DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, February 27, 2014

TESTING MAKANAN UNTUK WEDDING ANAK DATIN ELANI

Pose dulu sebelum makanan dihidangkan


Bakal pengantin (kiri) serius bincang dengan wakil caterer





Jom kita gi food testing untuk anak wedding anak Nie kata Datin Elani dua minggu lepas ketika kami lepak-lepak dan sembang-sembang lepas makan sate di gerai sepupu Kjee di AU3 Keramat. Kami - geng yang seringkali lepak sama iaitu Shiela, suaminya Wak Aseri, anaknya Farrah, Emma Masterchef, Kjee dan UnclePali. Turut sama empat anak Emma dan empat anak-anak Elani. Nadia tak ikut sebab demam.

Kjee dengar saja Emma dan Shiela seronok bincang dengan Elani. Tak berani nak bukak mulut nak ikut sama sebab kalau Kjee pergi, UnclePali kena ikut. Dia chaperone Kjee. Tak ada UnclePali, mana Kjee boleh jalan. Dan Kjee faham untuk pergi food testing tidak ada peruntukan untuk ramai food testers.

Kelmarin Elani text Kjee. Kjee tengok ada nama Shiela + Aseri, Kjee + UnclePali dan Emma + ...  Wah food testing hari Rabu. Hari Kjee tak ada order. Apa lagi, orang ngantuk disorong bantal.

Dengan hanya mengalas perut dua biji home made samosa, kami keluar rumah meredah kesesakan jalan ke Shah Alam. Waze buat hal. Kawasan tu tak ada signal internet... kejap ada kejap tak ada. Jam dalam kereta kul 12.15. Temujanji kul 12. Aduhhh melepaslah aku!

Rupa-rupanya rombongan Datin (Shiela dan Farrah sama kereta) sampai masa hampir sama ngan Kjee. Jenuh jugak menapak ke tingkat Satu. Tercungap-cungap Kjee dengan Elani mohon maaf sebab tak tau bilik food testing di tingkat atas.

Pantang amik gamabr terus upload kat FB hehehe

Shiela dan Kjee bersama Datin Elani

Dua beranak yang sweet sangat






Apapun, berbaloilah jugak apabila duduk sekejap, dome sliver berkilat ditatang ke meja yang disusun cantik.

Dan apabila dome dibuka yang menampakkan lauk pauk yang mewah serta nasi briyani yang cantik sangat, terus buat Kjee lupa hampir nazak panjat tangga tadi. Hehehe.

Sejak makan nasi Hanith Arab yang sedap di Restoran Saba, Kjee dah tak berapa nak selera makan nasi briani tempatan. Buruk perangai kan? Tetapi apabila menjamah nasi briani airtangan Chef Fifi dari Segi Seri Sdn Berhad, Kjee dah tak mau lagi makan nasi Hanith Arab!

Serius ni! Rasanya berganda-ganda lebih sedap. Dengan beras Basmathi yang super panjang. Chef Fifi yang duduk di meja belakang Kjee terkejut apabila Kjee menoleh dan tanya ada jual tak Nasi Briani ni kat restoran?

"Kami tak ada restoran kak. Cuma buat catering..."

Rugilah korang yang suka makan nasi briani. This briani is to die for!!




Nasi Beriani lain dari yang lain




Kemudian kami try lauk pauk. Ayam Masak Merah, Daging Kurma, Daging Masak Palembang, Sambal Sotong, Sweet Sout Fish Filler, Dalca Sayur dan Papadom. Air yang disediakan ialah Kordial sirap oren ala-ala fruit Punch.

Kjee makan sambil toleh pada Elani dan kata kalau macam ini punya sedap, Mak Pengantin tidak perlu bimbanglah. Pasti tetamu akan pulang puas. Insya Allah tidak ada yang akan mengata. Kalau tanya Kjee lauk mana Kjee paling suka, Kjee akan kata semuanya.

Setiap lauk ada rasa tersendiri. Belum pernah rasanya Kjee makan lauk pauk dari nama sama yang serupa dengan rasa dari airtangan Chef Fifi dan jugak Chef Helmi. Kecut perut jugak kot kedua-dua chef yang hadir tadi sebab yang datang bukan calang-calang pengkritik.

