Saturday, April 12, 2014

BEBOLA KENTANG SUMBAT AYAM, CENDAWAN DAN CHEESE







Ini second time Kjee buat. Awal minggu ni dah buat tapi Kjee bake. Namun tak puas hati. Nak jugak goreng. Mujur ada lebihan inti ketika buat kali pertama hari tu.

Aritu, Nadia tanya Kjee nak letak nama apa? Hmmm belum tahu lagi. Kalau dah tak ada idea, okay tak kalau Mama bubuh Stuffed Chicken Mushrom Cheese Potato Balls. "Panjang sangat Mama. Ahh tak kesahlah. Mama yang buat dia kan?"

Maka jadilah Bebola kentang Sumbat Ayam, Cendawan dan Cheese. Ehh ya ke? Bukan inti ayam, cendawan dan cheese sumbat dalam bebola kentang? Hmmm hantam sajalah labu. Hohoho.

Kali pertama aritu Kjee guna American Russet Potato. Kali ini Kjee guna kentang dari Indonesia. Russet potato agak lebik dan bila direbus dan dilenyek, susah nak bentuk. Kerana itu, Kjee bakar jer hari tu. Kalau tak bake habis berderai.

Kali ini Kjee rebus jugak walaupun ada yang syor Kjee goreng cam buat bergedil. Hmmm kalau goreng dulu kentang baru dilenyek, memang senang nak bentuk. Tapi dah dua kali pulak goreng kan. Not good for health, you know.

So Kjee rebus, lenyek dan bubuh sedikit jer tepung gandum. Letak sedikit garam dan lada hitam.  Bubuh jugak separuh dari sebiji telor yang dipukul ke dalam kentang lenyek. Uli sikit hingga sebati dan biarkan sejuk seketika. Kalau letak dalam peti ais pun ok supaya kental sikit dan senang bentuk.







Untuk inti, Kjee guna isi ayam yang telah dicincang halus, cendawan shitake yang telah didadu, dua ulas bawang putih yang dicincang serta cheese. Bab cheese ini terpulang kepada korang. Kjee selongkar peti ais dan jumpa Parmesan dan Mozarella Cheese. Boleh letak apa saja cheese yang ada. Begitu jugak dengan cendawan. Kalau tak suka cendawan bubuhlah carrot, jagung ataupun cauliflower yang dicincang halus.

Kjee tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Kemudian masukkan cendawan. Masak sampai cendawan sudah separuh masak. Kemudian letaklah satu ketul chicken kiub kalau suka. Kalau tidak bubuhlah perasa biasa seperti garam dan lada hitam.

Apabila rasa sudah sebati, masukkan cheese dan gaul rata. Padam api dan sejukkan.


Celup dulu dalam telor baru digolek dlm breadcrumbs


Sediakan breadcrumbs secukupnya untuk golek potato balls. Tadi Kjee kehabiskan breadcrumbs. Kjee selalu buat sendiri. Mana baki roti yang sudah tamat tempoh, Kjee grill dalam oven atau atas kuali sampai garing. Dah sejuk, kisar. Jadilah breadcrumbs. Simpan dalam botol, Tak payah nak beli. Tadi Kjee bakar sebiji roti Arab sebab roti lain tak ada. Letak dan Food Processor dan kisar sampai halus.

Agak sukar untuk bentuk kentang lenyek jadi bebola. Jadi buatlah dengan penuh sabar. Mula-mula buat sebiji sebesar bola ping pong, leperkan dan letak satu sudu inti. Kemudian tutup kemas-kemas. Hajat hati nak jadikan bulat cam bebola tapi masa nak celup baki separuh telor dan golek dalam breadcrumbs, Kjee leperkan sikit.

Goreng dalam minyak yang agak banyak. Minyak harus panas tapi api kena sederhana besarnya kalau tidak rentung atau berderai. Balikkan setelah dirasakan sudah elok satu bahagian garingnya. Kalau boleh balikkan dua kali jer. Banyak-banyak kali nanti berderai.

Makan setelah suam dengan sos cili atau mayo. Boleh buat ni masa mood boring tapi rajin. Tak jadi kalau mood boring tapi malas. Hehehe.




2 comments:

  1. Oh dear....langkah kanan! Tadi beli potato n shitake..ingat nk buat jacket potato..tp .yg ni cam menarik je...
    Tq kak jee

    ReplyDelete
  2. mood boring tapi lapar pun menjadi jugak kakjee hehehe balik ni nak buatlah kakjee! bessstesttt ni!!

    ReplyDelete