Saturday, May 10, 2014

CLUB SANDWICH DARI BAHAN LEFTOVERS








Kjee suka sangat makan Club Sandwich kalau makan di hotel atau pun restoran. Tapi jarang-jarang sekali buat sendiri walhal ia sebenarnya macam sandwich biasa tapi dibuat bertingkat-tingkat. Kekadang tiga lapis dan kekadang empat lapis.

Kjee buat tadi guna home made bread. Entah apa mimpi malam tadi, sebaik Kjee beritahu Nadia Kjee nak makan roti Benggali atau roti paun, cepat-cepat dia buat.

Ala tak susah pun buat sebab Nadia guna Noxxa Breadmaker. Kalau guna breadmaker jenis ni, tak payah nak susah-susah uli bagai. Masukkan tepung dan bahan-bahan dalam gadget tu, lepas sejam siaplah roti.

Pagi tadi UnclePali buat telor separuh masak tenggek atas roti bakar.







Kemudian, untuk lunch, Kjee buat club sandwich pulak sebab petang ni nak gi makan Nasi Arab dan Ayam Kuzi kat Wadi Daw'an.

Selalunya orang buat Club Sandwich guna bahan-bahan berbaki atau leftovers. Dalam peti ais ada berbaki dada ayam goreng, ada sekeping jer cheese slice. So Kjee rebus dua biji telor hingga ¾ masak dan lenyek-lenyek.

Kalau korang nak bubuh serunding daging ataupun rendang ayam pun okay. Tapi kena cari-carik dulu ayam tu.

Tadi, Nadia grill empat keping roti yang telah disapu butter hingga garing.

Lepas tu, Kjee sapu mayonaise pada tiga keping dan dialas dengan salad. Kalau tak ada salad, timun yang dihiris nipis pun okay. Kemudian pada setiap satu keping, disusun lah apa bahan yang ada seperti ayam, telor atau cheese. Setiap lapis hanya satu jenis bahan sahaja.

Selepas itu, susun ketiga-tiga keping itu. Akhir sekali letak satu keping roti bakar kosong. Cucuk dengan pencucuk gigi atau lidi dan potong perlahan-lahan.

Boleh jugak curahkan sos cili atau apa juga sos seperti Thousand Island pada setiap lapisan kecuali lapisan paling atas. Selamat makan. Hehehe.













2 comments:

  1. Salam kak jee... Sedapnya! Makan berulam pickled onions dan potato chips utk extra kick ��

    ReplyDelete