Saturday, January 11, 2014

TERBAIK! TERSANGATLAH SETUJU!!






Saya Harap ISA Dikembalikan - KPN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula sebagai undang-undang yang akan menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat.

"Undang-undang semasa seperti SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) adalah baik tetapi apa yang buruknya mempunyai undang-undang tambahan seperti ISA ini.

"Saya menyokong ISA dan mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis dalam menjadikan negara ini lebih selamat," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.

"Saya seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang ... sudah tentu saya akan mengharapkan undang-undang yang boleh membantu saya dalam menjalankan tugas.

"Bagaimanapun, saya mematuhi tujuan Parlimen dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Dalam pada itu, saya juga berharap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) turut akan diperkenalkan tidak lama," katanya.

ISA dimansuhkan pada tahun lepas dan kumpulan terakhir lapan tahanan telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting pada minggu lepas.

Sosma diperkenalkan tahun lepas bagi memastikan keselamatan awam dijamin. -mStar Online

3 comments:

  1. salam,

    saya pun 100% setuju!! memang dah lama saya tunggu


    nabila

    ReplyDelete
  2. Saya sokong...ISA penting..m

    ReplyDelete
  3. Memansuhkn ISA ternyata bukanlh satu tindakan yg bijak..keamanan yg dikecapi seb ini adalah kerana ketakutan seseorg utk btindak kterlaluan dan mjadi penghuninya..pemansuhan ISA tlh mwujudkan gol yg dewasa ini berani mlakukan apa-apa sahaja ..

    ReplyDelete