Seorang bekas wartawan yang dah lama hidup, seorang bekas peserta rancangan Masterchef, seorang tukang masak yang pakar lauk pauk dan baking dan Datin Elani (Mak Pengantin) yang dah banyak merasa makanan sedap-sedap di seluruh negara!



Bersama Chef Fifi dan Chef Helmi







Tak payah nak kecut perut Chef Fifi dan Chef Helmi kerana anda berdua memang handal! Kami pulang puas hati!

Ingat kata-kata arwah bonda... Ada rupa ada harganya! Janganlah tanya berapa hengget per pax untuk hidangan yang ditempah oleh Datin Elani untuk wedding anaknya Nik Nor Farah Annysa nanti. Kjee dengar pun serem. Hehehe.

NOTA:

Masa dapat jemputan untuk ke food testing ni semalam, Kjee bisik kat UnclePali. "Bang...kalau kita tak hadir wedding tu nanti pun tak apa. Masa food tasting, kita dapat makan sebelum tetamu lain makan..."

Tapi lepas menjamu selera tadi, ini pengakuan Kjee di depan semua : "Tak sabarlah nak makan lagi makanan macam ni di majlis Anie nanti. Ada kambing golek 6 ekor menanti..." Hehehe








Wednesday, February 26, 2014

APA HAL MAT GEBU? BARU TAU FAUZIAH SAMAD HEBAT?!!




Korang pastu dapat agak yang mana satu Che Mat. Hehehe



Senario malam tadi. Kami tiga beranak baru sahaja habis makan malam bersama. Jarang sekali kalau Nadia balik lambat, kami akan dapat makan bersama terutama sekali kalau dia dijemput pulang oleh Sham. Mereka akan dinner kat luar baru balik.

Lepas dinner baik punya pulun masak lemak rebung Kjee pun capai handfon, on wifi dan check FB. Terkejut beruk dan sesak nafas seketika tengok newsfeed. Biasanya kalau on sahaja wifi di handfon dan klik FB akan muncul Newsfeed. Kjee tenung sambil tahan nafas.
































Isyhhh apa pulak salah aku kat Mat Gebu ni?!! Kuatnya Kjee cakap sampai UnclePali terus menerpa ke arah Kjee. Kjee dibantu UnclePali bangun dan pergi ke meja komputer berhampiran. Cepat-cepat KLIK dan baca.

Kjee sengih. Alahai Che Mat!! Lu bikin lutut gua longgar! Selalu gua kenakan orang.. malam tadi gua Kantoi!! Tererlah awak Che Mat guna heading yang buat Kjee sesak nafas. Itu heading yang seringkali digunakan wartawan untuk bagi orang segera baca tulisannya!! Terbaek!!

Serius Che Mat, Kjee ingatkan Kjee ada buat salah dengan awak justru heading cam tu. "...hebat sangat ke Fauziah Abd Samad tu?.." Cam nak cari gaduh punya heading atau judul kan?

Nadia pun bergegas keluar dari bilik apabila dengar Kjee dan UnclePali ketawa mengilai-ngilai baca tulisan Che Mat.

Terima kasih Che Mat atau nama sebenarnya Adnan Ibrahim. Mat tu nama abang long dia tapi ntah macam mana panggilan Che Mat tu terlekat pulak pada dia.

Che Mat Gebu ni adalah insan penuh misteri! Bukan mudah seseorang untuk melihat wajahnya melainkan korang singgah di rumah keluarganya di Sedenak, Johor. Korang amiklah berapa banyak gambar bersama beliau tetapi ajaibnya, semua menghormati permintaannnya agar gambarnya tidak disiarkan.

Masa Kjee dan keluarga singgah di Sedenak dua tahun lalu untuk bertemu dengan Che Mat serta ibu dan ayah beliau yang tidak kurang femesnya, Kjee ada amik banyak gambar. Tetapi, jugak seperti tetamu yang lain, akur dengan permintaannya.











Korang tahu tak yang Mat Gebu pemilik Dapur Tanpa Sempadan adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kjee seorang blogger! Betul ni Kjee tak cakap bohong.

Kerana terlau kagum dengan blognya yang menayangkan gambar-gambar masakan yang meletopps serta bahasanya yang sempoi, bagi Kjee idea nak melakarkan blog yang bakal Kjee hasilkan.

