Thursday, May 22, 2014

MINGGU DEPAN FINAL KILAUAN EMAS 4


Zain, Arip, Nas, Nordin dan Ben. Gambar ehsan mStar Online.




Mengapa cepat sangat Kilauan Emas Musim ke-4 berakhir? Rasanya macam baru sahaja Kjee tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik berseronok-seronok masa audition atau uji bakat rancangan itu yang diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara.

Masa tu kami sekeluarga geli hati sangat tengok audition tu. Seronok tengok gelagat ramai yang bagai lupa mereka sebenarnya sudah warga emas.  Lalu sahaja kamera depan mereka (di ruang legar luar tempat diadakan audition), kita boleh saksikan insan-insan emas ini bersorak-sorak dan melambai-lambai.

Banyak kali Kjee malu nak tengok. Apatah lagi apabila anak kata: "Apa agaknya anak cucu dia orang tu rasa bila tengok mak/bapak atau datok/nenek berkelakuan macam itu? Sanggup beratur dari subuh ke lewat malam semata-mata nak pergi audition!"

Tapi apabila tiba peringkat sebenar konsert, barulah kita dapat tengok bakat yang benar-benar tulen. Bakat yang boleh buat ramai penyanyi baru dan muda, malu sendiri.

Kjee suka sangat tengok juri Dato Ramli MS dan Dato Hattan ketika memberi komen. Telus dan tidak bermuka-muka.

Dan untuk konsert separuh akhir tadi, Nas menitiskan airmata apabila Dato Ramli berkata, dia peserta yang 'unpredictable'. Maknanya sukar untuk 'baca' apa yang bakal diberikannya ketika membuat persembahan.

Nas jugak seringkali mendapat pujian yang amat bagus dari Dato Hattan. Antara komen Hattan yang Kjee tidak dapat lupa: "Kau ni pernah ke buat album?" Nas geleng. "Kenapa lambat sangat kau nak menyanyi...Alahai!"

Cukup dalam maknanya itu.

Nas pasti akan memberi saingan hebat kepada perserta final lain seperti Arip, Ben, Nordin dan juga Zain. Mujurlah juri profesyenal mempunyai kuasa besar memilih Juara nanti. Mereka menguasai 70% dari undian. Kalau dibiarkan kuasa dipegang oleh penghantar sms, maka rancangan ini akan menjadi macam rancangan realiti lain yang dianjurkan Astro.

Kecewa lagi kita semua untuk melihat seorang peserta wanita muncul sebagai Juara. Nak buat macam mana. Bila dah tiba usia emas, ramai ibu-ibu dah tak cukup stamina. Yang penyanyi veteran macam Uji Rashid pun boleh semput, apa nak dikato.

Tak sabar nak tunggu final minggu depan. Kjee dah ada Juara pilihan. Kita tengok tepat tak ramalan Kjee seperti yang Kjee telah lakukan sejak bermula Kilauan Emas 4.

Sebenarnya dah boleh baca dari minggu pertama lagi siapa yang akan masuk final. Ramalanku tepat belaka. Hehehe.


Related Posts:

  • TERSEREMPAK BADE HJ AZMI DI AMCORP MALL Bersama Bade dan anak2 buah dia tengah shooting drama di Amcorp Mall Hari ini hari jumpa anak seni. Pagi jumpa Farouk dan tengah hari terserempak pulak dengan pengarah terkenal Bade, suami kepada Erma Fatima yang ten… Read More
  • ARTIS2 NAK BERCERAI, IKUTLAH CARA SHASHA SAIDIN Shasha Saidin - ehsan mStar online Seorang lagi peserta Sehati Berdansa, berpisah. Tak tahu lak pulak Shasha Saidin ni pasangan ke berapa yang berpisah selepas tamat rancangan itu. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d… Read More
  • AKHIRNYA ELLA BAKAL KAHWIN DI USIA 46 TAHUN Foto ehsan mStar Liat betul jodoh Ella kan? Bertunang, putus. Bercinta, kecundang. Tetapi nampaknya tahun ini ada 'Ong' buat dia. Dapat cash RM100,000 sebab anak didiknya menjuarai Mentor. Dan Sabtu ini, Ella akan menama… Read More
  • SELAMAT PENGANTIN BARU ELLAHINGGA KEKAL KE NAFAS AKHIR. INSYA ALLAH. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; … Read More
  • INCIK DAVID TEOH SAMA AHMAD IDHAM SUDAH GALOH? Fuyooo pembikin filem Ahmad Idham dan Tauke Wayang David Teoh, sikalang sulah galoh kaa? (sekarang sudah gaduh kaa...ewah ada sub title dalam bahasa Malaysia)!! Dulu bukan main lagi cemolot (cium mulut...bahasa wartawan un… Read More

2 comments:

  1. tahun ke 4 nih mmg lelaki lagi jd juara yek kak Jee... tp sore nas mmg power, yg lain2 pun sedap jugak... dana prefer tgk kilauan emas dr the band tau... sore sume power2... kadang merdu sama dh mcm penyanyi skrg nih...

    ReplyDelete
  2. Salam Gee,

    Pilihan saya adalah Juara NAS, Naib Juara Ben dan tempat ketiga adalah Nordin/Zain/Arip. Tak kisah lah ketiga keempat dan kelima tu, yang penting juaranya itu adalah teman duet ku masa kami kami keje di dalam kumpulan drb-hicom dulu....

    ReplyDelete