Tuesday, June 10, 2014

MI HUN SIAM TAK BERAPA NAK SIAM








Hari ini hari kureng rajin Kjee. Tak boleh kata hari malas sebab kalau malas, takkanlah sanggup masuk dapur memasak kan?

Tadi lalu depan Restoran Minang Sayo kat Taman Melawati, Kjee suruh UnclePali singgah beli lauk. Balik masak nasi jer sebab tak larat nak ke dapur.

"Eh tadi you kata nak masak Mi Siam?" kata UnclePali. Hmmm ingatkan dia dah lupa. Tak boleh nak mengelak lagi.

So sampai rumah tadi lepas tukar uniform dapur, Kjee pun mulalah sediakan bahan-bahan sementara UnclePali rendam mihun cap Jasmine. Suruh dia beli cap Faiza dia kata tak ada jual. What ever lah. Asalkan jangan cap Mesjid yang diragui kebersihannya! Rendam dengan air panas suam kalau nak cepat.







Kjee hanya suruh UnclePali beli sawi jer. Kalau buat mihun Siam kena ada taugeh. Tapi bubuh taugeh cepat basi. So Mihun Siam Kjee hari ni kurang lengkap. Pastu jenguk freezer tak ada udang hidup. Hantam sajalah guna isi ayam dan udang kering.

Kjee dibesarkan dengan Mihun Siam yang arwah bonda panggil Mi Siam. Tapi Bonda tak buat style Singapura yang ada kuah. Kekadang kalau kerajinan tahap melampau, Kjee buat kuahnya. Today no kuah because I not very rajin.

Tapi bahan paling penting iaitu tauchu tidak boleh kompromi. Wajipppp!

Itu ajelah yang Kjee nak story. Gambar pun tak berapa nak mengamcam sebab UnclePali tak ada mood nak amik gambar lawa-lawa sebab mihun fav dia. Dia dah tak sabar nak terkam.

Kalau korang nak tahu resipi lebih lanjut, tengok ajelah kat SINI.

Oklah, kita nak teman Chenta Hati kita makan.



0 comments:

Post a Comment