Siapa tak mahu buat blog hebat seperti DTS Mak Gebu. Tapi bagi Kjee, kalau tak boleh jadi lebih hebat daripada blog dia, tak payah nak susah-susahkan dirilah.

Justru Kjee bergerak buat blog Kjee ni. KLIK SINI. Hajat hati nak buat jugak blog masakan. Tapi camner hah? Kjee bukannya terer masak cam Mat Gebu. Pastu UnclePali bagi idea. Tulis ajelah apa yang awak suka, katanya. Kan hidup awak is so colorful, kata UnclePali lagi.

Hah bagus jugak idea UnclePali tu kan? So tak jadilah Kjee nak jadi copy cat tiru Mat Gebu.

Tak mo tulis panjang lebar lagilah Che Mat. To me, you're my SIFU!! Anda bukan sahaja seorang tukang masak yang hebat tetapi Kjee puji dan suka cara awak menulis. Sayang sekali tiada majalah atau akhbar yang mahu ambil kesempatan dari populariti awak sebagai blogger masakan yang punya pageviews yang mencecah lebih 35-juta setakat ini!!

Kalau Kjee orang kuat majalah masakan, pasti Kjee akan beri awak satu ruang khas... Bersama Mat Gebu. Setiap bulan akan muncul sejenis masakan dan celoteh awak yang sempoi, sinis dan menghiburkan!! Pasti meningkat gilers jualan majalah tersebut! Tokeh majalah jangan lupa bagi aku free satu tiap bulan sebab bagi idea!

Okay Che Mat. Ini jer lah buat kali ni Kjee nak coretkan. Oh ya... pembaca dari blog DTS juga antara yang paling ramai singgah di blog Kjee ni! Terima kasih Che Mat. Kalau panjang umur kita akan bersua lagi.


Risau Che Mat kita pose dengan tiffin birunya. Hampir kena cilok! Hehehe

Tuesday, February 25, 2014

LEMAK REBUNG MADU DENGAN AYAM







Seminggu sekali makan masak lemak stail Nismilan. Ya Ampunnnn kolestrol ku. Tapi tak apa. guna jer kunyit idup. Boleh belenkan (balance) kolestrol, kata orang tua-tua Nismilan. Wallahualam.

Anyway, rebung madu yang Kjee guna ni bukan yang fresh. UnclePali beli 800gms kat Hero Market tapi kira-kira 500gms jer boleh guna sebab yang lain dah tua.

Ingatkan nak masak dengan daging salai tapi stok dah habis buat Gulai Pahang hari tu. So Kjee selongkar freezer dan jumpalah ayam. Kjee guna ayam yang ada tulang. Yang isi bahagian dada, disimpan nak buat Chicken Pot Pie nanti.

Ini masak lemak cili api Nismilan biasa. Yang hanya bubuh cili api sebanyak suka, serai juga boleh tahan banyak dan kunyit hidup serta santan pekat. Kjee guna santan dari dua biji kelapa.

Kjee masak kali ni sedang sedang jer pedas. Arwah mak kata tak boleh pedas sangat sebab rebung tu pun dah bisa.

Itu jer. Jaga jangan sampai pecah santan. Arwah mak dulu boleh hangin kalau Kjee masak lemak pecah santan. Sebab takut kena marah, masak lemak selalu hati2. Hehehe.





Sunday, February 23, 2014

APA KAITAN ENTRI ITU DENGAN ERRA FAZIRA



Foto-foto ehsan google



Another beauty queen in the making?










Bukan main ramai lagi yang membaca entri NOTA BUAT ERRA yang kjee buat kelmarin. Hampir 50,000 page views! Mungkin ada yang fikirkan Kjee akan menulis sesuatu yang gempak justru begitu ramai teruja mahu membaca.

Tadi Kjee begitu sayu apabila ternampak entri INI. Ramai yang membuat teka teki insan seni yang Kjee maksudkan adalah Erra Fazira. Well, kalau sahabat Kjee yang menceritakannya kepada Kjee berbohong, maka Kjee bohonglah ya.

Anyway, Kjee yakin Erra akan cukup kuat berdepan dengan masalah yang dihadapinya. Allah swt hanya memilih insan-insan yang kuat untuk menerima ujiannya.

So Erra Fazira... mungkin andalah insan yang terpilih... Wallahualam.


