Kalau kat kampung, tak heranlah tengok lauk camni kan? Pucuk ubi masak lemak cili padi ngan daging salai, ikan pekasam, petai jeruk ngan sambal belacan dan ayam goreng.
Tapi kalau duduk jauh dari kampung, kecur air liur. Terutama sekali orang Utara yang susah nak berenggang dengan ikan pekasam.
Ini sahajalah rezeki kami suami isteri hari ni. UnclePali memang tak suka Kjee susah payah nak masak pada hari Jumaat. Dia kan nak gi solat Jumaat. Jadi tak sempat nak tolong Kjee masak.
Tapi Kjee ni jenis yang kalau dah tekak teringin, nak jugak ke dapur walaupun buat kerja dua kali lebih lambat dari orang biasa.
Walaupun semalam Kjee tak berapa sihat, tapi Kjee gagahkan diri masak sebab malas nak makan kat kedai. Satu hal nak bersiap, satu hal nak pergi cari kedai yang kena dengan selera dan satu hal lak nak balik lepas kenyang. Banyak lah punya hal.
Tadi masa UnclePali bukak freezer cari ayam sebab Kjee nak goreng ayam, dia terjumpa satu peket daging salai yang Kjee beli dari Zamri Salai Kuala Pilah. Sedap kalau buat masak lemak cili padi dengan pucuk ubi. Nasib baik UnclePali ada tanam pucuk ubi depan rumah.
So jadilah lauk kami hari beserta ikan pekasam yang Kjee beli kat Dwan wartawan Harian Metro. Ikan pekasam dia sedap sangat. MIL Kjee kata orang Changlun, Kedah, memang pakar buat pekasam. Korang nak cuba, add dia kat FB Dwan Inzaghi.
Selain itu, kat dalam fridge memang sentiasa ada stok petai jeruk yang Kjee buat sendiri. So kalau nak makan petai jeruk mesti ada lawan dia iaitu sambal belacan UnclePali yang power.
Itu jer Kjee nak story arini. Nak ke dapur buat pies dan samosa untuk order esok.
Kjee goreng begitu jer ikan pekasam. Cara lain UnclePali tak suka |
sedap masak kampung cam ni Kjee makan beradap pulak memang terangkat...
ReplyDeletemasak simple2 cmni lagi berselera makan..orang kmpung macam ecah ni memang sesuai betul ngan tekak kalau masak macam ni..terutama sekali pekasam tu..hehe
ReplyDeleteKak gee..........kalo saya lauk cam ni la yag bole tambah nasi sampai 3-4 pinggan...huhuhu....teringat kampung...
ReplyDeleteHadoyyy.. Tak tahannya nengokkk.. ������
ReplyDeleteSalam kakjee, sedapnya.menu mcm ni mkn x cukup sepinggan
ReplyDeleteikan pekasamm..melelehhh..hehehe
ReplyDelete