Pau Sambal Tumis Petai |
Kuih Pau atau Dumplings, asalnya diperkenalkan oleh orang Cina. Ada pau kosong yang dimakan dengan lauk dan ada jugak pau berinti. Kat Malaysia Pau Kacang Merah dan Pau Kaya antara yang sangat diminati dari dulu. Kemudian ada yang buat pembaharuan dengan buat pau Kari Ayam.
Tapi korang pernah terfikir satu hari nanti akan ada Pau Sambal Tumis Petai dan jugak Pau Rendang?
Mungkin terbeliak mata mereka yang suka makan petai! Macam mana rasanya? Kjee antara mereka yang minat makan petai. Tak kira dalam bentuk mentah, rebus, bakar dan juga diletak dalam sambal ataupun cara memasak lain. Tetapi Pau Sambal Petai? This I must try!
"Pau Sambal Petai ni hanya dibeli pelanggan kami yang tegar. Susah sikit nak 'jalan'.." kata Pak Uda Anuar ketika first time Kjee singgah di kiosk Pak Uda Station bersama UnclePali minggu lepas. Tapi dek Kjee ni jenis adventurous, Kjee pun beli sepeket yang frozen.
Apabila sampai di rumah, Kjee kukus pau Sambal Tumis Petai. Nadia balik kerja. Angkat kening apabila Kjee kata ada pau sambal petai. Tapi apabila dia dah try sebiji, Nadia terus ke dapur dan panaskan semula kukusan untuk kukus lagi!
Eh macam kenal jer mokcik dalam kereta tu... dapat jugak enter frame hehehe |
Pak Uda Anuar dan Ibu Nor |
Sebelum cuba beli Pau Sambal Petai ni, Kjee dah try sebelum itu, Pau Rendang. Kjee beli sebiji Pau Rendang, Sebiji Pau BBQ Chicken dan sebiji Pau Kacang Merah yang siap dikukus. Sekejap jer UnclePali dan Kjee habiskan dalam kereta masa nak balik. Semuanya sedap!
Pandainya orang kita buat pau! Dulu-dulu Pau Melayu tak sama texture ngan Pau buatan orang Cina. Keras semacam terutama sekali apabila sudah sejuk.
Seminggu selepas Kjee beritahu frens kat FB mengenai keenakan Pau Sambal Petai dan Rendang di Pak Uda Station, kini bukan main susah lagi nak dapatkan kedua-dua pau yang enak ni. Kjee sendiri kena book awal-awal sebab sampai jer stok, sudah disambar orang.
Petang semalam, dalam hujan renyai-renyai Kjee singah ke Kiosk Pak Uda Station di Taman Sri Rampai Setapak. Dari jauh, Ibu Nor, isteri Pak Uda lambai-lambai kat Kjee kata stok pau dah hampir habis. Esok tak tau nak niaga apa katanya sambil garu kepala. Stok sampai dua kali seminggu pulak tu!
Alhamdullilah sekarang ni tak menang tangan Pak Uda dan Ibu Nor melayan customer. Kjee tak dapat bagi alamat tepat Kiosk Pak Uda Station. Ia terletak di belakang rumah mereka yang mengadapkan jalan besar di Taman Sri Rampai. Ini nombor mereka untuk dihubungi 0129230210 Pak Uda Anuar / 0123008965 Ibu Nor.
Pak Uda memulakan perniagaan lepas Zohor hingga Maghrib setiap hari, kecuali kalau dah habis. Ibu Nor akan membantu suaminya selepas pulang kerja. Kjee nasihatkan mereka yang nak ke Kiosk Pak Uda Station ini samada nak beli yang beku ataupun yang sedia dimakan, supaya call awal-awal buat booking. Jangan nanti sampai sana, gigit jari. Hehehe.
Oppps lupa pulak. Pak Uda ada jugak jual Karipap Gergasi inti kentang dan ayam yang sedap sangat. Intinya cukup rasa macam kita buat sendiri di rumah. Kjee pun simpan stok beku karipap gergasi ini dalam freezer. Manalah tahu kalau malas nak masak nasi, goreng jer kan karipap ni. Sebiji sorang dah kenyang!!
Ini cara nak ke Kiosk Pak Uda Station.
Pada pengemar pengemar Pau dan masih tidak pasti dimana kah lokasi PakUdaStation..... Sila fahami keterangan dibawah... : Jika anda dtg dari arah Aeon big (carefour).... kondo villawangsa mas berada di sebelah kanan....akan jumpa traffik light simpang empat... Anda harus masuk kekiri, arah ke section 10 wangsa maju/ITBM.... Kemudian masuk ke kanan utk ke Wisma Felcra/SMK tmn sri rampai/flat desa rejang...... Dari jln utama depan Wisma Felcra terus jer hingga jumpa playground.... Nnt nampak canopy warna biru di tepi jalan... Berhadapan playground...... Disitu lah Pak Uda Station..... selamat datang...
