Monday, April 14, 2014

FUCUK GORENG KICAP DENGAN BILIS DAN KENTANG








Lauk ini Kjee buat kelmarin. Ianya ala-ala sambal goreng kicap Jawa. Nampak sama tapi tak serupa. Apapun, kalau dah dibuat oleh orang Jawa maka jadilah ia lauk Jawa. Hehehe.

Masa Kjee rendam 3 peket fucuk jenis batang pagi kelmarin, menu yang ada dalam fikiran adalah nak buat Masak lemak Putih Fucuk letak telor dan kentang. Itu lauk favorite Nadia.

Tapi semasa Kjee potong-potong fucuk selebar dua jari lepas lembut direndam, tetiba ubah fikiran nak buat sambal goreng Jawa yang bubuh kicap tu. Lama dah tak buat.

Kjee pun amik 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu. UnclePali tolong goreng. Selepas itu dia goreng satu mangkuk ikan bilis.







Kjee pulak gunting serong halus satu mangkuk cili kering. Rendam seketika dan buang bijinya. Kemudian Kjee mayang sebiji bawang besar dan 4 ulas bawang putih.

Apabila semua bahan sudah sedia, Kjee tumis bawang besar, bawang putih dan cili kering. Apabila dah naik bau sampai bersin,  Kjee masukkan fucuk yang telah dihiris dan ditoskan airnya. Masukkan kira-kira ½ cawan air dan kicap (lebih kurang ½ cawan) dan masak sehingga kering. Kemudian masukkan kentang goreng dan bilis goreng. Gaul hingga rata dan kalau perlu letak garam. Padam api.

Hah itu cara Kjee buat. Apabila disemak resipi, rupa-rupanya resipi yang Kjee buat sebelum ini ada letak udang kering. Ahhh tak kesahlah. Lauk yang Kjee buat ini pun sedap jugak. Kalau nak letak tempe goreng dan sohun pun boleh.

Oleh kerana Kjee bubuh banyak cili kering, boleh tahanlah jugak pedas. Tapi kalau nak lebih pedas, bolehlah hiris cili padi. Sedap dimakan dengan nasi. Kjee buat ratah gitu jer.

Ini resipi Sambal Goreng Jawa Kicap Kering yang Kjee buat sebelum ini. Klik sini



3 comments:

  1. Saya selalu masak ni tapi guna ikan bilis dengan cili kering sahaja, memang sedap makan dengan nasi panas-panas.

    ReplyDelete
  2. aduhhh sedapnyerr...memang peberet saya lauk ni..lama x buat dan lama x makan..

    ReplyDelete
  3. Ye la.. lama xbuat.. tp lin blend je bilis tu.. atau blend udang kering.. sdpnya lahai.. 😬

    ReplyDelete