Wednesday, March 5, 2014

ROTI JOHN BY UNCLEPALI































Breakfast Kjee dan UnclePali pagi tadi. Sejak dua menjak ni rajin lak UnclePali buat untuk sarapan pagi. Sedap dan mudah buat tau.

Boleh guna apa roti pun tapi kalau roti burger atau roti hotdog lagi sedap.

UnclePali pukul telor dan perasa sikit. Lepas tu dia campurkan dengan daging inti kuih bakar. Daging inti biasa-biasa jer. Tumis bawang besar, letak sikit rempah kari daging dan bila dah naik bau, bubuh daging, ayam yang dicincang. Whatever yang ada lah macam ikan sardin atau ikan goreng berbaki semalam . Kacau sampai rata. Tepikan.

Roti dibelah dua. Nak bagi putus ke tak, sukatilah. Kita yang buat dia. Pastu sapu butter atau marjerin.

Curahkan telor yang telah dicampurkan dengan telor tu elok-elok kat atas kuali yang telah dipanaskan dan cepat-cepat telangkupkan roti tadi keatas telor tadi. Perlahankan api. Bila rasa dah elok masaknya iaitu garing sikit, perlahan-lahan terbalikkan dan biarkan selama 1 atau 2 minit. Siap,

Angkat dan letak atas pinggan dan kepitkan dua. Kalau ada salad boleh jugak letak. Sedap makan dengan sos cili dan mayonaise.

Boleh sediakan untuk bekal anak-anak ke sekolah.




2 comments:

  1. Kak Jie saya dapat idea untuk sarapan anak2 pada hari sekolah. Selalu pening2 nak buat apa tiap2 pagi untuk anak2. Nak masak mee, bihun, nasi goreng heavy sangat anak2 tak layan.

    ReplyDelete