Friday, March 14, 2014

FIRST TIME MASAK KARI ITIK SALAI









Dalam rumah Kjee, jarang-jarang sekali Kjee masak lauk itik ataupun kambing. Semuanya kerana arwah bonda tak pernah masak. Kjee ingat lagi masa kecik Bonda kata dia tak reti nak masak kambing sebab tak tahu nak kasi hilang baunya. Itik pulak Kjee tak pasti kenapa arwah bonda tak masak.

Justru, Kjee pun ala-ala berani takut apabila nak masak gulai kambing atau itik. Tapi bab makan lauk pauk itik dan kambing, Kjee memang peminat Numero Uno (nombor one).

Kalau makan kat restoran yang ada jual lauk kambing mahupun itik, ia akan menjadi lauk pilihan. Ataupun kalau makan di restoran yang menghidangkan western food, makanan berasaskan kambing tidak akan terlepas di order!








Apabila bergaul dengan geng Nismilan macam Emma (Rosemah Ibrahim Masterchef) dan juga Shiela blogger femes Spice Journey, maka Kjee pun diperkenalkan dengan itik salai. Emma yang kini aktif jual pelbagai makanan salai jadi supplier.

Ternganga  Kjee apabila dengar Shiela beritahu Itik Salai sangat sedap kalau dimasak kari atau dijadikan Rendang Nismilan! Oh ya ker? Setahu Kjee selama ini, itik hanya orang buat rendang atau Masak Lemak Cili Padi (MLCP).

Begitulah cetek pengetahuan. Hehehe.

Anyway, beberapa hari lepas Kjee baru berani keluarkan Itik Salai dari freezer. Mula nak buat Gulai Pahang tapi UnclePali kata haritu dah buat Gulai Pahang guna Daging Salai. So dia request MLCP yang pedas. Orite boss!






Ketika Kjee nak potong-potong itik salai tu, Kjee perasan pulak banyak sangat kalau masak sampai seekor. Yang makan tiga beranak jer. So Kjee tepikan setengah ekor dan hari ni jadilah Kari Itik Salai. Kjee bubuh kentang sama cam Kjee bubuh dalam Itik Salai MLCP hari tu.

Camner rasanya Kari Itik Salai?

Hmmm kalau nak tahu, rasa-rasanya Kjee lagi gemar MLCP daripada kari. Or maybe hari ni Kjee tak berapa sihat... demam dan selsema! Tapi...rasa-rasanya lah kalau Kjee beli lagi Itik Salai, Kjee akan buat MLCP jer. Tekak memasing lah kan. Hehehe.

Kalau korang nak resipi, mungkin boleh intai kat SINI, Kari Ayam yang biasa Kjee masak.




Related Posts:

  • SAMBAL KERING JAWA          Lauk Jawa ke ni? Hmmm hantam sajalah labu. Tapi kerana airtangan orang Jawa, maka jadilah dia lauk Jawa kan? Hehehe.          Kjee letak tempe, kentang, pe… Read More
  • SAMBAL AYAM BIASA BIASA          Ini antara lauk popular dalam rumah Kjee. Juga antara lauk di hari malas. Kejadiannya dua minggu lepas rasanya. Mulanya tak minat nak sebenarnya nak masukkan entri dalam blog sebab l… Read More
  • KERABU MANGGA DENGAN IKAN BILIS GARING          Minggu lepas, Kjee dan Nadia pergi makan Kerabu Mangga di sebuah kedai makan Tomyam di Keramat sebanyak dua kali. Sedap sangat rasanya. Mungkin dah lama tak makan. Kali perta… Read More
  • SPICY GARLIC PRAWNS          Kjee punyalah teringin nak makan Spicy Garlic Prawns ni sejak tiga minggu lepas. Dua tiga hari sekali masuk Hero Market atau Fish Mart kat Taman Melawati. Susahnya nak jumpa udang yang… Read More
  • SALTED EGG SOFT SHELL CRABS          Kjee mula merasa makan soft shell crabs (ketam kulit lembut) di restoran Jepun. Macam-macam cara masakannya. Tapi kami suka Temaki with Soft Shell Crabs. Kami sekeluarga memang minat … Read More

2 comments:

  1. sedapnyaaa.. saya memang suka makan lauk itik ni, masak lemak cili api &rendang paling best..

    ReplyDelete
  2. Lain kali kalau beli itik salai cuba pulak masak kicap pedas...ala-ala stew gitu

    ReplyDelete