SUATU KETIKA DULU







Kenangan yang tak mungkin  kulupakan. Bersama Dato Sharifah Aini, Juwie aka Haji Abdul Jalil Salleh, Norbaya Musa dan dua lagi sahabat wartawan. Lewat 70-an atau awal 80an.

Saturday, February 22, 2014

NADIA IS HOME! A WONDERFUL SHORT 'HOLIDAY' AT PCMC


I can't wait to go home!!!


Empat hari tiga malam 'berehat' di Prince Court Medical Centre, akhirnya disahkan pulih dari Chronic Tonsilltis.

Empat hari yang 'menyiksa' bagi Nadia kerana hari-hari dihidangkan dengan segala maknan yang sejuk. Cold Diet,  kata Dato Dr Deepak Kuljit, pakar Ear, Nose and Throat yang merawat Nadia.

"Cold Diet' bermakna semua makanan lembut dan di chill dan di keluar dari peti ais sebaik sahaja tiba waktu makan. So korang bayangkan dia makan Sweet Sour Fish, Grill Ikan Haruan serta nasi, semuanya dalam keadaan sejuk! Hahaha.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari PCMC, dia cepat-cepat memberitahu UnclePali nak makan Steamed Herbal Chicken Soup di Restoran Group Base, Sri Damansara. Terkial-kial jugak dia nak menghabiskan satu mangkuk sup yang panas keluar dari steamer restoran. Hehehe.



Waiting for Papa and Mama to bring her home


Anyway, Nadia tidak perlu dibedah kerana Dato Dr Kuljit kata Nadia akan dipantau selama setahun. Kalau dalam setahun, dia mengalami 7 kali demam panas dan bengkak tonsils, ada kemungkinan dia dibedah.

Pengalaman yang cukup manis semasa berada di PCMC, kata Nadia. Doktors dan nurses semuanya baik-baik belaka dengan layanan 5 bintang. Cuma yang buat spoil ketika sampai di Emergency Department tengah hari Rabu lalu.

Petugas yang melayan Nadia seolah-olah tidak yakin Medical Insurance yang Nadia miliki boleh cover kos perubatannya di situ! Berulang kali dia kata kalau insurance tak cover, boleh ke bayar? Pandang Nadia dari atas ke bawah seakan-akan kami ni miskin dan hina sangat!!!

"Tak ada masalah. Kalau kena bayar, berapa yang diperlukan?" Dia hanya pandang tepat pada wajah Nadia tanpa berkata apa-apa. Pandangan seaakan.."Kau jangan main-main budak oiii. Mahal tau!!"

Begitukah attitude petugas itu (wanita Melayu yang kalau tak silap Kjee mengandung) terhadap pelanggan hospital yang berprestij itu? Apakah hospital bertaraf lima bintang hanya untuk expatriats!! Apakah nak tunggu sampai Mat Salleh datang baru nak layan dengan penuh mesra?

Seorang staff lain (kalau tak silap nama dia Stephanie dan berasal dari Sabah/Sarawak) yang pernah melayan Nadia dua minggu lalu ketika Nadia datang sebab sakit dada, segera menghampiri Nadia. Segalanya diuruskannya tak sampai setengah jam dengan senyuman yang cukup manis! Thank You Stephanie!

Terima kasih semua yang mendoakan Nadia segera sembuh. Kjee sekeluarga cukup terharu.



Cold Diet Nadia.. Ikan Sweet sour, sayur kailan goreng dan nasi yang sejuk




Belum sampai dua jam dah langgar pantang... Steamed Herbal Chicken Soup at GroupBase.


NOTA BUAT ERRA FAZIRA







Salam Erra. Awak telah membuktikan selama ini yang awak seorang ibu yang hebat dalam membesarkan Engku Alyeesa. Di sebalik kesibukan rutin sebagai seorang anak seni, kami semua amat teruja melihat Erra bersama Alyeesa... sama-sama berkongsi kegembiraan melihat Alyessa membesar. Seorang anak yang comel dan ceria.

Allah swt telah menentukan perjalanan hidup Erra selepas ini. Jangan anggap 'ketiadaan' Alyeesa sepanjang masa sesuatu yang boleh mengganggu emosi awak. Banyakkan solat dan berdoa satu hari nanti Alyeesa akan menjadi milik mu sepenuhnya. Allah swt Maha Mendengar doa seorang ibu yang tulen.

Good luck sis, please move on... 



