Friday, February 14, 2014
GULAI LEMAK KUNING AYAM PEDAS BEREMPAH
Apabila Kjee kata nak masak Gulai Pahang, ramai tanya apa itu Gulai Pahang? Nak tahu google jer lah. Kjee belajar masak dari orang Pahang yang kata Gulai Pahang. Jangan pulak nanti ada pakar masak dari Pahang komplen Kjee memandai-mandai kan!
Oleh kerana Kjee bukan pakar maka Kjee namakan lauk ni Gulai Lemak Pedas Berempah! So orang Pahang tak boleh nak bising kata itu gulai mereka sebab ia gulai lemak kuning yang bubuh ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
Selama ini Kjee buat Kjee tak sangai rempah-rempah biji tersebut. Tapi kali ini terlebih rajin. So 1½ sudu besar biji ketumbar, 1 sudu jintan manis dan 1 sudu jintan putih tu Kjee sangai dan guna blender kering untuk kisar. Kalau rajin bolehlah tumbuk tapi mokcik tak rajin.
Kalau masak ayam, Kjee hanya suka bahagian tulang-tulang. Tak suka bahagian isi kecuali drum stick yang hanya ada dua dan selalu menjadi rebutan.
Jadi hari ini Kjee guna separuh dari seekor ayam yang Kjee pilih bahagian tulang. Bahagian isi dada dan peha akan ku guna untuk lain resipi.
Untuk separuh ekor ayam tu, Kjee guna 2 labu bawang besar, kunyit hidup, cili padi yang banyak sebab lagi pedas lagi sedap, dua biji kentang yang agar besar dipotong empat, tiga batang serai dan apa lagi hah? Oh ya jangan lupa bubuh lengkuas sebesar dua ibu jari. Ketuk-ketuk jer.
Semua bahan-bahan tadi Kjee kisar kecuali serai yang diketuk-ketuk. Kjee kisar sebab nak cepat. Kalau tumbuk mungkin lagi sedap.
Pastu Kjee tumis bahan yang dikisar termasuk rempah-rempah hingga naik wangi.
Pastu masukkan ayam yang telah dicuci dan tos kering. Masak hingga ayam kecut dan rempah dah terbit minyak. Lepas tu masukkan santan dan kentang. Kjee perah santan dari 2 biji kelapa tapi tak guna semua. Ada lebih dalam se cawan.
Masaklah hingga ayam dan kentang sudah masak dengan sempurna. Bubuh garam dan aji kalau guna. Didihkan seketika dan padam api. Sedap makan dengan nasi putih yang panas.
Demikian alkisah Gulai Lemak Kuning Pedas Berempah Kjee.
0 comments:
Post a Comment