Wednesday, February 26, 2014

APA HAL MAT GEBU? BARU TAU FAUZIAH SAMAD HEBAT?!!




Korang pastu dapat agak yang mana satu Che Mat. Hehehe



Senario malam tadi. Kami tiga beranak baru sahaja habis makan malam bersama. Jarang sekali kalau Nadia balik lambat, kami akan dapat makan bersama terutama sekali kalau dia dijemput pulang oleh Sham. Mereka akan dinner kat luar baru balik.

Lepas dinner baik punya pulun masak lemak rebung Kjee pun capai handfon, on wifi dan check FB. Terkejut beruk dan sesak nafas seketika tengok newsfeed. Biasanya kalau on sahaja wifi di handfon dan klik FB akan muncul Newsfeed. Kjee tenung sambil tahan nafas.
































Isyhhh apa pulak salah aku kat Mat Gebu ni?!! Kuatnya Kjee cakap sampai UnclePali terus menerpa ke arah Kjee. Kjee dibantu UnclePali bangun dan pergi ke meja komputer berhampiran. Cepat-cepat KLIK dan baca.

Kjee sengih. Alahai Che Mat!! Lu bikin lutut gua longgar! Selalu gua kenakan orang.. malam tadi gua Kantoi!! Tererlah awak Che Mat guna heading yang buat Kjee sesak nafas. Itu heading yang seringkali digunakan wartawan untuk bagi orang segera baca tulisannya!! Terbaek!!

Serius Che Mat, Kjee ingatkan Kjee ada buat salah dengan awak justru heading cam tu. "...hebat sangat ke Fauziah Abd Samad tu?.." Cam nak cari gaduh punya heading atau judul kan?

Nadia pun bergegas keluar dari bilik apabila dengar Kjee dan UnclePali ketawa mengilai-ngilai baca tulisan Che Mat.

Terima kasih Che Mat atau nama sebenarnya Adnan Ibrahim. Mat tu nama abang long dia tapi ntah macam mana panggilan Che Mat tu terlekat pulak pada dia.

Che Mat Gebu ni adalah insan penuh misteri! Bukan mudah seseorang untuk melihat wajahnya melainkan korang singgah di rumah keluarganya di Sedenak, Johor. Korang amiklah berapa banyak gambar bersama beliau tetapi ajaibnya, semua menghormati permintaannnya agar gambarnya tidak disiarkan.

Masa Kjee dan keluarga singgah di Sedenak dua tahun lalu untuk bertemu dengan Che Mat serta ibu dan ayah beliau yang tidak kurang femesnya, Kjee ada amik banyak gambar. Tetapi, jugak seperti tetamu yang lain, akur dengan permintaannya.











Korang tahu tak yang Mat Gebu pemilik Dapur Tanpa Sempadan adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kjee seorang blogger! Betul ni Kjee tak cakap bohong.

Kerana terlau kagum dengan blognya yang menayangkan gambar-gambar masakan yang meletopps serta bahasanya yang sempoi, bagi Kjee idea nak melakarkan blog yang bakal Kjee hasilkan.

Siapa tak mahu buat blog hebat seperti DTS Mak Gebu. Tapi bagi Kjee, kalau tak boleh jadi lebih hebat daripada blog dia, tak payah nak susah-susahkan dirilah.

Justru Kjee bergerak buat blog Kjee ni. KLIK SINI. Hajat hati nak buat jugak blog masakan. Tapi camner hah? Kjee bukannya terer masak cam Mat Gebu. Pastu UnclePali bagi idea. Tulis ajelah apa yang awak suka, katanya. Kan hidup awak is so colorful, kata UnclePali lagi.

Hah bagus jugak idea UnclePali tu kan? So tak jadilah Kjee nak jadi copy cat tiru Mat Gebu.

Tak mo tulis panjang lebar lagilah Che Mat. To me, you're my SIFU!! Anda bukan sahaja seorang tukang masak yang hebat tetapi Kjee puji dan suka cara awak menulis. Sayang sekali tiada majalah atau akhbar yang mahu ambil kesempatan dari populariti awak sebagai blogger masakan yang punya pageviews yang mencecah lebih 35-juta setakat ini!!

