas-panas.

Lepas dilenyek, campurkan dengan sedikit lada hitam dan garam ikut rasa. Kjee guna AjiShio Pepper. Gaulkan sedikit demi sedikit tepung sehingga boleh dikepal jadi sebesar bola pingpong. Jangan letak banyak sangat tepung nanti jadi cekodok.

















Lepas dikepal, dileperkan bahagian tengah dan diletakkan cheese. Kemudian tutup kembali. Apabila dah siap semua, pukul sebiji telor dalam mangkuk dan sediakan jugak bread crumbs. Kjee buat sendiri breadcrumbs. Bakar beberapa keping roti hingga agak garing, pastu diblend guna blender kering.

Panaskan kuali dengan minyak yang cukup supaya bebola boleh digoreng secara rendam.  Apabila minyak panas, perlahankan api. Ambil sebiji bebola, celup dalam telor dan breadcrumbs dan goreng hingga warnanya keemas-emasan. Api biar sederhana yer.

Makan sebaik sahaja suam. Kalau terlalu panas... hmmm korang cubalah sendiri... tengok apa jadi. Hahaha.



Elok jugak dibuat untuk bekal anak-anak ke sekolah. Terima kasih Kak Chaq bagi idea.

5 comments:

  1. Salam Kak Jee... terpanggil nak letak komen plak. Selalu membaca je. Baru pagi tadi menulis resepi dr blog. Tetiba petang akak dah tayang... wow... teruja betul. Apapun Kak Jee memang terbaik la. Mohon cuba ye resepi ni plak...

    ReplyDelete
  2. sedap nyer tgk... nk cube lah nnti kak jee... nk bt nyer mudah

    ReplyDelete
  3. sedap kan...tapi ari tu saya cuba guna chedar cheese...

    ReplyDelete
  4. salam kak jee.. mohon share resepi ye.. terliur tgk... mekasih :)

    ReplyDelete
  5. waaahhh geliga la u jee....must try at home

    ReplyDelete