Semua foto ehsan google

Wednesday, February 19, 2014

NADIA MASUK SPITAL SEBAB STRAWBERRY TONSILLITIS






Dah beberapa hari Kjee tak update. Bukan sibuk sebarang sibuk... sibuk melayan anak gadis Kjee yang demam panas sejak balik dari Kelantan. Tapi sebenarnya, sebelum pergi Kelantan pada 9 Februari lalu, dah nampak tanda-demam tapi taklah teruk. On off jer.

Tapi sebaik balik dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kjee tengok Nadia kelihatan tidak bermaya. Badannya mula panas. Malah Jumaat lepas, ketika di office dia text Kjee, beritahu badan dia lemah sangat. Dia nak balik awal. Awal tu kul 6 lah sebab habis kerja kul 6.45 petang.

Dalam hati, Kjee risau jugak sebab sekarang musim denggi. Farrah Nur Shafieny, anak tunggal Shiela pulak baru selesai bergelut dengan demam denggi. Apapun, UnclePali yang pernah dimasukkan ke hospital kerana denggi masa dia bujang dulu, pantau keadaan Nadia dan kata bukan denggi.

Selama ini Nadia memang selalu sangat demam. Masa belajar di Uni dulu, inilah masalah dia selain sakit kepala. So Kjee tak berapa nak risau sebab dah biasa Nadia demam.






Bagaimanapun, apabila demam semakin teruk diiringi dengan sakit tekak, barulah Kjee tahu yang tonsils Nadia membengkak. Doktor mengesahkan dia ada 'Strawberry' Tonsillitis di kedua-dua belah tekaknya. Maknanya tonsils tersebut membengkak dan ada bintik putih... ala2 bintik2 pada strawberry.

Doktor pantau Nadia selama 48 jam. Katanya kalau demam tak kebah, akan direfer ke hospital. Peliknya, suhu badan meningkat sebelah malam hingga ke subuh. Dia tidur memakai  jacket kulit dan diselimuti dua comforter tebal tapi masih mengadu kesejukkan!

Setelah 48 jam, Kjee buat keputusan Nadia harus ke hospital. Dan sekejap lagi kami akan Ke Prince Court Medical Centre. Alang-alang dah masuk hospital, biarlah dibuang sahaja tonsils itu. Mujur ada insurance coverage.

So sebab itulah Kjee tak rajin sangat update. Mohon Allah swt permudahkan dan mohon doa kengkawan agar semuanya berjalan lancar. Amin.










Monday, February 17, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH




Sabtu lepas apabila Nadia kata nak makan Ayam Goreng Berempah, terus Kjee terfikir Ayam Goreng Nasi Kukus. Mana nak cari siang-siang buta. Setahu Kjee ada dijual berhampiran stesyen minyak Petronas di depan kilang Texas Datuk Keramat. Tapi bukak kul 6 petang.

As usual kalau nak tanya apa-apa, mesti tanya di Facebook. Sekejap saja ada yang beri idea. Dalam ramai-ramai, sahabat Kjee, Muzlina Abu Bakar bekas wartawan Utusan Malaysia beritahu, depan Giant Setiawangsa ada jual. Dari tengah hari sampai ke malam. Sedap katanya, walaupun pada tekak Kjee gerai dekat Petronas tu lagi sedap.

Anyway, tadi selepas balik bawak Nadia pergi kilnik sebab sakit tekak dan demam panas (doktor kata dia terkena 'strawberry' tosilitis), Kjee singgah di Hero Market. Beli ayam dan ikan talapia merah. Nadia kata nak makan ayam goreng.

Sampai rumah, Kjee decide nak buat Ayam Goreng Berempah. Resipi seperti biasa...hantam sajalah labu. Kjee kisar satu sudu biji ketumbar, 1 sudu jintan manis dan 1 sudu jintan putih sampai halus. Kemudian Kjee tumbuk kunyit hidup sampai halus. Lepas tu bubuh kira-kira dua inci halia dan satu inci lengkuas. Halia dan lengkuas tumbuk kasar-kasar jer. Kalau nak bubuh serai pun boleh. Diricik serai dan ditumbuk kasar-kasar. Serai ada dalam fridge tapi malas. Hehehe.




























Setelah semua bahan tumbuk bercampur, Kjee keluarkan dan campur dengan rempah biji yang dikisar tadi. Letak garam sebagai perasa dan sedikit aji kalau guna. Gaul rata.

Kemudian rempah yang telah digaul sebati itu dilumurkan pada ayam yang telah dicuci bersih dan tos kering. Kjee jugak guna rempah sama untuk ikan talapia. Perap dalam peti ais lebih kurang setengah jam. Lepas tu goreng.

Sedap jugaklah ikan talapia diperap dengan rempah sama dan digoreng garing. Lain kali boleh buat lagi sebab sedap.  UnclePali tak sempat nak amik gambar tadi.

Makan dengan nasi panas dengan apa-apa jer lauk lah. Kjee buat bayam merah masak bening jer sebab musim panas.





Sunday, February 16, 2014

LEMAK DAGING SALAI NISMILAN NGAN PUCUK UBI PUTIH






Our lunch dah ready. First time masak daging salai masak lemak kuning podeh guna bahan asli dari Nismilan. Mujur sifu Emma Masterchef bagi tips. Terima kasih Emma bagi Kjee sepeket daging salai. Emma sekarang ni, selain buat kelas, buat katering, sekarang dah berjinak2 nak jadi usahawan salai pulak.

Antara yang dijualnya ialah Daging Salai, Itik Salai, Burung Puyuh Salai, Keli Salai dan lain-lain lagi. Korang nak order kena add Emma di Face book - Rosemah Ibrahim Masterchef. Emma kata boleh hantar melalui pos. Malah baru-baru ni Kjee skodeng FB Emma dan tengok ada fren dia dari Dubai suruh Emma hantar daging salai ke sana.

Daging salai yang dijual Emma
Malam itu, berebut-rebut kami memilih stok salai yang Emma bawak. Stok sikit saja sebab Emma mengaku masih baru buat perniagaan ini. Tapi Kjee yakin sure meletopsss sebab ramai yang tidak tahu mana hendak mendapat daging salai dan lain-lain.

Kjee tak tahu daging salai sedap dimasak dengan pucuk ubi jenis putih (actually tangkainya yang warna cerah bukan merah). Mujur UnclePali ada tanam depan rumah dua-dua jenis. Pucuk ubi putih daunnya halus-halus panjang dan merah yang daun lebar-lebar.








Seperti biasa, masak lemak podeh Nismilan tidak perlu bawang. Hanya semata-mata cili padi banyak-banyak dan santan pekat.

Kalau masak saging salai, Emma beritahu kena masak dulu daging tu dengan santan perahan kedua sehingga daging itu lembut. Kemudian baru masukkan bahan-bahan tumbuk halus seperti cili padi dan kunyit hidup. Kemudian baru masuk santan pekat dan garam. Didihkan sehingga mesra. Kemudian baru masukkan daun pucuk ubi dan asam keping. Masak sehingga daun lembut.

Hah tu dia!! Oleh kerana Nadia tak sihat dan tak boleh makan pedas-pedas, maka hari ni Kjee masak extra pedas sebab UnclePali tak selera makan kalau lauk tak pedas!

Selain lauk ni, Kjee buat telor dadar dan goreng ikan kering masin. Sedapnya makan Lauk Lemak Daging Salai Pucuk Ubi ni... ada bau salai yang umpphhhh.

Naseblah kalau korang kecur! Hehehe.




SENYUM SEKEJAP













Ketika kami menghampiri Kota Bharu dalam keadaan keletihan melampau kerana perjalanan selama hampir 12 jam dari KL, ternampak poster ini. Ketawa kami mengubat keletihan. Hehehe

Saturday, February 15, 2014

PASAR BORONG WAKAF CHE YEH... MACAM MACAM ADA


Kalau ke Kota Bahru, tak sah kalau ke Wakaf Che Yeh, kata teman-teman Facebook. Macam-macam ada... bawak duit banyak-banyak borong, tambah mereka.

Kjee pun tanyalah dengan Sham, dekat ke Wakaf Che Yeh dengan Hotel Holiday Villa tempat kami menginap nanti?

"Eh hotel tu memang di Wakaf Che Yeh, Aunty. Mungkin nampak dari hotel," ujarnya.

Oklah tu. Kononnya semuanya murah di Pasar Borong Wakaf Che Yeh terutama sekali pelbagai jenis tudung. Kjee senyum jer. Tak minat sebenarnya dengan tudung fesyen baru berlapis-lapis. Manakala Nadia pula ada fesyen tudung yang diminatinya. Fesyen budak-budak pompuan zaman ini.



