Thursday, June 5, 2014

IKAN SIAKAP KUKUS ALA TEOCHEW







Sejak seminggu lepas, dah dua kali Kjee sekeluarga pergi makan steamed fish. Semuanya kerana makan steamed fish yang sangat sedap di sebuah restoran di PJ dua minggu lalu. Tetapi dua restoran yang Kjee pergi selepas itu, termasuk di Group Base, tidak menepati selera.

Jadi apabila adik angkat Kjee, Wan Muhammad Azri sms kata nak bagi seekor Ikan Siakap yang dia pancing petang tadi, Kjee punyalah teruja. Kelakar apabila Kjee peluk jer ikan tu sepanjang jalan pulang. Of course berbalut dalam plastik.



Ikan siakap yang beratnya lebih sekilo!



UnclePali singgah Hero Market beli daun Ketumbar. Kjee plan nak kukus ikan tu ala teochew. Kukus cara Teochew ni mudah. Ia juga tidak pedas dan boleh dimakan seluruh keluarga tak kira yang kecik mahupun yang tua. Kalau nak pedas, siapkan cili padi potong.

Biasanya, untuk kukus cara Teochew, ada orang Cina yang guna buah plum (dalam botol) ataupun sayur jeruk. Tapi Kjee pilih untuk letak asam boi,  shitake mushrooms serta my home made halia jeruk. Kalau tak ada halis jeruk, hiris nipis-nipis halia muda dan susun atas ikan.

Setelah Kjee siang ikan punyalah susah nak buang sisiknya, Kjee suruh UnclePali keluarkan periuk kukusan dari dalam setor. Malangnya, ikan yang Kjee letak dalam pinggan tidak muat dalam kukusan itu! Kjee dah standby nak potong dua ikan tu atas saranan UnclePali apabila Kjee teringat electric multi-purpose banquet fryer pan hadiah dari my kakak angkat Kjee, Kak Hawa aka Eve Lerno yang tinggal di Perth, Australia.

Dah dua tahun Kjee dapat hadiah tu tapi tak pernah guna. Kata Kak Hawa, dia guna fryer pan tu untuk menumis, menggoreng dan merebus. Kjee letak pinggan bersama ikan dalam fryer pan itu dan alhamdullilah, elok-elok jer muatnya.



Ikan dibersihkan dan dikelar sedikit



Setelah disusun semua bahan2, barulah dikukus



Kjee letak air sebanyak dua mug dalam periuk tu, letak ikan dan susun tomato, sliced shitake mushrooms (Kjee rebus dulu bagi lembut), asam boi dan jugak my homemade jeruk halia. Oppps lupa lak. Kjee juga hiris limau purut dan susun sebelah ikan. Saja letak sebab Kjee suka aromanya. Lepas tu Kjee curahkan kicap cair atau fish sauce diatas ikan dan kukus selama 10 minit.

Jangan kukus terlalu lama kerana isi ikan akan menjadi liat. Bagaimanapun, kalau ikan tu besar, boleh tambah 5 minit lagi.

Setelah elok masaknya, Kjee keluarkan dan taburkan dengan hirisan cili merah dan juga daun ketumbar. Boleh juga titiskan minyak bijan diatas ikan kalau duka. Hidang bersama cili padi yang dipotong-potong. Boleh letak kicap cair jika suka.

Tadi Kjee terlebih letak asam boi. Asam boi ada pelbagai jenis. Jenis yang Kjee beli terlebih manis, jadi pepandailah adjust yer. Kalau boleh beli yang masam atau masin. Hasilnya lagi sedap.








1 comment: