Thursday, May 29, 2014

TAUFOO LEMBUT KUKUS BERINTI AYAM DAN CENDAWAN








Ini kali pertama Kjee buat Taufoo lembut yang dalam kotak tu, kukus kemudian dibubuh inti. Idea datang masa Kjee bukak pantry dan jumpa cendawan shitake kering. Bukak freezer pulak nampak isi ayam yang telah dicincang.

Kjee sebenarnya rancang nak kukus jer taufoo lembut tu. Hari tu Kjee pergi restoran Cina Muslim Mohd Chan dan ternampak dalam menu. Taufoo kukus curah kicap dan daun bawang jer harganya RM9.50 sepinggan!! Adoiii mahal bagi Kjee sebab satu kotak tahu lembut tu harganya 95 sen sahaja di Hero Market!

Kjee kemudian dapat idea nak cantumkan taufoo lembut itu dengan lauk ayam yang ditumis dengan cendawan shitake dan carrot. Terus Kjee rendam 4 biji cendawan Shitake dalam air panas. Apabila dah lembut sikit, Kjee dadu kecik-kecik dan rendam lagi selama kira-kira sejam. Dah lembut, toskan airnya.









Kjee cincang halus dua ulas bawang putih dan mayang satu inci halia muda. Tumis guna sedikit minyak jagung. Apabila sudah wangi, masukkan ayam cincang dan carrot yang juga telah dimayang halus memanjang. Apabila ayam sudah bertukar warna, masukkan cendawan.

Kacau hingga rata. Kemudian masukkan kira-kira satu sudu sos Hoisin dan kira-kira satu sudu besar minyak bijan. Kalau tak ada, sos tiram pun boleh. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan daun bawang yang telah dihiris. Simpan sedikit daun bawang untuk hiasan.

Sediakan kukusan dan tunggu sehinggakan airnya sudah mendidih. Kukus taufoo lembut. Hati-hati keluarkan dari kotaknya. Kukus lebih kurang lima minit. Kukus siap-siap dalam pingan yang hendak dihidang. Jika tidak muat kukusan, bolehlah kukus dalam sebarang bekas. Tapi nak mengalihkan nanti, perlu hati-hati kerana ia terlalu lembut.

Lauk inti ayam tadi diletak dalam pinggan. Kemudian angkat perlahan-lahan taufoo dan letak atas inti ayam di dalam pinggan. Curah sedikit kicap manis atas tahu. Kemudian ambil sedikit inti dan letak atas taufoo.Taburkan dengan sedikit daun bawang hiris yang telah dicampur dengan cili mereka yang didadu kecik-kecik.

Boleh jugak buat guna udang hidup. Sedap jugak makan dengan bubur nasi.

Resipi taufoo kukus biasa di SINI.







2 comments:

  1. sedap wqoooo.... meleleh air liur tengok... tu belum makan lagi... he he he

    ReplyDelete
  2. Wahh gigih tul akak mereka resepi sendiri ye hehe.. Tingin gak nak rase tp malas nak buat sebab dah tau dalam ghumah ni sume jenih tak reti makan menu seghupe gini huhu... Jemput singgah: Resepi Rendang Pedas Wan Dolly

    ReplyDelete