Thursday, February 27, 2014

TESTING MAKANAN UNTUK WEDDING ANAK DATIN ELANI

Pose dulu sebelum makanan dihidangkan


Bakal pengantin (kiri) serius bincang dengan wakil caterer





Jom kita gi food testing untuk anak wedding anak Nie kata Datin Elani dua minggu lepas ketika kami lepak-lepak dan sembang-sembang lepas makan sate di gerai sepupu Kjee di AU3 Keramat. Kami - geng yang seringkali lepak sama iaitu Shiela, suaminya Wak Aseri, anaknya Farrah, Emma Masterchef, Kjee dan UnclePali. Turut sama empat anak Emma dan empat anak-anak Elani. Nadia tak ikut sebab demam.

Kjee dengar saja Emma dan Shiela seronok bincang dengan Elani. Tak berani nak bukak mulut nak ikut sama sebab kalau Kjee pergi, UnclePali kena ikut. Dia chaperone Kjee. Tak ada UnclePali, mana Kjee boleh jalan. Dan Kjee faham untuk pergi food testing tidak ada peruntukan untuk ramai food testers.

Kelmarin Elani text Kjee. Kjee tengok ada nama Shiela + Aseri, Kjee + UnclePali dan Emma + ...  Wah food testing hari Rabu. Hari Kjee tak ada order. Apa lagi, orang ngantuk disorong bantal.

Dengan hanya mengalas perut dua biji home made samosa, kami keluar rumah meredah kesesakan jalan ke Shah Alam. Waze buat hal. Kawasan tu tak ada signal internet... kejap ada kejap tak ada. Jam dalam kereta kul 12.15. Temujanji kul 12. Aduhhh melepaslah aku!

Rupa-rupanya rombongan Datin (Shiela dan Farrah sama kereta) sampai masa hampir sama ngan Kjee. Jenuh jugak menapak ke tingkat Satu. Tercungap-cungap Kjee dengan Elani mohon maaf sebab tak tau bilik food testing di tingkat atas.

Pantang amik gamabr terus upload kat FB hehehe

Shiela dan Kjee bersama Datin Elani

Dua beranak yang sweet sangat






Apapun, berbaloilah jugak apabila duduk sekejap, dome sliver berkilat ditatang ke meja yang disusun cantik.

Dan apabila dome dibuka yang menampakkan lauk pauk yang mewah serta nasi briyani yang cantik sangat, terus buat Kjee lupa hampir nazak panjat tangga tadi. Hehehe.

Sejak makan nasi Hanith Arab yang sedap di Restoran Saba, Kjee dah tak berapa nak selera makan nasi briani tempatan. Buruk perangai kan? Tetapi apabila menjamah nasi briani airtangan Chef Fifi dari Segi Seri Sdn Berhad, Kjee dah tak mau lagi makan nasi Hanith Arab!

Serius ni! Rasanya berganda-ganda lebih sedap. Dengan beras Basmathi yang super panjang. Chef Fifi yang duduk di meja belakang Kjee terkejut apabila Kjee menoleh dan tanya ada jual tak Nasi Briani ni kat restoran?

"Kami tak ada restoran kak. Cuma buat catering..."

Rugilah korang yang suka makan nasi briani. This briani is to die for!!




Nasi Beriani lain dari yang lain




Kemudian kami try lauk pauk. Ayam Masak Merah, Daging Kurma, Daging Masak Palembang, Sambal Sotong, Sweet Sout Fish Filler, Dalca Sayur dan Papadom. Air yang disediakan ialah Kordial sirap oren ala-ala fruit Punch.

Kjee makan sambil toleh pada Elani dan kata kalau macam ini punya sedap, Mak Pengantin tidak perlu bimbanglah. Pasti tetamu akan pulang puas. Insya Allah tidak ada yang akan mengata. Kalau tanya Kjee lauk mana Kjee paling suka, Kjee akan kata semuanya.

Setiap lauk ada rasa tersendiri. Belum pernah rasanya Kjee makan lauk pauk dari nama sama yang serupa dengan rasa dari airtangan Chef Fifi dan jugak Chef Helmi. Kecut perut jugak kot kedua-dua chef yang hadir tadi sebab yang datang bukan calang-calang pengkritik.

Seorang bekas wartawan yang dah lama hidup, seorang bekas peserta rancangan Masterchef, seorang tukang masak yang pakar lauk pauk dan baking dan Datin Elani (Mak Pengantin) yang dah banyak merasa makanan sedap-sedap di seluruh negara!



Bersama Chef Fifi dan Chef Helmi







Tak payah nak kecut perut Chef Fifi dan Chef Helmi kerana anda berdua memang handal! Kami pulang puas hati!

Ingat kata-kata arwah bonda... Ada rupa ada harganya! Janganlah tanya berapa hengget per pax untuk hidangan yang ditempah oleh Datin Elani untuk wedding anaknya Nik Nor Farah Annysa nanti. Kjee dengar pun serem. Hehehe.

NOTA:

Masa dapat jemputan untuk ke food testing ni semalam, Kjee bisik kat UnclePali. "Bang...kalau kita tak hadir wedding tu nanti pun tak apa. Masa food tasting, kita dapat makan sebelum tetamu lain makan..."

Tapi lepas menjamu selera tadi, ini pengakuan Kjee di depan semua : "Tak sabarlah nak makan lagi makanan macam ni di majlis Anie nanti. Ada kambing golek 6 ekor menanti..." Hehehe








10 comments:

  1. salam kenal dan join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  2. waa.. bestnyerr.. gambar pun cantek Kjee.. two thumbs up to Uncle Pali..

    ReplyDelete
  3. tersa lapar pulak tngk gmbar nasi beriani tu

    ReplyDelete
  4. Betul Kak Jie bayar mahal tapi makanan sedap, service bagus kita pun tersenyum senang hati.

    ReplyDelete
  5. huih.. tercabar nafsu makan ni.. =P

    ReplyDelete
  6. Harap-harap dan didoakan semuga bagaimana rasa hidangan semasa "food tasting" begitulah juga rasa dan kualitinya apabila tiba hari kendhurinya nanti. In Syaa Allah.

    Memasak untuk tetamu yang sedikit lebih mudah dari memasak untuk tetamu yang ramai yang adakalanya mencapai jumlah minimum 500 tetamu. Ini merupakan satu cabaran yang gagal diatasi oleh ramai diluar sana dan menyebabkan pelanggan akhirnya berkecil hati.

    ReplyDelete
  7. Lupa nak bagitau... caterer ini dah 17 tahun pengalaman.

    ReplyDelete
  8. Nasi beriani beras basmati ni sedap dimakan dengan garden salad dan tairu masam (yogurt) sebagai dressing.

    ReplyDelete
  9. Wah menggoda yg amat

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan...

    jln2 jumpa blog kak jee

    ReplyDelete