Kalau Kjee orang kuat majalah masakan, pasti Kjee akan beri awak satu ruang khas... Bersama Mat Gebu. Setiap bulan akan muncul sejenis masakan dan celoteh awak yang sempoi, sinis dan menghiburkan!! Pasti meningkat gilers jualan majalah tersebut! Tokeh majalah jangan lupa bagi aku free satu tiap bulan sebab bagi idea!

Okay Che Mat. Ini jer lah buat kali ni Kjee nak coretkan. Oh ya... pembaca dari blog DTS juga antara yang paling ramai singgah di blog Kjee ni! Terima kasih Che Mat. Kalau panjang umur kita akan bersua lagi.


Risau Che Mat kita pose dengan tiffin birunya. Hampir kena cilok! Hehehe

Related Posts:

  • AMALKAN ZIKIR FATIMAH Siapalah wanita yang tidak letih kalau dah seharian buat kerja rumah especially di cuti sekolah. Rasanya 24 jam sehari yang ada tidak mencukupi melayan kerenah anak-anak. Beberapa hari lalu, Kjee terjumpa Zikir diatas… Read More
  • SELAMAT DATANG 2014 ehsan google Tak sampai beberapa jam lagi kita akan menghirup udara tahun baru 2014. Mana nak sangka Kjee boleh hidup menyaksikan angka tahun 2014. Apapun, Kjee ingin mengucapkan Selamat Datang 2014. Mudah-mudahan… Read More
  • MY BELOVED MS KUMAR I completed secondary school at Sekolah Menengah Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur in 1972. Got my MCE (Malaysian Certificate of Examinations) results in early 1973. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; … Read More
  • YAHOOO PAPA BAWAK BALIK DAUN GALAK KUCING! Demi kucing kesayangnnya, sanggup menyangkung petik daun ni depan Amcorp Mal Pose maut UnclePali hehehe Sejak kenal pokok Galak Kucing, tiap kali keluar pasti nampak pokok ini di mana-mana. Selama ini tak … Read More
  • KENAPA SEKARANG KJEE MALAS UPDATE HAH? MENCI TAU! ehsan ms google Banyak hari dah Kjee tak update. Maaf kepada anda yang seringkali jenguk tapi hampa sebab tak ada entri baru. Yang haters pulak pasti sedih tak berjaya kumpul dosa sebab hari-hari maki hamun dan ko… Read More

12 comments:

  1. Hehehehe eka rasa eka jumpa blog kak jee pun dri blog cim mat jugak. Apa2 pun eka suka baca kedua2 blog. Best hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau tgk tajuk memang ayat mcm nak cari gaduh tu kak...hehehe...

    ReplyDelete
  3. saya respek pada che mat kerana tiap kali memasak.. takde istilah lebih kurang..
    lepas tu sentiasa menghormati kedua ibu bapanya.. say akagum sangat2 bab tu.. =)

    ReplyDelete
  4. Kak Jee lepas ni berebut2 majalah ceduk idea akak tu... Bersedialah utk rezeki yg lebih lagi ye CMG.

    ReplyDelete
  5. Salam kak jee...minta maaf terlebih dahulu, plan nak buat entri tu hari ni..Tapi semalam saya dah tak boleh tahan...maka saya pun buat entri dengan tajuk ala2 memasing nak kena ganyang dengan sambal belacan....haha.. Apa2 pun terima kasih banyak2 atas segala2nya....moga kak jee sekeluarga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kebahagian dunia dan akhirat....aminn...

    ReplyDelete
  6. salam rindu kakjee cayaang..korang dua2 pun hebattt..salute uollss! mekaceh gak wat kakjee & CMG sebab menjadi penyumbang utama utk trafik blog kita yg tak seberapa tu..lebiuuu kakjee!

    ReplyDelete
  7. K.jee n abg mat mmg meletops...suke bc dua2 entri ....semoga bertambah suksess both of u ;)

    ReplyDelete
  8. Uncle matgebu mmg best...sbb uncle mat lh saya jumpa semuaaaaa blog best2 yg saya baca sampai sekarang daripada zaman belajar sampailaaa dah kahwin ni ^_^

    ReplyDelete
  9. Salam kak jee. Saya jumpa blog ni pun dr DTS gak. Good luck utk kak jee dan cikmat gebu.

    ReplyDelete