Bukan susah nak buat burger sendiri from scratch, kat rumah. Sejak UnclePali dah pandai buat, dah tak berapa nak selera lagi makan store bought pattie burger. Memang lain rasanya kalau kita buat sendiri. Selain lebih murah, ia dijamin bersih dan halal.
Sejak akhir-akhir ini, Kjee lebih suka makan ayam daripada daging. Nasib baik kan di usia-usia begini kita tolak sikit demi sedikit daging merah. Bukan lah Kjee tak makan langsung. Berdosa menipu. Sekali sekala tu adalah, tapi tak sekerap dulu.
Dua hari lepas, Kjee mintak UnclePali beli ayam kisar Ramly. Sebenarnya elok dikisar sendiri guna apa jua pengisar. Ataupun dicincang. Kjee ada yang jenis lama iaitu pengisar zaman dulu-dulu dan jugak food processor. Tapi tetiba tak rajin pulak nak kisar sendiri.
Kjee juga suruh UnclePali beli pita bread yang ada jual di sesetengah supermarket atau bakeri. Dah lama tak makan burger guna pita.
Burger ni UnclePali buat lepas balik solat Jumaat semalam. Oleh kerana Kjee tak berapa sihat, UnclePali suruh Kjee duduk diam-diam. Kjee layan TV sorang-sorang pastu sedar-sedar ada bau yang sangat sedap di dapur.
Kjee bingkas ke dapur tolong UnclePali siapkan salad walaupun dihalang. Kjee dah ada plan nak buat salad ikut gerak hati.
Mula-mula Kjee potong dadu timun Jepun. UnclePali dah terbuang kulitnya sebab itu dalam gambar nampak cam apple kan? Kalau buh apple pun sedap. Masam manis. Lepas tu, Kjee dadu buah tomato selepas buang bijinya. Kjee satukan tomato dan timun dalam mangkuk dan gaulkan bersama sos Thousand Island dan sedikit mayonaise. Tepikan.
UnclePali grill pita atas grill pan. Pastu bila dah sejuk sikit Kjee potong dua.
Sementara itu UnclePali grill burger ayam. Kjee tak tahu apa dia campur dalam burger ayam tu, sampai Kjee rasa. Aikkk sedap laa. Bubuh apa bang? UnclePali sengih.
"I bubuh lada hitam, garam, sedikit serbuk paprika dan.... biskut crackers. I tak jumpa breadcrumbs. So I ramas jer biskut kering sampai hancur. Pastu I bentuk bulat-bulat dan leperkan. Okay ker?" tanya dia macam risau.
Eh apa pulak okay. Sedap sangat!!
Kjee kemudian belah satu keping pita yang telah dipotong dua. Letak salad dan sumbatkan sedikit timun dan tomato fresh campur Thousand Island dan mayo. Kemudian masukkan sekeping burger ayam. Curah sos cili kalau suka.
Itulah lunch kami suami isteri. Boleh cuba kalau suka.
Sedapnya
ReplyDelete