Tudung Galore




Anyway, selepas kami dinner di New Horizon sambut birthday Nadia pada 9 Februari lalu, kami pun ke Pasar Borong tersebut bersama Elani Abd Kader (hos kami) dan Ustazah Sue, rakan baik Elani.

Kjee memang dah lama tak ke pasar malam atau uptown mahupun Petaling Street di KL sebab pelbagai masalah. Selalunya tempat-tempat tersebut dipenuhi manusia. Pasti sukar untuk Kjee bergerak terutama sekali kalau guna kerusi roda. Kalau kena jalan, gamaknya tak sampai 10 langkah, Kjee dah tumbang.




Ada jugak buah2an dari Siam
Wajah letih Nadia tolong pilih batik sarung Mama






Menurut Elani, sekiranya musim cuti atau bulan Raya, Pasar Borong Wakaf Che Yeh ini akan sarat barat dengan pengunjung. Dan beliau pernah sesat. Mahunya tak sesat sebab kawasannya terlalu luas dan setiap gerai kelihatan hampir sama. So camner nak cam tempat nak keluar!

Keluar masuk satu lorong ke lorong lain, akhirnya tumpuan Kjee lebih kepada kain batik sarung Terengganu. Pilih punya pilih ikut kata penjual, ada jugak terkena sehelai dua batik Siam setelah kembali ke hotel. Hehehe.

Harga kain batik sarung antara RM20 hingga RM25. Boleh tawar menawar. 





 
Oleh kerana malam pertama itu kami keletihan sebab perjalanan hampir 12 jam dari KL menerusi jalan pantai Terengganu, maka malam esoknya kami berempat pergi lagi. Dan terjumpa pulak salah seorang ibu saudara Sham yang jual kain batik. Maka dapatlah harga lebih murah sikit. Hehehe.

Kalau ke Kota Bahru memang seronok kalau singgah di WCY ni. Kalau tak beli pun boleh cuci mata. Lain kali kami ke KB, wajip jugak singgah. Tapi kena bawak penduduk tempatan sebagai jurupandu. Boleh dapat murah sikit kalau kecek Kelate. 

Malangnya, Sham dibesarkan di KL. Loghat Kelantan dia banyak dipengaruhi loghat KL... Hehehe.




Friday, February 14, 2014

GULAI LEMAK KUNING AYAM PEDAS BEREMPAH







Apabila Kjee kata nak masak Gulai Pahang, ramai tanya apa itu Gulai Pahang? Nak tahu google jer lah. Kjee belajar masak dari orang Pahang yang kata Gulai Pahang. Jangan pulak nanti ada pakar masak dari Pahang komplen Kjee memandai-mandai kan!

Oleh kerana Kjee bukan pakar maka Kjee namakan lauk ni Gulai Lemak Pedas Berempah! So orang Pahang tak boleh nak bising kata itu gulai mereka sebab ia gulai lemak kuning yang bubuh ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

Selama ini Kjee buat Kjee tak sangai rempah-rempah biji tersebut. Tapi kali ini terlebih rajin. So 1½ sudu besar biji ketumbar, 1 sudu jintan manis dan 1 sudu jintan putih tu Kjee sangai dan guna blender kering untuk kisar. Kalau rajin bolehlah tumbuk tapi mokcik tak rajin.

Kalau masak ayam, Kjee hanya suka bahagian tulang-tulang. Tak suka bahagian isi kecuali drum stick yang hanya ada dua dan selalu menjadi rebutan.

Jadi hari ini Kjee guna separuh dari seekor ayam yang Kjee pilih bahagian tulang. Bahagian isi dada dan peha akan ku guna untuk lain resipi.







Untuk separuh ekor ayam tu, Kjee guna 2 labu bawang besar, kunyit hidup, cili padi yang banyak sebab lagi pedas lagi sedap, dua biji kentang yang agar besar dipotong empat, tiga batang serai dan apa lagi hah? Oh ya jangan lupa bubuh lengkuas sebesar dua ibu jari. Ketuk-ketuk jer.

Semua bahan-bahan tadi Kjee kisar kecuali serai yang diketuk-ketuk. Kjee kisar sebab nak cepat. Kalau tumbuk mungkin lagi sedap.

