Saturday, June 21, 2014

NAY PYI TAW BAKAL PESAT SEPERTI PUTRAJAYA



Dato' Jailani Johari dan To'Puan Siti Nurbiha



Dato' Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media telah mewakli negara dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (ASEAN Ministers responsible for Information (AMRI) di Nay Pyi Taw, Myanmar, minggu lepas.

Isteri beliau, To'Puan Siti Nurbiha kenalan Kjee di FB yang jugak teman di kawasan perumahan yang sama, telah mengikuti suaminya dalam rangka lawatan ke sana.

Semasa di sana, To'Puan Siti Nurbiha telah menceritakan mengenai lawatan beliau ke Myanmar. Kjee tanya mengenai keadaan di Myanmar. Apakah potensi ia dijadikan tempatan lawatan seperti Vietnam. Negara Vietnam kini menjadi salah satu lokasi pelancungan terutama sekali untuk wanita yang ingin membeli belah. Apakah mereka jugak boleh pergi ke Myanmar selepas ini?

"Kalau bertanya orang perempuan yang melawat luar negara, perkara pertama mesti nak tahu mengenai shopping. Barang-barang jualan Pasar Malam di Myanmar sangat murah. Tetapi maklumlah, saya pergi dalam rombongan yang perlu melalui banyak protokol. Nak bergerak sana sini tidaklah boleh sesuka hati. Keselamatan kami diutamakan. Kalau ikutkan hati memang nak jelajah satu Pasar Malam," kata To' Puan Siti Nurbiha sambil ketawa.

Jadi, mereka yang dah selalu sangat berulang alik ke Vietnam untuk melancung dan shopping, kini mungkin boleh jadikan Myanmar, lokasi pelancungan di lain masa.

Di bawah ni saya copy paste tulisan To' Puan Siti Nurbiha mengenai lawatan ke Myanmar mengiringi suami beliau ke sana. Terima Kasih To' Puan Biha. Lenkali gi ikut Dato kemana-mana, bolehlah update kat blog Kjee yer. Dari seorang bekas pramugari ke wartawan.  Hehehe.





oleh To' Puan Siti Nurbiha






Dato’ ke Myanmar pada 11-13 Jun 2014 yang lalu, mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Asean Ministers responsible for Information (AMRI). 

Dalam mesyuarat AMRI kali ini, Negara Malaysia telah menyerahkan kepengerusian AMRI selepas menjadi pengerusi selama tempoh dua tahun, kepada Myanmar sebagai pengerusi baru untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Dalam program ini, pasangan juga dijemput sama dimana saya telah turut serta dan menyertai program lawatan khas untuk isteri-isteri Menteri AMRI.

Berdasarkan pengamatan saya dalam tempoh singkat di Myanmar khususnya di Nay Pyi Taw, pembangunan bandar ini telah dirancang sebaiknya untuk satu tempoh yang panjang. Saya percaya sebagai ibu Negara Myanmar yang baru dengan struktur bangunan dan lokasi tersusun bangunan-bangunan kerajaan menjadikannya cukup unik. Lebih menariknya, pembangunan pesat ini mampu dilakukan dengan cepat semenjak ibunegara Myannbar dipindahkan daripada Yangon ke Nay Pyi Taw pada tahun 2005. Antara tempat-tempat yang menarik yang saya lawati ada Gems Museum, Pagoda dan juga National Culture Village

Keunikan susunatur Nay Pyi Taw dan perancangan jangka panjangnya ini mengingatkan saya kepada Putrajaya pada peringkat awal pemindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya. Saya yakin dalam masa 5 tahun lagi Nay Pyi Taw akan menjadi lebih pesat membangun. Namun demikian saya juga merasa bangga kerana pelan pembangunan Putrajaya sekurang-kurangnya mendapat perhatian negara luar dan turut menjadi contoh pada hari ini sebagai ikon kepada kemajuan pentadbiran Kerajaan Malaysia.












Dato' Jailani bersama Presiden Myanmar

Istana Presiden

0 comments:

Post a Comment