Wednesday, February 5, 2014

KALAU TEKAK BUAT HAL INILAH LAUKNYA...







Betul...Inilah lauk kalau Kjee tak selera makan. Kalau nak ikutkan hati memang boleh makan berpinggan-pinggan. Tapi Kjee jarang-jarang sangat makan nasi sampai bertambah kecuali kalau lauk itu luar biasa sangat! Bukan nak jaga bodi tapi memang Kjee kureng sikit bab makan nasi.

Anyway, lauk Gulai Lemak Podeh Ikan Talang kering yang Kjee masak semalam ini, satu-satunya lauk yang seringkali kami bertiga beranak, nanti-nantikan. Kalau masak kari darat pun ok. Kari ikan talang yang buat UnclePali buat keputusan kahwin dengan Kjee tau. Hahaha.

Kalau awal Januari hari tu Kjee buat bubuh nenas, kali ni tak bubuh. Klik SINI. Kita yang buat dia kan so sukatilah nak letak ker tak nak kan!








Rasanya gulai arini lebih podeh dari aritu. Memang disengajakan tapi lawaknya malam tadi Nadia makan dia kata biasa-biasa jer! Tapi Kjee ikut nasihat Mak Aji Rohaya, ibu Chahaya Shiela Spices Journey supaya jangan buang semua tangkai cili padi kalau tak mo sakit perut. Maknanya, ditumbuk sekali cili padi dengan tangkai-tangkainya... bukanlah semua tapi agak-agak ler. Itu petua orang tuo Nismilan kalau tak mo sakit perut kalau makan podeh-podeh. Dan Shiela juga beritahu, kalau tak mo kolestrol melonjak naik sebab kuahnya pokat sangat, guna kunyit hidup.

Ohhhh gitu ker? So hari ni Kjee masak ikutlah petua Mak Aji dan Shiela. Memang sejak dua menjak ni kalau makan pedas, perut selalu meragam. Mudah-mudahan lepas tak meragam lagi yo.




Related Posts:

  • STEW DAGING KORBAN          Alhamdulillah apabila Faizah Shahbudin beri daging Korban hari itu, lama juga fikir nak masak apa. Kemudian apabila tengok Kjee tak sihat, UnclePali simpan dalam freezer. Tiga har… Read More
  • BELACAN SANGAI          Sebenarnya Kjee cukup cerewet bab membeli belacan. Masa kecik2 mak selalu guna Belacan Sementa Teluk Anson (sekarang Teluk Intan). Sedap katanya. Masa kecik2 dulu tinggal sana.&nb… Read More
  • RENDANG KACANG NISMILAN         Kalau ke Restoran Omak Den di Taman Melawati, mesti mata Kjee liar cari Rendang Kacang. Dia orang letak hati dan pedal Ayam.         Kjee pernah masak lauk ini … Read More
  • BERGEDIL 2.0          Korang tahu tak apa makan favorite Kjee kalau sarapan di luar? Hmmm kalau restoran mamak, Kjee mesti order Vadey. Dah kalau ke warung Melayu yang jual Nasi Lemak, Kjee mesti nak B… Read More
  • SAMBAL GORENG FUCUK 2.0          Tak tau kenapa lama bebenor Kjee tak masak Sambal Goreng Fucuk ni. Mungkin kerana jarang ada stok fucuk dalam pantri. Maklumlah kebiasaannya kalau nak masak baru dibeli. &nbs… Read More

10 comments:

  1. sedapnye...telan ailiyo da ni. kuning mengancam

    ReplyDelete
  2. Kuning dia, pergh pokat kak. Mesti sedap ni. Nyum2

    Eka kawen ngan orang nogori.Memang kena pandai makan gulai lomak. Mak mertua pon cakap, guna kunyit idup.

    Tapi gulai lemak n9 tak letak bawang kan. Eka plak kadang letak hihi.

    ReplyDelete
  3. Kak Jee kalau kat tempat saya karilah ikan talang kering ni kena pulak dengan nagka...wahahhhh...mak mertua lalu pun tak nampak.

    ReplyDelete
  4. Terlioq pulak aihh Kjee.. Doq terbau bau pulak ikan talang kering tu.. ��

    ReplyDelete
  5. k.jee, saya yg keturunan mamak pn pandai makan lomak podeh cili api.

    ReplyDelete
  6. Ese kalau tokak buat hal selalu eh makan masak singgang atau asam rebus.

    ReplyDelete
  7. sedapnya...warnanya pun dah tertarik..makan dengan nasi panas, sambal belacan sikit. pergghh...

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/banyakkan-susu-badan-7-hari-sahaja.html

    ReplyDelete
  8. kak jee masak apa pun semua nampak sedap....dan dan lapaq ni..

    ReplyDelete
  9. Adehhh...sok nk g cari ikan kering talang..hihi

    ReplyDelete
  10. x tahu lak petua tumbuk ngan tangkai cili sekali tu

    ReplyDelete