Pastu Kjee tumis bahan yang dikisar termasuk rempah-rempah hingga naik wangi.

Pastu masukkan ayam yang telah dicuci dan tos kering. Masak hingga ayam kecut dan rempah dah terbit minyak. Lepas tu masukkan santan dan kentang. Kjee perah santan dari 2 biji kelapa tapi tak guna semua. Ada lebih dalam se cawan.

Masaklah hingga ayam dan kentang sudah masak dengan sempurna. Bubuh garam dan aji kalau guna. Didihkan seketika dan padam api. Sedap makan dengan nasi putih yang panas.

Demikian alkisah Gulai Lemak Kuning Pedas Berempah Kjee.





Thursday, February 13, 2014

BERTAMU DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG

Happy Birthday my dear princess


Korang mesti heran mana hilangnya Kjee sejak minggu lepas. Senyap jer... tak sihat ker?

Alhamdullilah Kjee sihat. Cuma Kjee tidak war-warkan sangat nak pergi Kelantan hari tu (9 Feb 2014) sebab bimbang segala rancangan tidak menjadi.

Sejak tahun lepas lagi Nadia wanted to celebrate her birthday (10 Feb) luar KL. Mula-mula kami rancang nak ke Johor. Nak ke Chalet Terapung kat sana. Tapi apabila google dan mendapati chalet tu terapung agak jauh dari jeti dan kena turun naik bot, terus Nadia tukar rancangan. Takut mama dia terjatuh dalam laut!!

So Sham, CH Nadia ajak kami ke Kelantan. Dengar sahaja Kelantan, kami sangat-sangat teruja. Last Kjee ke sana lebih kurang 13 tahun lalu! Masa tu Nadia berusia 13 tahun!

Sham lahir di Kelantan tapi membesar di KL. Ramai sedara mara dia disana, jadi kami taklah risau sangat nak ke sana sebab ada pilot!


Sempat selfie dalam kereta







Di lobi Hotel Holiday Villa masa tunggu Elani dan Ustzah Sue datang. Nadia tidak tahu surprise yang menanti


Dalam kami sibuk buat planning, tetiba sahabat FB Elani Kadir pulak kata dia akan turut ke sana. Tapi akan berada lebih awal dari Kjee atas urusan peribadi. Pucuk dicita ulam mendatang.. orang mengantuk disorong bantal. Dah ada dua orang Kelantan yang jadi jurupandu kami!

Dan selepas subuh 9 Februari, kami berempat bergerak ke Kota Bahru dengan Sham sebagai pilot. Kjee dan UnclePali jadi bos duduk belakang. Sepanjang jalan, singgah kat Temerloh, Kuantan, Kemaman, Kertih, Dungun dan Kuala Terengganu! Pastu lebih kurang lepas Zohor... lepas berhenti solat di Mesjid Kristal, kami bergerak ke Kota Bahru dan sampai Maghrib!!

Nak patah pinggang! Dari KL kul 6.30 pagi sampai KB kul 7mlm. Korang kiralah sendiri berapa jam Kjee duduk dalam kereta! Sampai demam baliklah.

Chinese Muslim food yang enak banget di The New Horizan








Anyway, malam tu kami dibawak Elani ke Restoran New Horizan yang menghidangkan makanan Chinese Muslim. Kami diperkenalkan kepada Encik Abdul Aziz Awang, pelukis dan pengusaha batik terkemuka di negeri Cik Siti Wan Kembang dan isterinya Ani (nanti Kjee buat entri pasal Encik A Aziz ini), Ustazah Sue dan anak bongsunya Aiman dan jugak Chef Dee yang terkenal di Kelantan kerana Muruku Meletops!

Terima kasih Elani kerana merancangkan pertemuan malam itu. Makanan yang superb... lain kali ke sana, ini restoran yang wajib dikunjungi. Nadia turut menerima dua biji kek (Cheese cake yang enak banget dan sebiji Carrot cake) dari Aunty Elani.




Bersama Elani dan Chef Dee












Bersama Encik Aziz dan isterinya Ani.




Lepas makan, kami jalan-jalan kat Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Tunggu storynya di lain entri. Ini sahaja coretan Kjee buat masa ini. Next entri Kjee akan post lagi banyak gambar. Tungguuuuu.