Pada pengemar pengemar Pau dan masih tidak pasti dimana kah lokasi PakUdaStation..... Sila fahami keterangan dibawah... : Jika anda dtg dari arah Aeon big (carefour).... kondo villawangsa mas berada di sebelah kanan....akan jumpa traffik light simpang empat... Anda harus masuk kekiri, arah ke section 10 wangsa maju/ITBM.... Kemudian masuk ke kanan utk ke Wisma Felcra/SMK tmn sri rampai/flat desa rejang...... Dari jln utama depan Wisma Felcra terus jer hingga jumpa playground.... Nnt nampak canopy warna biru di tepi jalan... Berhadapan playground...... Disitu lah Pak Uda Station..... selamat datang...
waa ....baik punya promote ..... dapat byk ker ......??
ReplyDeleteKnp busuk sgt hati awk. Klau dibyr pun guna duit awk ker??? bersihkan la hati awk tu. Buang -tive dlm diri awk tu....klau suka bc, x suka x pyh bc n nyibuk...
DeleteAs Salam Kak Jee...
ReplyDeleteTerima kasih. Saya mmg tgh mengidam pau ni.
-izz-
Terima kasih hina saya. Satu sen pun saya tidak dibayar. Demi Allah. Saya hanya tolong sesama insan. Saya bukannya kenal lama mereka. Hanya kenal di FB dan sering berkomunikasi. Awak memang keji!!! Agaknya awak ni kalau orang bagi makan free baru nak puji!!!!
ReplyDeleteSalam puan,
ReplyDeleteTlg beri pencerahan,stok sampai dua kali seminggu,maksudnya bukan mereka yg buat ke..order dari siapa
tu la kakjee..semalam frust sgt x dpt merasa pau rendang daging ngan sambal petai tuh..xper nnti sy nak call awal oder bnyk terus yg frozen punyer..bior sampai terbelahak kenyang mkn kt umah..hehe!! mmg bengong betul mamat anonym kat atas tu..dasar makan rasuah lah tu..chett!!
ReplyDeleteAkakroosni, kak jee dah letak nombor telefon mereka. Apa kata awak sendiri telefon mereka. Kan senang gitu.
ReplyDeleteTue la org kl busuk hati....ada jer xkena di mata dia...mulut pun apa lg...mngate la mcm2... org berniaga gerai tepi jln pun jeles...kl kedai mau di bomoh pak uda nie agaknye...nauzubillah..
ReplyDeleteassalamualaikum kak jee, fil sy selalu beli pau sambal petai ni bila balik kampung ke rembau ya ampunnn sedap gilerrr...dah kawen dgn org nogori ni terus pandai makan makanan yg eksotik2, rendang daun la, masak lomak kaki lombu la, sambal tempoyak daun la...fuhhh...sodapnya la hai bila la nak dpt msia nk weyyyy..uwaaaa....*nanges terkenang makanan sedap* T_T
ReplyDeletesabarlah kak jee..orang tu ada phd tu..biarkan dia menyalak...
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletePertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fauziah Samad @kak jee...... kerana sudi memaparkan cerita tentang gerai TEPI JALAN kami.....
Sesungguh dengan nama ALLAH... kami tidak pernah meminta atau pun memaksa kak jee untuk membuat cerita ini. Semua ini adalah dengan kerelaan kak jee sendiri... Kami pun tak tahu yang kak jee datang ambil gambar ni utk blog beliau, yang kami fikirkan hanya utk fb beliau sahaja. Namun begitu, niat ikhlas kak jee dan suaminya tidak harus di pandang remeh, beliau tidak meminta apa-apa BAYARAN pun untuk tulisan nya.
Saya pohon kepada SIPOLAN berkenaan... segera minta maaf dari kak jee atas ketelanjuran BAHASA awak tu..... Dari kacamata pembaca blog kak jee akan berkata samada musuh kak jee atau pun musuh saya...... Siapa pun AWAK, kenal kami dan kak jee atau pun tidak, bukan hak awak untuk mempertikaikan whether tulisan ini di BAYAR atau tidak!!!!
Hanya yang mampu kami berikan adalah doa untuk hati insan yang mulia bernama FAUZIAH BINTI ABDUL SAMAD......
Insyaallah saya akan pergi,saya memang sokong produk islam..jazakaallahukhairan kasiran
ReplyDeletejahat sungguh mulut anon pertama tu. pak uda, tak cadang nak buka cawangan kat kota damansara ke? bagi lah kami yang belah sini merasa sama....
ReplyDeletehamba tak bermaksud pun kata kak jee begitu...yg kak jee dibayar...hamba mohon maaf kalau kedua2 pihak antara kak jee dan pak uda tersinggung...hamba ni pun tak kenal ngan pak uda tu...hanya kawan lama kak jee yg mahu bergurau senda...kak jee tak ingat hamba ke....yatie
ReplyDeleteKalau nak bergurau pun, berlapiklah sikit lain kali ya...who ever you are!!! Awak mungkin anggap itu gurauan tetapi ramai yang membaca memikirkan itu kenyataan!!!! Kredibiiti kita dah terjejas!!!!
ReplyDeletesy suka sambal bilis petai
ReplyDeletenak pulak kalau mak yg buat
kalau dekat teringin nak try ;)
tp jauhlah pulak