Thursday, June 12, 2014

BUAT JUS MANGGA SEBAB TERINGAT ARWAH BONDA








Apabila buat jus mangga manis, Kjee terkenang arwah Bonda. Dia tahu anak-anak dia suka minum jus mangga tapi kalau minum kat restoran atau di hotel, harga segelas sama harganya dengan sekilo mangga yang dibeli di pasar. Satu kilo mangga boleh jadi tiga atau empat gelas jusnya!!.

Ingat lagi masa tu kami tinggal di Kawasan Melayu, Old Town, Petaling Jaya. Bonda memang pergi pasar berhampiran setiap pagi,  sambil mengheret bakul pasar berodanya.

Kalau bonda tengok orang jual mangga manis, dia akan survey dulu. Kalau musim tak berapa menjadi, harga mangga manis mahal. So, bonda tunggu musim mangga berlambak-lambak dan dia orang jual bukan secara timbang kilo tapi secara longgok.

Bonda ni species manusia terlebih ramah bukan macam aku. Suka sapa Nyonya dan Apek yang meniaga kat situ. Kekadang kalau dia ada buat kuih muih untuk breakfast, pasti apek-apek dan nyonya dapat sama-sama merasa. Kerana itu, Bonda selalu dapat beli barang-barang dapur termasuk buah-buahan bermusim dengan harga murah.







Selain daripada memotong dan menyimpan buah-buah dalam bekas dalam peti ais untuk anak-anaknya makan selepas balik sekolah atau kerja, beliau akan buat jus.

So tadi, ada selonggok mangga dalam peti ais. UnclePali suruh buang kulit dan potong kecik-kecik, simpan dalam freezer. Sedap makan sejuk sejuk. Macam dia buat hari tu tapi kesian tengok muka dia sebab Kjee habiskan sorang-sorang tanpa disedari. Hehehe.

Tapi dek teringat jus mangga manis Bonda, Kjee suruh UnclePali tolong buatkan jus. Nasib baiklah Kjee dapat suami yang ringan tulang. Sebut jer, dia terus capat blender, trrrrr isi mangga sampai halus. UnclePali letak sedikit air masak, tanpa gula, maka siaplah jus untuk isterinya yang banyak songeh ni.

Pastu dia siap bubuh ais dalam gelas/mug, tuang jus mangga tadi dan amik gambar.

So, apa lagi, kita pun sedutlah sampai nak dekat habis. Dia pandang jer Kjee sedut. Eh nak ker? Naklah dia kata. Oh ingatkan awak tak suka, kata Kjee sambil hulurkan mug yang dah hampir kering.

Kejam kan? Taklah. UnclePali memang tak berapa suka jus mangga. Dia lebih suka jus tembikai yang Kjee tak minum sebab akan menyebabkan panas badan. Hehehe.







4 comments:

  1. Kak...sedapnya Jus Mangga.

    Kalau kat kedai,order jus mangga...x best sangat.x kaw...

    Teringat minum air jus mangga kat Madinah/Mekah/Karachi,Pakistan.Memang kaw2 punya jus mangga.Perrgghh..sampai ke tekak rasanya..hehehe...Sedapppp...

    ReplyDelete
  2. Sy kurang suka jus mangga k.jee tp suami suka ...terbalik..last minum jus mangga hari Ahad lpas msa pegi Perlis...jus mangga harumanis.. kata penjual tu ler..

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak gee.dekat dengkil ada satu kedai cina jual macam2 jenis jus. kalau time lunch beratur panjang orang beli jus.org cakap jus mangganya yang sedap. satu gelas plastik tu dia jual rm3. terpikir jugak kenapa org melayu takleh berniaga macam tu. jual jus je.....

    ReplyDelete
  4. sedapnya Kjee...klu rajin semua menjadi kan...

    ReplyDelete